Followers

Friday, 26 August 2011

bila budak-budak memalu bangsa

awas.entri ini semata-mata mengenai bola.
gegurl mungkin taa shukeww taa shukeww.

oh.maaf.
mereka yang tak minat bola.
memang tak akan faham. 




kalau lu bukak page facebook official QPR (Queens Park Rangers). klik SINI
lu akan perasan ada makian atau perlian kepada orang-orang malaysia.
(sebahagian besar telah di delete admin)
ada yang seakan-akan anti kepada malaysia.
puncanya?
tengok gambar ni.
KLIK UNTUK GEDABAK



KLIK UNTUK GEDABAK

"apa benda ni tak.
 apa benda ni.
 gua tengah lampi ni"


pada yang tak tahu apa apa.
malas nak cerita berjela.
gua bagi kronologi saja.

1. kita maklum tony fernandez beli QPR.

2. kita maklum dia cuba masukkan beberapa pemain malaysia
   (safee sali antaranya)
   untuk di senarai uji ke dalam kelab.

3. sekelumit orang kita macam biasa. haruk kalahkan beruk.

4. budak-budak tiada adab pun haruk dalam page rasmi QPR.
   "shukeww shukeww shukeww.
    owang malaysia main QPR.
    nanti abeslah stadium QPR tu penuh nasik lemak.
    ayam penyet padang jawa."

   lebih kurang begitulah.

5. yang kita kurang maklum pasal bola omputih.
   bola pada mereka bukan sekadar sukan.
   its a passion.
   mereka bukan penyokong lalang macam orang kita.
   sharbini save penalti.semua sanjung.semua suka.
   sharbini buat mistake.semua maki macam celaka.
   dari penuh stedium.
   kosong entah ke mana.
   but they stick with their club even its struck by disaster.
   jadi kiranya tiba-tiba ada umat-umat stupidas yang tiba-tiba haruk dalam
   komuniti mereka.
   nak masuk player itu ini.
   walhal haram seorang player lama  pun mereka tak kenal nama.
   tak ke bangsat rasanya.
   for me its a fuckin disgrace towards them who live and grew up
   with the team.

7. dan menambah derita.
   bahasa-bahasa yang "haruk-ers" ini guna sangatlah biadap.
   racism.sexist.
   saxofon.
   sex luar tabii.sekadar di pinggiran.
   ya.dalam kamus bola benda itu biasa.
   tapi sekiranya memalukan nama negara.
   gua rasa itu bengap.
   ini bukan bual malaysia-indon-singapura yang saling kenal budaya.

8. dan ibarat menitis perah limau nipis ke atas luka.
   QPR sedang mengenang pemergian Ray Jones.
   pemain muda mereka yang meninggal dunia.baca SINI.

9. bangang.

maaf.
tapi ini sangatlah tahi.
kenapa budak-budak belum putus kulup sekarang perangai begini.
muda-muda dah bijak malukan bangsa.

please dok.
gua tahu lu gembira.
ada peluang rakyat malaysia main sana.
(itu pun kalau dapat selesai masalah ranking negara)
tapi untuk berkelakuan seperti monyet dapat cili.
janganlah.

selamba rodok je dia panggil gua jalil =.=

ah.
segan sungguh rasa.tak tahu dah nak kata apa.
lepas ni kalau gua nak pekena kacip fatimah kat QPR.
mesti kak lily allen tokey warung sana pandang gua lain macam.

tak pasal-pasal dek kerana tahi setitis.
rosak jamban sebelanga.
tercemar nama negara.

dah macam kad raya pun ada.




6 comments:

ina said...

ek eleh dorg nie.. wat malu name negara je.. diam2 sudah.. bdak tak ckup umur mmg cm tue.. cpt melatah tak tentu pasal... *emo*

cheetheng lee said...

I dont think longtime QPR fans are at fault here, because Tony Fernandes was so desperate to buy a football club as if his life depended on it.

He was like shopping for a new pair of boots, adidas predator didnt have his size and price range, he dropped down to lotto.

Recent change of ownerships (not just to non englishman) has been so frequent that it is getting out of hand. Am a Leeds fan, Ken Bates keeps Leeds as a way to dodge tax.

For me, Uncle Tony needs to really explain his intention. My guess is, true QPR fans wont like it.

~belog gadis~ said...

ok fine. sy x faham. pasal bola pon boleh bergaduh. mmg mencemarkan name malaysia laa.

Khuzrin Kamarudin said...

Aku sokong part lalang... hahaha..

Malaysian konon patriotik.. fak!

Malaysian konon kipas-susah-mati.. Fak!!

Malaysian ramai takde identiti.. lalang.. glory-hunter.. dan seangkatan dengannya...

Tengok kalau Malaysia tak menang AFF tahun depan.. apa kata?

Ok.. komen aku panjang..

arsenalkorner said...

RELAX, biarkan dulu. Tunggulah penangan dari Dato' Fernandes yanf mempunyai hak mutlak. Hahahahahaha

Anonymous said...

mmg la dia panggil kau jalil..
orang sana panggil guna family name..
ape da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...