Followers

Friday 22 July 2011

kerana kami lelaki.

di mata kamu.
jeling kami pada hawa.
kerana miang.
kerana nafsu semata.
percayalah.
walau tidak semua.
jeling itu tanda cinta pada indahnya dunia.
indahnya hawa.
yang dicipta atas nama sepi.
mencari jiwa untuk diisi.
kerana kami lelaki.

di bibirmu.
penuh umpat hina bila lihat kami menari.
loncat sana sini.ketawa tiada henti.
percayalah.
walau tidak semua.
girang itu untuk dikongsi bersama.
tak sanggup untuk lihat kau titiskan air mata.
kerana kami lelaki.
titis satu benih tangismu.
bagai gegar segunung duka.limpah selaut luka.

di cuping telingamu.
bisik syaitan merayu.
"tinggalkan dia.
kau jelita.
dia apalah adanya.
ramai lagi yang mahu rasa cintamu"
lantas kau berlalu.
percayalah.
walau tidak semua.
tangis lelaki itu bagai diempang.
tidak mampu dialir.
kerana kami lelaki.
menangis dihina.
menahan merana.



di mancung hidung kamu.
kau hidu kami sehinanya.
bila tinggi nada suara.
kau kira kami dayus atas wanita.
percayalah.
walau tidak semua.
tinggi suara itu bukan mendera.
cuma mahu menambah mana yang kurang.
mengisi mana yang tiada.
kerana kami lelaki.
dayus kami bukan sahaja kerana keras.
dayus kami bila kau hilang punca.
hilang dari agama.
tiada pula kami bertegas.

wanita.
di hati sucimu.
kau tahan pintu dari dibuka.
kerana pada kau.
kami lelaki.
semuanya sama.
tapi percayalah.
jika benar suci cintamu.
jika benar kuat agamamu.
jika benar teguh imanmu.
kelak akan ada sang adam.
mengetuk pintu hati.
akan kau hulur sendiri batang kunci.
tanpa perlu dia memecah.

kerana kami lelaki.
dan kau wanita.
cinta antara duanya itu lumrah.

apa lu ingat gua tak pandai jiwang jiwang

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...