Followers

Friday 8 July 2011

tips menenangkan diri. bila cinta ditolak.

awas.entri ini khas untuk loser-loser cinta sahaja.

lu pernah jatuh cinta jatuh hati?
pernah luah rasa tapi dapat ayat macam ini?

1."sowiii. gegurll takk shukewww awak. awak botakk~~"

2."ada hati nak kapel dengan kiteww. muka macam minyak belacak~"

3."owhh sowiii cu. nenek dah tua. kok ye pun nak mengorat nenek.
   tunggu le kubur atuk tu hilang merah dulu~~"



nais tak.
seriyes memang kuchiwa.
tapi rilek dok.
lu tak payah nak telan clorox.
nak makan ubat gegat.
nak kemam spender.
menangis teresak-esak.
semata-mata nak ekpreskan kesedihan lu.
jangan.
itu semua tindakan basted.
sudahlah hodoh.bodoh pula tu.

mungkin lu rasa lu kena rijek sebab lu tak kiut macam dafi.
tak comel macam babi.
tade kereta.
pergi kelas jalan kaki.

mungkin jugak orang yang lu suka tu pun basted.
memandang rupa.
walhal rupa dia sendiri persis tahi kuda.
memandang harta.
walhal dia beli pampers pun pakai duit member.

tapi tak semua orang memandang rupa dok.
mungkin lu kena rijek sebab perangai lu camshelaka.
terkinjit-kinjit macam beruk.
solat entah ke mana.
tengah-tengah maghrib boleh pergi karok.

atau mungkin dia rasa dia takde kimia dengan lu.
dia minat muzik indie. lu minat tamil.
dia minat korea. lu minat tamil.
dia dah cuba mencintai lu.
tapi tetap tak dapat dapat.
macam mati pucuk la.
letak neelofa depan mata pun tetap tak naik shahwat.

jadi buat apa nak dipaksa-paksa.

kalau cinta jangan kacau.
kalau sayang tak perlu marah.
kalau ikhlas tak minta berbalas.
serahkan cintamu pada yang punya cinta.
oiseh!

ini yang lu sampai nak maki caci.
ugut sana sini.
nak tikam tikam.
simbah asid.
ape dok.
janganlah macam tuh.
tapis lah sikit bangsat lu.

dok.
bunga bukan sekuntum.
kedai bunga melambak.

"jadi nak buat apa nh tak.
 nak buat apa nh.
 gua dah fras sangat dah.
 berak pun tak lawas nh~~"


rilek boboi. ini gua bagi tips untuk orang-orang yang kena rijek.

1.bersenang lenang.

fes of ol.
kita kena bertenang.
senyum.
walaupun tiada siapa tahu.
jantung lu dah macam milkshake kena goncang.
hati lu dah macam bola kena tendang.

tapi macho la sekejap.
sekejap je.
kang dah tade orang kang.
lu srot-srot la sedih sikit sorang sorang.

2. bermain dengan bayi.

yes.
baby such a great healer.
thats why peoples keep produce them year by year.
bila lu main dengan bayi.
dengan henjut henjut lembut tangannya tepuk muka lu.
senyuman mereka.
gelak tawa.
seriyes.
lu punya sedih boleh hilang sekelip mata.
tak payah nak beli produk dr rozmey ke apa.

tapi ingat.
bermain dengan bayi.
dan bermain sehingga keluar bayi.
sangat-sangat berbeza.
adalah sesuatu yang mahabangsat kalau lu anggap benda itu sama.

3. bersukan.

okeh.
lu memang tengah sedih.
gua faham.
tapi yang lu haruk pasang lagu pelamin anganku musnah.
mahligaimu dari airmataku.
ape dok.
tombowk nak.

pergilah bersukan.
main futsal.
ragbi.
kabaddi.
sekurang kurangnya lu tade la fikir sangat kecewa lu.
okeh.


4.muhasabah diri.

ambik cermin.
tengok diri sendiri.
cukup kiut ke nak dapat ala-ala heliza.
tengok sejadah.
cukup akrab ke kita dengan ibadah nak dapat ala-ala masyitah.
ala-ala norbahyah.
hah.
haaaa.semput~

"gua rasa lain-lain gua dah complete dah tak.
 tinggal muka je tak kiut.
 abes safi rania gold.
 fair and lovely gua guna.
 tak kiut-kiut jugak."


aduh boboi.
benda tu tak payah ubah dok.
kalau dah memang dia pandang rupa.
lu nak terkial-kial kat dia kenapa.
ramai lagi kan yang lu boleh cuba.

yang boleh diubah kekemasan lu.
penampilan lu.
ini keluar muka sememeh.
daki tak tenyeh.
ape dok.

"gua dah tenyeh tak.
 berbalar ketiak gua sental dengan berus dawai.
 dia tanak jugak"



dok.
yang rugi siapa.
lu ke dia.
mungkin lu tak dapat pramugari dunia.
tapi insyaallah menantimu di sana dakapan bidadari bidadari syurga.
sabarlah.


5. doa

ini yang kita selalu lupa.
pada gua.
lu nak mengadu pada kawan.mengadu lah.
nak post kat wall. post lah.
nak tag twitter.tag lah.

tapi ingat.
yang tentukan jodoh tu siapa.
tok kadi ke.
tok mudim ke.
lu tahu kan siapa.

jadi banyak banyakkan la berdoa.
nak malu apa.
masa nh la lu nak menangis.
luah rasa hati.
luah rasa kecewa.
doa lah nak macam gini macam gini.
yang begitu begitu.
insyaAllah.makbul.

ini ada doa gua ambik dari satu laman sawang.
dari buku Dato Harun Din katanya.
cubalah tanya-tanya ustaz dulu.
dah kompom halo-halo gua.
salam.




2 comments:

cik ieQa said...

TERBAEK ! =)
BEST BACE BHASE LU , HEE

Bella Lim said...

hahaha. macam haram. serius best. cayalah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...