Followers

Tuesday 16 August 2011

isi dan kulit


nah.
dua naskhah buku.
kira kau berkenan.
ambil lah yang mana satu.

di kirimu.
ku campak satu buku.
nipis.
lunyai.
berdebu.

di kananmu.
ku sisip yang satu lagi.
tebal.
kemas.
tampak berisi.

terus tanpa lengah.
di kanan yang kau pilih.
di kanan juga engkau tagih.

yang di kiri.
sedikit pun tidak kau peduli.

"ah.
 lihat luar sudah ku duga apa dalamnya!
 pasti indah bait katanya.
 pasti penuh cerita!
 pasti berdekah aku ketawa!"


"kalau ku pilih di kiri.
 jemu baris karangnya nya sudah pasti!
 kulit nipis begitu.
 pasti tiada isi!


riak.
riak kau ukir senyuman.
kerna buku tebal telah kau dakap di tangan.
bangga.
bangga kau dengan kulitnya.
tanpa kau tahu apa isinya.

buku debu tadi.
kau campak sekuat hati.
kau pijak separa mati.

namun suatu hari.
kau mula jemu.
kulit yang asalnya merah menyala.
kini luntur kelabu.
kulit yang dulunya kemas dibina.
kini runtuh semula.

lalu kau mula membaca.
perlahan isi kau buka.
bimbang terlerai kulit dan muka.

kosong.

kau belek helai lain.

kosong.
masih kosong.
tiada apa.


seraya kau kesal.
kau celaru.
berlari kau cari buku berdebu.
buku yang dulu kau sampahkan.
yang dulu kau jijikkan.

tanpa lengah.
tanpa arah.
terus kau tiup debu.
mahu lihat apa di bawah.

titis air mata kau alir.
kulit yang kau caci.
rupanya penuh warna pelangi.
isi yang kau hina.
tersusun seribu kalam.
berbaris penuh cerita.
beralas dengan jenaka.

namun.
sayang.
buku debu tadi.
sudah ku beri orang.




4 comments:

~belog gadis~ said...

don't judge buku by it's cover. :D

hafizudin said...

yup! =D

Anonymous said...

kalo aku nk masuk pertandingan menulis sajak aku hire kau karangkan sajak bombastik utk aku konpem menang.peh!

-ciktemah-

Anonymous said...

rokes bes..eh.

-matnub-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...