Followers

Wednesday 29 June 2011

tiga melayu


awas.untuk bacaan anak anak Malaysia.yang cintakan negara.

dalam sebuah kampung.
yang namanya Malaysia.

di satu sudut di warung kopi.
duduk dua orang Melayu di satu meja.
Salam dan Ahmad Nor.
di depan mereka terparkir rapi dua cawan teh tarik.
sama hirupnya dua orang itu.

lama mereka duduk bersama.
sama-sama perah keringat membina kampung.
juang darah saat British pijak mereka juga sama-sama.
namun dek kerana berebut tanah sekangkang.
mereka bermasam muka.
berpisah meja satu satu.

tiba tengahari.
parkir teh tarik sudah dialih.
dihirup mereka ais kosong.
pantas ais mencair dek hangatnya cuaca global.

lalu datang seorang jejaka.
ada bekas biru lebam di mata.
Rakyat namanya.
bilang rakyat dia berbilang bangsa.
datang menuntut tanah sekangkang.

lantas mereka mara satu meja.
masing-masing membuka kalam memecah pena.

di satu sudut.
ada pelanggan warung kopi yang lain.
Ijok.tersisip rapi sumpit dan petai di sisi.berbaju kebangsaan.
Ravi.hitam manis.berbaju kebangsaan.
Thee.putih lepak kulitnya.berbaju kebangsaan.
mereka tekun memerhati.

di satu sudut lain.
Yew dan Yindra hanya tersenyum.
sinis tawa mereka.
melihat tiga saudara mula bicara.

SALAM: Assalamualaikum.
AHMAD NOR: Assalamualaikum.
RAKYAT: Assalamualaikum.

serentak kalimah mereka luah.sama tiada beza.

SALAM: Saya Islam.Melayu.
AHMAD NOR: Saya Melayu. Islam.
RAKYAT: saudara saya ada yang Melayu.ada yang Islam.

SALAM: Ah! kau kafir Ahmad Nor.kau kafir!
AHMAD NOR: Saya Melayu! Islam. kau tiada hak mengkafirkan aku!
RAKYAT: maaf mencelah. saudara saya minta dibina tokong.kuil.masjid.
                semua atas satu tanah. boleh?

SALAM: Mana boleh!
AHMAD NOR: nanti kita bincang. mungkin boleh.
RAKYAT: Baiklah. ini saudara saya yang minta.bukan saya.

SALAM: kampung ini sudah hancur! maksiat sini sana!
AHMAD NOR: Mana ada.Mana ada! (sambil sisip rapi potret maria di kocek baju)
AHMAD NOR: Rakyat itu yang hancur akhlaknya. aku ada bukti!ada saksi!
RAKYAT: Itu dusta! jam saja sama!

di sudut itu.
Yew dan Karpal sekadar tersenyum sipu.

SALAM: Aku mahu laksana hudud!
AHMAD NOR: Kau kolot! tak maju! tak boleh!
SALAM: Tapi kampung ini kau kata kampung Islam! aku mahu hudud.hudud!

"Hoiii!!"pekik Yew dan Yindra dari tepi.
seraya terdiam ketiga-tiga.

SALAM: Kampung ini sudah banyak rasuah!
AHMAD NOR: Tidak! kampung lain lebih banyak! (sambil menyelup saku.
                       disimpan cek kosong dalam dalam)
RAKYAT: saudara saya tidak percaya! Kampung ini sudah banyak rasuah!
               (sambil menyelup saku.disimpan wang dalam dalam.)

SALAM: Minyak naik!barang mahal!Mahal!orang kampung ramai dah mati!
AHMAD NOR: Kita dah cuba! kampung lain lebih mahal! tiada pula yang mati!
RAKYAT: saudara saya boleh kurangkan. tapi tanah ini perlu jadi milik kami!

di sudut itu.
Ijok.Ravi.Thee.
ketiga tiga cuba bersuara.
namun yang keluar dari halkum mereka ibarat tempias angin.
hampa.

SALAM: Mana boleh! kampung ini milik kami!
AHMAD NOR: tidak! milik kami!
RAKYAT: Milik kami!kami mahu bersihkan kampung ini! Bersih! Bersih!

ketiga-tiga menghunus senjata.
yang bedilnya media dihunus media.
yang parangnya pena dihunus pena.
yang goloknya rakyat jelata dihunus rakyatnya jadi mangsa.

kini senyum sipu Yew dan Yindra diselang pula dengan dekah tawa.

namun mungkin takdir.
saat diangkat senjata.
tercicir satu satu dari mereka kad biru.
lalu dikutip Ijok.Ravi.Thee.
satu demi satu.
kerana pada hemah mereka. semua sekampung.semua bersaudara.
daripada berdarah.
lebih baik sama-sama membangun kampung menjadi kota.
lebih baik sama-sama menjaga maruah.

kad itu leper.tipis.sedikit daya saja sudah melengkung.
tapi disusun rapi tiga tiga.
maka keras jadinya.
terkejut kaku Melayu Melayu itu.
walaupun rupa berbeza.
tapi di papan kad kad itu tertulis kalimah sama.

WARGANEGARA 
ISLAM
di satu sudut lain.
jauh dari kampung.
tajam mata yahudi.
tajam mereka memerhati.
mungkin tanah yang dulunya merdeka.
mereka mampu rampas semula!


       



kad pengenalan tomoknya adoi.


pesan kaki:
jangan bunuh gua.jangan tangkap gua.
gua pun makan cicah budu.kemam tauhu.ratah muruku.
gua cuma cinta agama gua.
gua cuma cinta negara gua.
gua cuma cinta bangsa gua.
adios.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...