Followers

Tuesday 23 August 2011

di balik tirai aurat

ah.
keluh aku luah.
runsing benak minda.
memikir hal seorang wanita.

bilang orang dia jelita.
digilai berjuta jejaka.

sungguh.
bukan dusta.
matanya menyinar bak permata.
bibirnya mekar semerah saga.
hidungnya mancung.
lesung pipit di pipi.
bagai menakung selaut mimpi.

tapi sayang.
sejuta kali sayang.

rambutnya lepas bebas.
compang kebayanya dibuka luas.
selangkah dia mara.
terlihat gebu betis.
terkopak seribu pasang mata.
pasti goyah iman di dada.


sayang.
sejuta kali sayang.

budi bahasanya indah bila bicara.
tutur suaranya lemah dengan si tua.

mendengar perihal agama.
tekun dipasang telinga.
melihat insan kebulur.
pantas tangan dihulur.

ah.
keluh kesah aku luah.
memikir hal seorang wanita.

wahai wanita.
kiranya luah ini kau baca.
ini pesanku untukmu.

kiranya dedahmu untuk ditayang.
mahu ada mata memandang.
janganlah.
kerana aku juga lelaki.
aku mengerti apa yang mereka perhati.
terkadang bukan cinta yang mereka cari.
sekadar nafsu selubung diri.



kiranya dedahmu untuk dipuja.
sesama teman dirimu dijaja.
ingatlah.
yang mencatat baik buruk bukan teman mu.
tapi malaikat yang setia di sisi.
mengarang amal di dalam buku.

namun aku percaya.
jauh di sudut hati.
kau mahu berubah.
hematmu kira suatu hari.
kau pasti beroleh hidayah.

tapi sayang.
tiada kita tahu si ajal menjelma.
entah esok entah lusa.
atau nanti.
kita pergi tiba-tiba.

aku mengerti.
kau bimbang ditempelak.
khuatir menerima suara hina.

tapi persetan semuanya.
kerna di hujung titis hujan.
pasti pelangi benderang semula.

kira kau malu.
sudi aku jadi temanmu.
menepis segala sinis.
menangkis semua egois.

kira kau tiada mampu.
nah.
sudi aku kongsi hasil titik peluhku.
belilah mana kau mahu.
asal lengkap isi syariatnya.
asal penuh syarat litupnya.



wanita.
bukan balas cinta yang aku pinta.
bukan kasih sayang yang aku bayang.
tapi kau permaisuri.
aku sang raja.
jatuh bangun takhta ku keranamu.
pecah sunyi adam juga kerana kamu.
maka tiada salah.
kiranya kita bangun bersama.
jatuh bersama.

ah.
keluh kesah aku lagi.
tidak mahu kerana seutas rambut.
segunung azab seksa menanti.

wanita.
percayalah.
bagi aku kau tetap jelita.
bukan dek ayu matamu.
bukan dek manis raut senyummu.
tapi jelita kau terpancar dari dalam jiwa.
di balik tirai aurat.
mendukung patuh Maha Pencipta.


perlahanlah.
kerna sejuta derap lari itu.
mulanya dari langkah yang satu.


13 comments:

alina neko said...

saya suka entri ni~
ringkas tapi bahasanya cukup menawan~
moga mampu menyentuh perasaan muslimah lain~ ^^

nurshaf said...

like =]

Asy Faro said...

puisi abg buat sendiri ke?
semua point ade, teratur, semua messages yg nak dsampaikan pn ade..gile lah!!

hafizudin said...

@alina : insyaAllah.ni elok tadi tak guna bahasa nepal tadi. =p

@fiq : thanx =)

@asy faro : haah.
kalau mood puisi datang.
seronok lah gua mengarang =)

Lynn said...

Sejuk hati baca puisi ni. Buat la lagi ye :)
Sure baca

.:.farayhasukri.:. said...

indah bahasa . :D

ina said...

pergghh da macam puisi laa..

puitis sungguh! nice entry! :)

~belog gadis~ said...

mereka x ingat akhirat laa tu kot. masing2 ade buat salah. (:

tomatokering said...

puitissss tapi mendalam woo ^^

Liyana Zahim said...

Krana wanita igt dimengeri.. Haaa smbung.. Eh lme akk tak p blog ni..

hafizudin said...

@lynn : hurm.nanti gua buat puisi dalam peti ais ye.lagi sejuk =)

@farayhasukri : indah bahasa.indah water =P

@ina : sebenarnya memang gua buat puisi pun nh.huuu.

@belog gadis : doakan sama okeh! =)

@tomatomankering : dalam tak.boleh lemas tak! =p

@kakliyana : lewat tutur lembut dan laku agung.
oiseh.
ah.gua nak merajuk ngan akak.haha!

Alif Haris said...

nice la entri :)
bahasa pn indah dan sampai la mkna yg ingin disampaikan :)

ina said...

ade bakat seni la lu nie hafizudin.. nk ganti A.Samad Said ke? keh keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...