Followers

Monday 11 July 2011

150 sebab mengapa playboy dan playgirl dibenci.



"huh!
 gegurll menciww playboboi!
 menciwww.menciwwww~
 pada diwimuuu~
 gegurl sudah tidak percaya padamuu lagiii~"


"peh.sama la.
 gua pikir gua lelaki je tak.
 kena berlembut dengan hawa.
 kalau tak memang gua sunat playgegirl2 nh.
 simen.
 buat monumen"


tayah cakap banyak.
gua pun panas.
so any playshid out there.
baca nh.

untuk gegurl.
sila ubah nada memaki lelaki dalam konteks seorang wanita.

seratus lima puluh sebab mengapa playboy dan playgirl  dibenci.


1. mengurangkan ruang dan peluang mendapat pasangan.

   dok.
   gua tahu lu kacak.cantik.
   bergaya.
   berpengetahuan.
   berkereta.
   beristinjak.
   beruk.
   tapi perlu ke lu sebat lu rembat semua insan di muka bumi ini.
   sudahlah wajah kami tidak seberapa.
   pengaruh wajah korea berleluasa.
   lu boleh pasang gadis sekali lima.
   lu ingat gadis itu air laut.
   boleh pasang boleh surut.
   kenapa lu tak sebat nek pah.
   kak jah.
   mak jemah sekali.
   hah ambik semua.
   bawak masuk kubur.
   kot tengah soal nanti boleh buat air bancuh cucur.

amek lah mak jemah.puhh plisss~~

2. menimbulkan rasa dendam

   dok.
   lu buat awek.buat balak.
   macam tebu.
   sepah lu buang bila dah habis madu.
   jadi ini akan menimbulkan rasa dendam dalam diri gadis.
   dalam diri lelaki.
   dendam kesumat.ketuat.
   jadi mereka akan cuba untuk lepaskan.
   untuk balas pada kami.
   kami yang tak bersalah.
   yang hari-hari cuba memberi mereka frieskies yang terbaik.
   menjadi mangsa.
   pui!

3. membazir wang dan kudrat


   lu kata lu cinta.
   lu sayang.
   jadi pasangan pun percaya.
   maklumlah.
   bercinta.
   bangang tengah membuak buak.
   habis satu gedung membeli belah balak lu usha.
   semata-mata nak carikan tudung hana tajima.
   kalau boleh satu al ikhsan awek lu nak serbu.
   semata-mata tak jumpa nike 5 strip biru.
   tapi lu tak hargai.
   gitar orang hadiah kat lu.
   lu boleh mainkan untuk awek lagi satu.
   soritusei dok.
   lu pungkoq.

4. meningkatkan masalah moral

   peh.
   lu kalau berkepit.
   tak macam kena lekat gam gajah pulak.
   suka suka main cuit cuit.
   cuit dalam.
   cuit luar.
   cuit dengar sini.
   mula-mula bercuit la.
   lepas tu cemolot.
   lepas tu cemontot.
   lepas tu..
   gua tak kesah kalau ke jinjang pelamin.
   tapi kalau kena sakit kelamin.
   nais tak.

5. menitiskan air mata
  
   ini yang gua tak shukeww takk shukewww.
   pedih tahu tak.
   macam hati kena hiris.
   kena curah cuka.limau nipis.
   dipijak-pijak.
   kemudian ditendang.
   kalau lu rasa tak sesuai dengan seseorang.
   elok-elok la bincang.
   jangan buat awek buat balak macam drypers.
   boleh dipakai buang.

   dok.
   cuba lu bayang.
   yang kena main tu adik lu.
   akak lu.
   srot srot depan muka lu.
   nais tak.
   rasa macam nak sepak terajang orang tak.
   dah baligh kan.
   boleh fikir kan.

"tapi gua cuma mencari yang paling sesuai dengan gua tak.
 yang menepati naluri dan seksualiti gua."


dok.
nak cari.carilah.
nak pilih.pilihlah.
bertunang pun ada tempoh pengenalan.
tak sesuai.elok-elok putuskan.

cuma yang buatkan lu basted.
semua orang lu bagi harapan.
semua orang lu nak kata lu cinta.
depan macam anak babi jalan tunduk sopan.
tapi belakang haram perangai persis syaitan.

friend list biar beribu.
in a relationship biar satu.
okeh.

"Eh tak. kata seratus lima puluh sebab.
 itu lima je"


stended la boboi.
hati tengah panas.
ayat nak kena kemas.
dah.
gua nak mandi junub.
lu tatap lah gambar nh.
adios.


1 comment:

Anonymous said...

What a stuff of un-ambiguity and preserveness of precious
knowledge concerning unexpected feelings.

my web blog ... clear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...