Followers

Monday, 30 July 2012

Pohon Olimpik Pohon Yahudi. Satu pencerahan.

Orait bebeh.
Sebelum gua mula bicara.
Molek kalau gua ucap tahniah dulu ke atlet-atlet Olimpik Malaysia.
Kemas betul main setakat ni.
Hampir kalah semua.

Untuk makluman.
gua tulis entri ni dalam keadaan tenang dan cuaca yang nais nais je.
Bunyik itik jiran sebelah pun sipi-sipi tak berapa nak kena.
Jadi gua harap lu pun rilek sama.

Ramadan brader.
Lets make it 'cooler'.

Gua kira macam semorang dah tahu pasal gambar bawah ni.
facebook dah share merata.
blog blog pun dah ramai orang baca.



So okeh.
Untuk makluman. Gua seorang muslim yang Ohsem.
Tak. muslim lah. Ohsem tu gua tambah gitu saja.
So sebagai seorang muslim.
Gua melihat Yahudi itu adalah satu bentuk musuh nyata.
Macam Benayoun pun. gua kalau dapat dengan dia sekali main bolo.
dah semat je pipi dia gua tampo.

Dan gua ingat sentimen tak suka Yahudi gua ni
ada juga sedikit sama sepertimana kebanyakan muslim-muslim ohsem lain.
Terutamanya Malaysia.
Okeh let make it sincere.
'Meleis muslim'. Sorry for inconvenience word brother.
But as i mention. Lets make it sincere.



YAHUDI.

Untuk sesetengah kita, mendengar perkataan Yahudi saja dah macam kena baling mercun dekat kaki.
Terkinjit-kinjit tak fikir apa terus caci maki.

"Habis tu Tak.Lu apahal.
 Lu nak backup Yahudi tu apahal wahai botak leknet of the year!"


Dok.
Look sayang.(Proper 'sayang' word used to respect Ramadan instead of 'woi bangang')
Im not on their side. Not even close.
Tapi yang buat gua ralat adalah kita terlalu 'meng-yahudikan' semua perkara.
'Mem-Freemason' kan segala bende.

"Okeh.Dah tu.amende kait dengan pokok Olimpik nya.
 Dah terang lagi lampu suluh Yahudi serap dakyah mereka.
 Astaghfirullahalazim Tak. Ko lagi nak nafikan".


Orait orait tenang sayang.
Okeh gua nak tanya.Berapa ramai antara kita yang lepas tengok gambar tu.
Terus pergi selidik macam macam sumber untuk lebih tahu.
Untuk tagih ilmu.
Instead of "Ah cilakenya Yahudi ni. Olimpik pun nak masuk dakyah sekali. Freemason ni.Share share share!"

Orait ada. mungkin secoet. Mungkinlah.

So dengan ilmu yang jahil.
dengan sumber yang terhad.
dengan diri yang hina.

This is the thing yang gua nengok dan jumpa.

Pohon Gharqad.

Untuk huraikan dari kesahihan hadis. Bukan gua lah.
But i found that there is similarity in world wide web that mentioned how Jews tend to
'love' this Gharqad trees.

So untuk ulas dari kesahihan pada hadis itu dan benar rujuknya pada Pohon Gharqad.
Wallahualam.

Okeh.
Masalahnya yang jadi titik utama bicara gua sekarang ni adalah.
kenapa yakin benar kita dengan fakta ini.

POHON GHARQAD = POHON OLIMPIK = POHON YAHUDI

Itu yang gua maksudkan. Berapa ramai yang lepas tengok gambar atas tadi.
Terus cari gali dalam ilmu lagi.

Tak faham.
Kejap.

Pohon Gharqad.
Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn,
termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis.
Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert Thorn,
Christmas Berry, Wolfberry, Matrimony Vine, Tea Tree dan Goji.

Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok Atad (Gharqad) adalah sama dengan spesis Jujube.

Jadi abang sayang. mari kita Google kejap Jujube.
Orait.
ini gambar pokok Jujube (atau mungkin Gharqad).


Orait orait.Gembira nampak.
Rilek.
Untuk makluman engkorang. Pohon Olimpik yang digunakan di London tempoh hari.
Bukan lah sepertimana yang engkorang mimpi dan gusarkan.
Dukacita dimaklumkan 'pokok' yang digunakan adalah Pokok Oak.
diulang.

POKOK OAK.

Okeh abang sayang. mari kita Google kejap.Pokok apa?
(Hold seminit gaya Dora the Explorer)

Pokok Oak!


baik.susah nak beza ikut bentuk pokok kan.
Tak mende tak mende.
Kita bagi comparison daun bagi pokok Jujube (Gharqad) dan daun pokok Oak.


Amboi lainnya mak jemah!
macam daun senduduk dengan daun terup!

Dan ini sedara sedari. Ini gambor pokok Olimpik dan daunnya.

Amboi macam kenal lah daun ni!
Bukan daun ketupat kan!
Pfft.

Okeh.Dapat.
Yes i couldnt deny that there is also Christianity spiritual element dalam persembahan bukit dan pokok tu.
But hey the point now.
Its not always Yahudi thing!

Buat research lah sikit bang.
donlod video budak kecik kawen bukan main shahwat bukan main bervisi.
Nak tambah ilmu fuh masing-masing kemain liat lagi.

Dok.
gua bukan nak ajak berbalah pasal pokok.
gua bukan botanist. gua bukan pakar hadis.
Cuma gua macam terkilan dan terkailan ikan masin tengok 'meleis muslim' sekarang.
We tend to spread thing without thinking.
If im an outsider i would describe this as pathetic.
sebut Yahudi sikit pakat semua nak menggeletik.

And as im not a botanist i would welcome any expert to correct me on this biological fact.
Kalau gua salah.
then Alhamdulillah budaya berbalah dengan ilmu lepas ni tak lagi jadi masalah.

But guys.
Please.
Pada gua.
Tak ada salahnya kongsi maklumat untuk tentang musuh kita.
Gua appreciate that kind of awareness.

Tapi untuk patahkan kaki musuh.
Takkan nak tiup air pakai straw.
lepas tu teging peluk tubuh.

Masalah kita sekarang adalah kita terlalu mencari apa mereka buat pada kita.
Terlalu.
Sepatutnya kita tekankan apa kita patut buat untuk lawan mereka.
Ini tidak. Siang siang buta sekarang dah tak segan orang kita monteng puasa.
Teraweh pun kita sekali sekala.
Dah tu nak lawan Yahudi acane?

Faham?

Oh sekadar hadiah untuk mereka yang masih taksub dengan freemason.
Gua ada satu gambar hadiah.
Oh look at the leaves. Familiar?
Mari main teka teki. daun Pohon Gharqad. atau Pokok Oak.



Dah.
gua nak sambung makan nasik kejap.

Adios.


13 comments:

iEdA said...

info yg lain dr yg dah bc..nais..hehe

adam said...

bagus ang punya penerangan.

Pesan aku kat yang dok taksub freemason bagai.

Mohon jangan jadi bangang percaya bulat2.

Benda khabar angin yang tak sahih nak dihebohkan gila babi lepas tu dok haruk sana sini pakse orang pecaye skali.

Qoran hadis yang sahih taknak pula dihebohkan dan paksa orang pecaye skali.

Betul ang cakap.

Dok pikir apa yang depa dah buat lagi dilebihkan dari apa yang kita dah buat.

Share kat fesbuk? Lepas tu? Kentut sedas dua lupa. Bangang2.

Mangkuk tingkat.

Anonymous said...

biler nak tukar header. *tetibe*

Asri ali gur said...

singgah sini....

Unknown said...

This is naiss

The Fakhirin said...

yang menyebarkan tu sbenar sekadar mengingatkn..tapi manusia tetap bangang..heboh cerita bagai nk kiamat. esok g minum todi. pastu buka facebook share lagi..mcm bangkai.

Anonymous said...

erk,saya cuma faham sedikit sahaja,tak boleh ke guna formal BM...

adaberada said...

Aku harap ramai orang diluar sana berfikiran macam blogger ni. Teringin juga nak buat entry pasal ni, tapi kesuntukkan masa nak menulis. Bagus, bagus, bagus,
Orang yg taksub Freemason patut baca ni.

Cik Loser said...

sorry sebab ada yg di copy paste masok kat sini http://diariloser.blogspot.com/2012/08/blogger-lelaki-v-blogger-perempuan.html

hafizudin said...

Kahkah.
Mahran ni macam kelakar sikit.
Tak faham juga gua.
cabut pokok gharqad bawak ke britain?

takut daun gugur sebab tak boleh hidup?

kalau boleh gua tanya kenapa nak dibimbangkan pokok itu hidup ke tidak?

kenapa gua rasa tak payah lah nak fikir siram air bagi hidup.tak payah lah nak risau daun gugur.

sebab setahu gua pokok itu pun sekadar 'sculpture'. binaan manusia.

jadi kalau setakat 'sculpture'.
tak payah main cabut-cabut gharqad nak dibawa ke britain lantas menimbulkan isu gugurnya dedaunan berguguran.

buat terus gharqad punya 'sculpture'.
bukankah lebih simbolik sekiranya guna 'sculpture' pokok gharqad terus berbanding guna 'sculpture' pokok berbeza?

Ke macam mana.gua salah kot.
bukan sculpture atau binaan manusia kot.memang betul hidup ke pokok tu mana tahu.

minta saudara mahran cerahkan lagi.

Fuh.sedap jugek kalau dapat pekena durian ni ye.

hafizudin said...
This comment has been removed by the author.
hafizudin said...

Maaf juga.

gua tak tahu nak ganti nama 'sculpture' tu dengan nama melayunya apa.

'sculpture' tu pun boleh kira salah makna juga sebenarnya.arca.

ambil saja perkataan itu sebagai terbitan kata 'binaan manusia'.

WORLD NEWS said...

It looks so natural, however the outcomes are shocking! I can hardly wait to attempt this by the enormous window by our stairs! A debt of gratitude is in order for this!Clipping pathThanks For You Sharing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...