Followers

Monday 27 August 2012

kem chelsea


Yang minat ke Chelsea.
Yang berasa macam nak minat ke Chelsea.
Yang minat Mancester tapi dalam diam simpan baju Chelsea.
Yang pakwe pakse minat Asenel. Tapi hakikatnya berasa Torres tu hensem.

boleh pergi ke laman ini.  kemchelsea.blogspot.com

Dalam masa setahun akan datang. Orang akan stat becerita pasal ni.
Kahkahkah.

Sunday 5 August 2012

cerita tentang hati.

Hai semorang. Nama saya Hati. Hati binti Mustapa.
Tengok lah saya. Cantik. Semat. dan orait betul.
Lawonya saya ni saing rapat dengan Hanis Zalika.
setakat Fatin Liyana tu.
saya jauh jelita lagi.



Tapi. Seketika dulu saya tak lah lawo dan nais cenggini.
Begini ceritanya.

Ini tuan saya. Jemah. Majemah Ohsem.
Dulu mula-mula tuan saya orait je.
Dijaga betul saya.
Pakwe-pakwe suit-suit adjust dia buat bodo selambe.
Jaga hati. Takut salah memberi dia kata.




Tapi tulah. Hati wanita. lembut macam kain celup Softener.
Saya tatkala itu masih kemas dan nais.Sehingga lah si Harun Ajis tiba.
Diberi saya kepada Haron Ajiz si jejaka tak guna.
sejak Haron Ajiz nokharom tu hadir.
sikit demi sikit saya cedera.
Janji Yang Tak Ditepati Haron membuatkan saya luka.
mengorat bagai nak rak. Rupanya pesen Haron ni pesen cinta jenis haprak.
pedihnya saya dulu.
Jemah dan Allah Taala saja yang tahu.



Belum sempat luka saya sembuh.
Member Jemah pulak si Marina Wadud main tuduh-tuduh.
bagaikan jatuh ditimpa eskeletor.
Ada ke heboh dikabornya ke orang ramai yang Jemah tu 'sailang' pakwe dia.
Wadefakrizal!
Padahal pakwe dia yang start folo dan feveret tuit Majemah Ohsem mula-mula.

Panas tahu saya masa tu.
dah lah luka sebab cinta. Kena pijak pulak dek member.


Ajal di tangan Tuhan.
Tak lama dipedajal member. Atuk kesayangan tuan saya meninggal dunia.
Selama ni Majemah Ohsem tu.
atuk dia lah yang belai jaga. yang usap manja.
Tup tup.tak tahu mende. Tiba-tiba dia pergi tiba-tiba.

Dari dalam jasad Majemah saya dengar percikan air mata dia.
perlahan tak bernada.
Tapi bergoncang jiwanya.Gegak gempita.

saya masa tu dah tahap tenat. Penat. Pengat.
dah tak larat.
Tak kuat.
Luluh hancur.
macam mana anda nengok telur kene hentak kat member masa selebret besdei.
Macam tu lah keadaan saya.

Lemah tak berdaya.


Mujur. Tuhan Maha Kaya.
di saat saya luka. Dihantarnya seorang pemuda. Fendi Zubaidi namanya.
Muka stended.Tapi hatinya berkilau bak permata.
Lalu berkenalan Majemah dengan si dia.

Walaupun tampak gengster. Tapi Fendi seorang teguh beragama.
Setakat nak tepis dakyah Iluminati tu.
Fendi rilek saja.

Setelah diberitahu oleh Majemah kepada Fendi amende cerita.
kenapa dia berduka dan rasa tak bes setiap masa.
Maka ini pesan Fendi pada Majemah Ohsem.

"Jemah. dulu pun saya macam awak juga. Pernah kecewa.
 Hati saya macam disiram cuka selepas luka.
 Perit. Pedih. Rasa ditikam. Saya faham.

 Tapi awak tahu. Hati. bukan sepenuhnya milik kita.
 Kita pinjam dari Dia.
 Ya kita cuba jaga. cuba pelihara.
 Tapi adakala barang yang kita sewa perlu maintenance dari Empunya.

 Sekarang awak cuba 'pulangkan' hati awak pada Dia.
 Solat. Baca Quran. buat amalan sunat. Nyanyi lagu Raihan ( amboi ).
 InsyaAllah.
 Hak Allah. Allah Pemilik. Dengan izin Dia. Hati awak pasti sembuh semula".

"Jemah.Jalan siang pun diberiNya peneman bayang.
 Takkan pernah dibiar hambaNya berseorang."



Fuh.Kemas betul pesan Fendi ke Majemah.
30 minit Ustaz Don pun boleh kalah.

Sejak dari itu.
Saya 'dikembalikan' semula kepada mutlaknya Empunya.
setelah pulih.saya kembali dijaga.
Sekarang tengoklah.
molek dan orait kan saya.
tak payah lilit dan buat tutorial shawl pun saya dah manis macam gula.



Betul lah kata Tok Ketua. 'Organ' paling power adalah hati.
Diremuk. Dihiris. Dihentak. Dilapah. Dipatah.
Masih mampu berfungsi lagi.

Oh. Itu saya. Hati binti Mustapa. Hati milik Jemah.
Hati anda bagaimana?
Anda dah 'kembalikan' semula?


Notakaki :klik untuk Luahan hati Jemah. Luahan hati Fendi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...