Followers

Wednesday, 31 August 2011

merdeka dan juadah raya.

di hari raya.
si mentah bertanya.merdeka itu apa?
aku cuba kait dengan segala benda.

lemang.

merdeka ni macam lemang.
kita shahwat rasa lemak dia.
lembut pulutnya.
tapi kita lupa.
yang rela membakar diri tu buluh lemang.
sudahlah dipotong.ditebang.
dibakar pula.
berkorban diri.semata-mata tak mahu lemang jadi arang.
alih-alih sudah masak.
kena belah.buluh lemang campak belakang.

merdeka macam itu lah.
kita sibuk rasa indahnya merdeka.
nikmatnya dapat jalan merata.
tapi jasa-jasa pejuang.
polis.tentera.
yang sanggup mati-mati tumpah darah.
kita tak kenang.
sanggup kita maki hamun dek kerana politik yang gampang.


bahulu.

merdeka ni macam kuih bahulu.
bentuk mengikut acu.
kalau acu bentuk ikan.maka macam ikan lah jadi nya.
kalau acu bentuk beruk.macam beruk lah jadi nya.

merdeka macam itu lah.
kita yang acu sendiri merdeka kita.
kalau kita buat acuan ikut gaya penjajah.
maka bangsa pasca merdeka ikutlah gaya penjajah.
kalau kita terap acuan merdeka gaya kita.
maka moleklah ia mengikut bangsa.
tiadalah bersuara negaraku ciplak lagu perancis.
tiadalah bersuara bendera ciplak amerika.


dodol.

merdeka ni macam dodol.
asalnya putih santan.
cair sifatnya.mudah dicurah.
tapi bila dikacau siang malam.
yang asal putih akan jadi hitam.
yang cair leleh akan jadi likat.
susah nak tuang.

merdeka macam itu lah.
awalnya jernih. disenang orang.
tapi bila diganggu dek anasir jahanam.
sibuk main hal bangsa untuk raih kuasa.
sibuk susahkan rakyat untuk jadi senang.
maka suatu hari nanti.
yang aman boleh jadi bilau.
yang milik kita boleh jadi milik orang.



"haha.
persetankan merdeka.
asal parti kami yang raih kuasa."


hei dungu-dungu bangsat.
ini pesan anak merdeka.
yang lahirnya sudah terpacak merah putih biru kuning depan mata.
yang kecilnya diayun dengan lagu sudirman.lagu merdeka.
yang besarnya diasuh betapa dunia ini sebenarnya penuh dusta.
semua pertapa bangsa pasca merdeka seakan retorik semata.
khayal konon engkau wira.
di jalanan engkau raja.
di parlimen engkau mulia.
walhal adakala juang kau bukan untuk kami.
tapi untuk telur mu sendiri.

nah.
aku beritahu apa itu merdeka.

merdeka itu umpama hias kaca.
untuk membentuk alur hiasnya.
bentuk indah jasadnya.
perlu dipanas hingga membara.
merah terang warnanya.
gelegak gelegak haba panasnya.

lalu kaca dibentuk.
cantik rupa.menjadi hias penyeri mata.

namun kira tidak dijaga.
bila-bila kaca kan jatuh.
hancur berderai.
alur hias tidak kan mampu dilekat bersama.
hanya satu cara untuk menjadi kaca sempurna semula.

menahan panas.
membakar diri.
menerima siksa.
hingga kembali semula.menjadi hias kaca.
kau mahu merdeka kita melalui perkara yang sama?

hei dungu-dungu bangsat.
aku anak merdeka.
tidak mahu juang perwira lama menjadi sia-sia.
tumpah darah mereka untuk kami.
kalau kau tidak mahu hargai.
kau pergi jahanam.
pergi mati!







3 comments:

Azri Fathurrahman said...

wah. sangat puitis. selamat hari raya merdeka . :D

Zul fattah said...

terbaik bro..
bahasa kelas top..
sungguh dalam maksud sajak ko tu?

p/s: sajak ke apa tu?

macam ku kata said...

hebat2 sajak rekaan anda....hehehe..boleh buka kelas bro;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...