Followers

Sunday, 3 July 2011

review aku,isabella dan tok kenali

awas.
selain entri mengenai babi.
entri ini paling ilmiah pernah gua buat.


akhirnya.
setelah dapat duit pakcik gua hulur.
gua dapat jugak beli buku.
gua nak angkat rayyan fantasi (ramlee awang murshid).
tapi gua lebih terliur buku bob loqman.



untuk makluman.
bob loqman adalah waris Tok Kenali.cicit.
Tok Kenali bukannya "tidok dikenali deyh.sapo tu.howoh beghak2"
bukan.
tapi beliau merupakan ulama sohor kelantan.
pejuang dakwah islam.
takkan lu tak kenal.
buku sejarah sekolah ada tulis dok.
kamonlah.
ambiga sreenevasan lu sanggup sanjung sanggup payung.
takkan nama tok kenali lu boleh sorok balik idung.

ya.
ada banyak kali bob sebut penyertaan dia masuk PAS.
tapi gua tanak sentuh pasal politik.
pada gua.
kalau dia nak masuk PAS untuk sebar dakwah.
itu sangat owhsem.
seriyes.
we need more bob loqman.
more ustaz azmil (hero ali setan.remember?)
more akhil hayy ( with more waheeda. Eh)

ustaz azmil

gua akan petik beberapa baris kata yang menarik untuk lu.
tak ramai rajin hadap buku kan.
gua faham.
semua sibuk.
mana nak tengok AF lagi.
nak tengok stanza cinta lagi.
nak beli baju kuning lagi.
ye dak.
jadi gua simpulkan beberapa topik nais.

1. penerimaan kanak kanak terhadap ibu tiri.

"Umur ibu tiriku pada masa itu lebih tua daripadaku dalam empat atau lima tahun.
 Maknanya kalau umurku pada masa itu darjah tiga (sembilan tahun),
 maka ibu tiriku berumur tiga belas atau empat belas tahun sahaja."

dok.
cuba lu bayang.
kalau mak tiri lu satu sekolah menengah dengan lu.
aduh.


2. didikan tegas orang dulu-dulu.

"Engkau tahu teman,sebab itulah badan aku kuat dan sasa.
 Sebab bapaku membelasah aku sejak dari kecil sampailah aku besar.
 Rotan yang sebesar-besarnya boleh sampai pecah terburai dan lunyai...
 ..Aku tahu semua itu dilakukan untuk membentuk aku
 menjadi manusia yang mempunyai kehormatan diri"

okeh.
sekarang baru lu lega lu lahir lambat.

3.karamah Tok Kenali.

"..,aku dan datukku terjatuh daripada motor semasa aku membawa
 datukku balik dari mengajar agama di sebuah kampung.
 Pada masa itu hujan dan air mula melimpah-ruah.
 tetapi aku tengok datukku tidak basah pun,
 dan dia berdiri jauh dari tempat aku jatuh motor.
 Aku meringgis kesakitan.
 tetapi datukku tidak mengalami apa-apa kecederaan"

ada lagi dua karamah diceritakan.
bacalah.

4. Sifat dengki orang Melayu

"Engkau lihat teman,bagaimana prinsip orang Cina berniaga.
Mereka bermandi peluh dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan.
Ilmu berniaga diperturunkan kepada anak beranak,membina jaringan,
serta tidak menipu kerana mahu perniagaan ini panjang umurnya dan diwarisi.

Bangsa kita?jika berniaga pisang goreng sekalipun akan bersaing
untuk meruntuhkan yang lain dengan ilmu hitam malam Jumaat keliwoon.."

yes.
kita bangsa yang sadiskan bangsa lain.
tapi adakala bangsat pada bangsa sendiri.

5. kesetiaan cinta seorang isteri

"Dalam kesusahan itulah (bob lumpuh dan rugi dalam berniaga),
 isteriku (isteri pertama) mengundang masalah pula buatku.
 Dia lari meninggalkanku terkontang-kanting..terumbang-ambing.
 Sepi dan sunyi dalam kesakitan yang telah sedia menderaku.
 hatiku patah berkeping-keping"

seriyes.
sedih dok.

ada banyak lagi benda menarik dalam buku nh.
bagaimana seorang anak kecil.
yang asalnya dari keturunan kuat agama.
melalui lorong hitam penuh gelora.
zaman rock yang camshelaka.
rambut dah macam sarang lebah.
cipta isabella.karang rashidah utama.
sehingga dia bangkit sedar.
kembali mengingati yang maha esa.

so pergilah angkat satu.
bape hinggit sangat.
enam belas.
lu buat muka kiut sikit depan kaunter.
sekiut lu posing depan komputer.
dapat lah diskaun singgit.
kamonla.
tiket bola boleh beli.
novel cinta boleh buat koleksi.
apa salah sekali sekala buat santap rohani.
ye dak.

dah.
adios.


1 comment:

Anonymous said...

mcm tahik anjing jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...