Followers

Saturday 24 March 2012

sekali sekala jiwang.


Friday 23 March 2012

mengambil result SPM

Awas.
Entri ini ditulis taim spirit tak berapa nak ada.
jadi mungkin bosan kalau baca.


Cerita ini adalah cerita beberapa tahun lepas.
Beberapa tu tidaklah gua pasti berapa.
kalau gua pasti.
Gua mungkin akan tulis 6 tahun. 7 tahun lepas.
(mengikut kalendar Lunar).

Tapi itulah.gua mana ingat sangat benda-benda tak berapa ilmiah ni.
Lainlah kalau lu tanya gua berapa jumlah muka surat Mukaddam.
Atau berapa bilangan uban Wosemah Mansor.
Mungkin gua akan ingat.

Okeh tak.
Gua tak ingat jugak.

Kaler LUNA.
paling stail kalau ada pengasah kat belah bawah.

Masa tu kalau tak silap zaman-zaman Ruffedge tengah up.
setakat lagu 'Bila Rindu' tu.
gua tengah berak pun boleh buat cover.

Kaset tak payah cerita lah.
Kaset Rabbani member pun gua selamba sebat.
gua sumbat masuk dalam walkman Sony.
Gua rewind bagi ngam ngam hujung track lagu Intifada.
Taim radio On lagu Ruffedge.Gua cepat-cepat rekod.

Untuk makluman.Merekod guna walkman tatkala itu ada tertib dan toma'ninah nya.
Butang bulat merah dan butang play harus ditekan serentak.
ke gua salah?

Ah kisah pulak gua.
bukan dapat makwe pun bagitahu betul-betul.

Tapi biasanya lepas habis rekod.
suara DJ radio mesti akan masuk sekali.
Tahi sungguh DJ itu.




Masa tu zaman-zaman Diskman tak berapa nak masuk mainstream lagi.
kalau tak kerana member gua abah dia arkitek.
Atau anak tunggal Terengganu.yang dapat biasiswa Terengganu.
memang gua tak akan kenal diskman tu menatang apa.
Mungkin gua akan ingat benda tu orang buat bakar roti.
Ataupun mesin 'auto-lipat' spender.

Itu kira bertuah gua pakai kaset.
Cikgu gua kata dia pernah rekod lagu Ahmad Jais pakai disket.
Gua rasa cikgu gua kencing gua.

Maklumlah.
Gua ingat lagi dia pernah bagitahu yang Ramlah Ram tu
adalah bekas makwe dia masa Tingkatan 4 Anggerik dulu.
Itu gua boleh terima.
Yang dia kata Liverpool akan kekal power sampai bila-bila.
terus gua hilang percaya.

Ah.
benda ni tak ada kaitan pun.

Sebenarnya gua nak ucap tahniah kepada sekolah lama gua.
Dengar cerita result SPM tahun lepas power.
Nombor satu Malaysia.

Tahniah.Kolej Tunku Kursiah.
Once a TKC. Always a TKC.




Kehkehkeh.
Dah.Gua nak tidur.
Muah.Nyot nyot.Nyot nyot.

notakaki:
Nyamuk ni kalau gua bagi penampor.
lebam pipi dia kang.

Saturday 17 March 2012

Universiti Teknologi Malaysia. The Ohsem-ness.


Budak-budak UTM. kalau rasa nak tambah kiut.
gua cadang lu baca.

Yang belajor Oxford. Cambridge. Teknik Jempol. Tadika Kemas Ulu sedili.
yang repeat paper julai.
siapa-siapalah. nak baca.Bacalah.
tak nak baca. Sudah.


Universiti Teknologi Malaysia.
the Ohsem-ness.

1. Tasik UTM.


sini toman tak berapa nak naik.

Ya.bagi sesetengah mahasiswa siswi UTM.
tasik UTM adalah tempat yang sangat Ohsem.
kalau boleh segala benda nak buat dekat sini.

main tepung.baling telur.tempek kek hari jadi.
tasik UTM adalah lubuk.
bukan itu saja wahai mak jemah.
Di sini juga boleh kira sebagai port jurukemera-jurukemera tunjuk power.
padahal masing-masing gambor tade lah lawo mana.

lawo lagi neelofa.


masa ni gua tengah menyorok dari gadis-gadis UTM.
risau juga kena rogol ke apa nanti.

Dan kalau anda nampak laki-laki jalan sini petang-petang.
tak lain tak bukan ada sekelumit sebab.

1. tensen PSM.
2. member pergi JPO tak ajak.
3. tekanan tak dapat main tweet dengan dafi.
4. macam gua.tak hensem.tapi nak cari calon isteri.

2.Taman rusa.



barang baru bikin.

Kalau nak ikutkan kata member gua Zamzuri Azizi masa tahun satu dulu.
beliau gemar untuk mengebas seekor rusa kat sini.
dan membuat sebagai menu utama barbique.

Tapi tahun satu dulu lah.
sembang pompang pompang.
tapi sejak dah ada makwe. Zamzuri Azizi kian teguh pada agama.
gua ajak main PES taim maghrib pun dia dah buat muka kelat.
Apatah lagi nak capai misi curik rusa.

Oh.sini rusa jinak-jinak.
kalau anda tampor pun. jarang dia bagitahu pak guard.
Lainlah kalau dia doa dalam hati.
mintak lu kena laknat.
Doa rusa yang teraniaya ni makbul gua rasa.


gua nengok muka dah tahu.rusa ni minat chelsea.

Tak.
masalahnya kenapa perodua dah tak keluar van rusa.
rusa dah kerek tak nak naik van ke apa?

3.Skrin gedabak UTM.


Gua dengar cerita bisnes spek mata UTM makin lama makin maju.
Kalah bisnes budak meniaga berger.
ada orang kata benda ni bangang.
letak tengah-tengah round about.buat sakit mata memandang.
tapi bagi gua tidak.
bagi gua benda alah ni sangat Ohsem.

Ia setidak-tidaknya mampu menjelaskan ke mana saman kita pergi selama ni.
Jadi kalau ada member tanya.

"Chelaka lah Suhaimi.
 tadi aku kentut tak pakai sticker.aku kena saman lagi.
 Mana entah semua duit saman aku pergi".


Tak ada masalah.
lu bawak dia pergi depan. lu tinggal keluar je jari telunjuk kanan.

Jangan terkejut kalau reaksi begini terpacul dari mulut beliau.

"Peh.babinya".

See.Ohsem kan.
Rusa-rusa pun dah tak payah sekodeng-sekodeng pondok guard kalau nak tengok bola.
Hadap skrin gedabak.Bukak Astro arena.
Selambe je dia gelak arsenal tak menang-menang piala.

Kalau nak tengok 30 minit ustaz Don punya ceramah.
pun tak ada masalah.

4. Guard UTM.

macam biasa.
kalau Chelsea ada Zola untuk dibangga.
kalau Manceste ada Ser Eleks Pergesen dijulang sebagai juara.
kalau band kahwin Mat piah.ada Mat Piah yang main gitar power.

kami ada Pak Selamat.
nampak macam gengster virago tengah lebuhraya.
tapi tidak. dia punya ramah. Kalah YB masa dekat-dekat pilihanraya.


Gua tak berani nak kata apa sangat.


5.Balai Cerap.

Dulu masa mula-mula masuk.
gua ingat tempat ni tempat lancar roket macam Iran.Power.
Kejadah.
Sangkaan gua melecet.
Tempat budak-budak Iran bakar ayam je rupanya.


Tapi tetap Ohsem.
sebagai monumen tertinggi dalam Parlimen Nusajaya.
gua rasa kalau ditacap-tacap sikit lagi Balai Cerap ni.
mungkin ada potensi jadi Bukit Fraser.

Letaklah apa-apa yang menarik.
Tugu Neelofa ke.
atau mungkin tugu Neelofa.
Okeh. ini kira paling tak menarik dah ni.
Tugu Neelofa.


Bawah tu masjid.
Hujung sikit yang lampu kaler silver tu rumah Memey Suhaiza.

6. N24.


Malas cerita lebih.
budak-budak bola tahu lah apa function N24 ni.


Gua nengok ada budak silat cekak Hanafi dating tengah maghrib.
Nak je gua terajang.Tapi taim tu gua pun belum semayang.

7. Teksi Pakcik Zarin.

Gua tak pernah jumpa pun pakcik ni.
tapi gua dengar cerita dekat fesbuk dia femes.
Nanti kalau jumpa.
gua ingat nak ajak main dam haji.
kenapa dam haji? Suka hati lah.
boleh saja gua ajak main dam umrah.dambaan pilu.
dam dim dum bunyi mercun.tapi suka hati gua lah nak main apa.

Tak.apa gua merepek ni.

8. Jamban satu aras dengan bilik sendiri.

Ah.
lu tanya lah mana -mana mahasiswa siswi siswus.
mana lagi afdal.
berak dekat jamban fakulti.
atau sekadar bertuala pink. berselipar.
berak dekat jamban yang satu aras dengan bilik sendiri.

Okeh.
Itu saja setakat ini.
nak sumbat sekali semua.Molek kalau lu karang sendiri.


Masjid.Paling Ohsem. Setuju?

Adios.

notakaki :
sementelah gua ada kemera baru ni.
gua rasa rajin je nak jalan-jalan UTM.
dulu tak pun.

Saturday 10 March 2012

ibu lumpuh ditinggal di hotel bajet. penjelasan anak. yang mungkin bajet bes.

awas.
entri ini haram tak ada apa yang kelakar.
jadi tolong serius bila baca.
buat muka macam lu tengah berak.

tak ada kan orang tengah berak gelak-gelak.
muka mesti nak teging.
nak kena fokus.
biar tinja-tinja lu lawas habis.kan?
jadi tolong serius.ini bukan pentas maharaja lawak.


baik.lupakan isu berak.
gua nak sentuh sikit isu ini.


memandangkan respon dari membe-membe kat fesbuk.
gua rasa terpanggil untuk berkata sepatah dua.
okeh.mungkin seperenggan dua.
Eh tak tak.
suka hati lah gua nak mencarut panjang mana.
lu apa celop tok nak halang-halang gua.

semalam. bila gua tengok video harian metro.
gua rasa sebak.dua bak.tiga bak.
pada hemat gua begini.

"nokharom apa tinggal mak kat hotel cenggini!
 ingat itu dompet ke apa boleh nak tinggal-tingal suka hati."


tapi bila gua tengok gambar nora danish kat sidebar tepi.
gua rasa begitu tenang dan shahwat sekali.
gua kembali menjadi barisan nasional.
Tak.gua kembali menjadi rasional.

lalu ada beberapa perkara yang masuk benak minda.

1. kenapa?

kenapa sanggup si ibu ditinggal begitu.
si ibu yang 9 bulan mengandung ke hilir ke hulu.
yang membesar.mendidik.
dari kecil.kulit licin gebu.
sampai si anak dah besar.badan penuh bulu.

kenapa?
sebab pada gua.
yang "menghalalkan" benda ni terjadi cuma apabila berlaku perkara berikut :

1. tengah keluar nak beli ayam penyet untuk mak.
   eksiden.kemalangan.
   kalau tak sampai ajal.hilang ingatan.
  
2. ada rekrut askar yahudi atau pasukan risik Mosaad cari lu dengan lu punya femili.
   jadi untuk mengelak koordinat lokasi mak dikenalpasti.
   lu tak balik.
   tinggal mak sorang diri.

gua cuba husnuzon.
husnuzon maksudnya bersangka baik.bahasa arab gua rasa.
bukan apa.
gua rasa macam alim sikit bila dapat berbahasa arab sepam dua.Eh.

itu semalam.
tapi bila gua beli surat kaba hari ni.
Aduh.pedihnya hati.


like seriously.sakit mata?
i thought that it might be cause of smething called lymphoma disease.
or japanese eksepelaitis.
or Human immunodeficiency virus.
these are the reasons that perhaps could make us feel pleased.

tapi sakit mata.
tinggal sampai 4 hari. Oh itu apa benda nya.
pffttt.
kalau betul sayang mak.
takkan lah macam tu punya cerita bang?
mungkin terus habis gua punya husnuzon semalam hilang.mungkin lah.

Or else u might have ur own reason brader.
ur problem.ur decision.perhaps u know it better.

Okeh.itu kisah makcik Faridah dan anaknya Amir Mohd Omar.
kisah yang membuatkan auntie cina yang jual suratkaba dalam but kereta
tak perlu tanya gua nak beli suratkaba apa.

terus dihulur Harian Metro.
walhal kalau nak diikutkan.
muka gua boleh kata jenis muka baca Harakah.al islam.Asuh.
Acewah!

abaikan.
ini pula isu kedua.

2.Suatu hari nanti.kita macam mana?

Ya.sekarang kita gah.angkuh.riak.riba.takabbur.tasawur.
kata orang derhaka segala bagai.
penuh fesbuk.penuh blog.ayat maki bersepah.
macam kaca pecah bertebar atas lantai.

" Chelaka punya derhaka. shukeww shukeww hati tinggal mak.
  kalau gua kenal siapa.
  berjerawat pipi kena sepak!"


" Aku doa anak dia mati dengan keadaan maha dahsyat.
  misalnya mati masa tengok konsert Dafi.
  atau terkujur taim donlod lagu Carta Hati."


but then again.
suatu hari nanti.
kita macam mana?

Bila kita ditimpa musibah.muhibah.Mung ni Bibah.
dan kita perlu menjaga ibu dalam waktu yang sama.
adakah kita pasti.
yang tindak tanduk kita tidak sebegini serupa?

Gua tinggal untuk lu orang fikir sendiri.
muhasabah diri.

adakah ibu yang mengandung.
melahir.
membesar.
mahu kita biar meratap.merintih.menangis seperti ini.

adakah tangan yang selama ini membelai kita.
tangan yang memandikan kita di dalam timba.
tangan yang menyapu perlahan minyak affiat bila kita luka.
tangan yang mendukung kita ke kenduri kawen mana-mana.
tangan yang menarik jemari kita menyusun atur letaknya huruf alif.
huruf ba.huruf ta.

ingin dibiar mengesat sendiri air matanya?

Renung-renungkan.
dan selamat merenung.
adios.


minyak lina hangat paling pemes masa kecik.

notakaki:
Kasih anak.sebatang galah.
Kasih ibu.sepanjang jalan.

Friday 2 March 2012

cinta itu menatang apa.


gua malas bual lebih.
nak pergi jumaat.
gua ada misi bentang sejadah. balun sesikat dua pisang sedekah.
jadi lu baca je lah.

Cinta.
pada pandangan gua.


cinta itu adalah bila awek anda mesej tatkala tengah main PES dengan member.
anda boleh rodong pause game suka suka hati.
walhal.dalam hati member.
anda tahu boleh penuh satu library punya ayat maki.


cinta itu adalah bila anda nak ambik air semayang.
untuk menunai tanggungjawab insani.
anda tak lupa ajak awek anda semayang sekali.

cinta itu adalah bila isteri anda kecewa.
fras dengan segala benda.
anda boleh jadi kaunselor paling power.
meeting dengan najib anda kensel selambe.
just to ensure dat your wife feels your love atmosphere.


cinta itu adalah sanggup hidup hanya berdua sampai bila-bila.
walaupun tidak dikurnia zuriat.cahaya mata.

cinta itu adalah kalau pasangan anda ditimpa malang.
lumpuh tak berdaya.
hidup tidak bermaya.
anda masih utuh bersama dia. biarpun yuyu zulaikha offer nak jadi makwe.

cinta itu adalah bila seorang atuk tua pimpin tangan nenek lintas jalan.
bila nenek suap nasik untuk atuk taim makan.
dan sentiasa tersenyum berdua ketika atuk dan nenek itu sama berjalan.

cinta itu adalah bila anda mencicit cari topup.
kesana kemari macam orang mati bini.
semata-mata untuk menten telefon tanya khabar emak setiap hari.


cinta itu adalah bila abah anda dah lewat 'senja'.
dah tak mampu kerja.
tidak sesekali anda campak pergi rumah orang tua.
tapi siap tolong basuh berak. cebok mandi. dukung dukung macam baby.


cinta itu adalah bila anda kensel nak buat taik dengan orang.
malu nak gesek-gesek bukan muhrim macam binatang.
malu nak pecah belah umat islam sekarang.
malu.
sebab rasa macam rasul ada sebelah.tengah pandang.

LAU KANA BAINANA

cinta itu adalah bila setara mana bizi projek sarjana muda anda.
sedih macam mana pun drama korea.
atau power macam mana pun chelsea main bola.
tapi bila sampai waktu.
anda rukuk.sujud.sembah.
menghadap diri pada Yang Empunya.

Pemilik diri kita.
Empunya cinta kita.
Tanpa cinta Yang Mencipta.
kita langsung tak empunya apa.

notakaki :
pada gua cinta itu macam soalan bahasa melayu pemahaman UPSR.
sabjektif.
ada masa kita rasa kita dah jawab power.
tapi cikgu sekolah rasa lain masa tanda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...