Followers

Saturday 13 August 2011

si rama rama


dahulu.
hodoh rupanya.
jelik liuk lentoknya.
miang bulu tubuhnya.
tiada mahu didekat orang.

dahulu.
makannya daun.
geraknya melata.
habis dibenci orang.
kerana dia.
dedaun berlubang.

dahulu.
tiada kenal erti dunia.
wilayahnya kecil sahaja.
diseret badan dari fajar.
hanya tiba tatkala senja.

lantas dikemam semua duka.
dipendam segala luka.
kepompong dibina.
hematnya mahu berubah.
bosan dibenci orang.
muak melihat bayang.

kerna dia tahu.
mati nya yang lama.
menghidup semula sejuta makna.

hari berlalu.
bulan silih berganti.
kejora menjadi saksi.
lantas dikopak lindung.
dibuka kepompong.
yang dulu kelabu jasadnya.
kini tumpah beribu warna.


kini.
makannya debunga.
terbangnya merata.
terus disayang orang.
kerana dia.
bebunga mengembang.

kini.
dari langit dunia dia perhati.
kadang terbang tinggi.
kadang rendah menyapa diri.

kalau dulu dia dihina dibenci.
kini dia madah penyeri.
kalau dulu dia dijauh dicaci.
kini wajahnya abadi di hati.

namun.
benar kata orang.
indah tidak kekal selamanya.
begitu juga si rama-rama.
kian jauh membangga diri.
akhir rebah ke pangku bumi.

sayapnya tidak lagi dikenang.
warnanya tidak lagi benderang.
kalau dulunya dikenal.
kini sudah dilupa orang.

begitu juga hidup kita.
asal dari titis air mani.hina.
kita hidup mengenal dunia.
mengubah diri.ingin dipandang mulia.
mahu disanjung.dijunjung.
cuma barangkali kita lalai.
kita alpa.
yang dunia ini cuma sementara.
yang dunia ini.
semacam satu titi.
menuju akhirat yang kekal.yang abadi.

terdetik bait kata sahabat.

"hanya kupu-kupu penghias kamar.
 indah bila dipandang.
 namun kosong tiada erti"

si ramasamy.tiada kaitan sangat.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...