Followers

Saturday, 10 March 2012

ibu lumpuh ditinggal di hotel bajet. penjelasan anak. yang mungkin bajet bes.

awas.
entri ini haram tak ada apa yang kelakar.
jadi tolong serius bila baca.
buat muka macam lu tengah berak.

tak ada kan orang tengah berak gelak-gelak.
muka mesti nak teging.
nak kena fokus.
biar tinja-tinja lu lawas habis.kan?
jadi tolong serius.ini bukan pentas maharaja lawak.


baik.lupakan isu berak.
gua nak sentuh sikit isu ini.


memandangkan respon dari membe-membe kat fesbuk.
gua rasa terpanggil untuk berkata sepatah dua.
okeh.mungkin seperenggan dua.
Eh tak tak.
suka hati lah gua nak mencarut panjang mana.
lu apa celop tok nak halang-halang gua.

semalam. bila gua tengok video harian metro.
gua rasa sebak.dua bak.tiga bak.
pada hemat gua begini.

"nokharom apa tinggal mak kat hotel cenggini!
 ingat itu dompet ke apa boleh nak tinggal-tingal suka hati."


tapi bila gua tengok gambar nora danish kat sidebar tepi.
gua rasa begitu tenang dan shahwat sekali.
gua kembali menjadi barisan nasional.
Tak.gua kembali menjadi rasional.

lalu ada beberapa perkara yang masuk benak minda.

1. kenapa?

kenapa sanggup si ibu ditinggal begitu.
si ibu yang 9 bulan mengandung ke hilir ke hulu.
yang membesar.mendidik.
dari kecil.kulit licin gebu.
sampai si anak dah besar.badan penuh bulu.

kenapa?
sebab pada gua.
yang "menghalalkan" benda ni terjadi cuma apabila berlaku perkara berikut :

1. tengah keluar nak beli ayam penyet untuk mak.
   eksiden.kemalangan.
   kalau tak sampai ajal.hilang ingatan.
  
2. ada rekrut askar yahudi atau pasukan risik Mosaad cari lu dengan lu punya femili.
   jadi untuk mengelak koordinat lokasi mak dikenalpasti.
   lu tak balik.
   tinggal mak sorang diri.

gua cuba husnuzon.
husnuzon maksudnya bersangka baik.bahasa arab gua rasa.
bukan apa.
gua rasa macam alim sikit bila dapat berbahasa arab sepam dua.Eh.

itu semalam.
tapi bila gua beli surat kaba hari ni.
Aduh.pedihnya hati.


like seriously.sakit mata?
i thought that it might be cause of smething called lymphoma disease.
or japanese eksepelaitis.
or Human immunodeficiency virus.
these are the reasons that perhaps could make us feel pleased.

tapi sakit mata.
tinggal sampai 4 hari. Oh itu apa benda nya.
pffttt.
kalau betul sayang mak.
takkan lah macam tu punya cerita bang?
mungkin terus habis gua punya husnuzon semalam hilang.mungkin lah.

Or else u might have ur own reason brader.
ur problem.ur decision.perhaps u know it better.

Okeh.itu kisah makcik Faridah dan anaknya Amir Mohd Omar.
kisah yang membuatkan auntie cina yang jual suratkaba dalam but kereta
tak perlu tanya gua nak beli suratkaba apa.

terus dihulur Harian Metro.
walhal kalau nak diikutkan.
muka gua boleh kata jenis muka baca Harakah.al islam.Asuh.
Acewah!

abaikan.
ini pula isu kedua.

2.Suatu hari nanti.kita macam mana?

Ya.sekarang kita gah.angkuh.riak.riba.takabbur.tasawur.
kata orang derhaka segala bagai.
penuh fesbuk.penuh blog.ayat maki bersepah.
macam kaca pecah bertebar atas lantai.

" Chelaka punya derhaka. shukeww shukeww hati tinggal mak.
  kalau gua kenal siapa.
  berjerawat pipi kena sepak!"


" Aku doa anak dia mati dengan keadaan maha dahsyat.
  misalnya mati masa tengok konsert Dafi.
  atau terkujur taim donlod lagu Carta Hati."


but then again.
suatu hari nanti.
kita macam mana?

Bila kita ditimpa musibah.muhibah.Mung ni Bibah.
dan kita perlu menjaga ibu dalam waktu yang sama.
adakah kita pasti.
yang tindak tanduk kita tidak sebegini serupa?

Gua tinggal untuk lu orang fikir sendiri.
muhasabah diri.

adakah ibu yang mengandung.
melahir.
membesar.
mahu kita biar meratap.merintih.menangis seperti ini.

adakah tangan yang selama ini membelai kita.
tangan yang memandikan kita di dalam timba.
tangan yang menyapu perlahan minyak affiat bila kita luka.
tangan yang mendukung kita ke kenduri kawen mana-mana.
tangan yang menarik jemari kita menyusun atur letaknya huruf alif.
huruf ba.huruf ta.

ingin dibiar mengesat sendiri air matanya?

Renung-renungkan.
dan selamat merenung.
adios.


minyak lina hangat paling pemes masa kecik.

notakaki:
Kasih anak.sebatang galah.
Kasih ibu.sepanjang jalan.

11 comments:

Azizah Alwi said...

Lempang kang.Budak ni dari mula aku start baca blog dia sampai sekarang kalau tak serius memang tak sah.

Tapikan aku agree gila dengan kau masa baca news ni.Bersikap bersangka baik.Aku tak beli lagi paper metro tuh jadi tak tahu apa alasan anak dia sampai sanggup tinggal mak macam tu.Alasan sakit mata? Like seriously.

Marilah bersangka baik lagi.dia sakit mata dan melarikan diri sebab tak mahu sakit matanya bakal merebak kepada orang lain.haha

noorniey Azman said...

hewhew~agak sedey ah baca storry baout mak cik tuh...even umi kat umah pon sggup kol and bebel kat noni.pesan nnti bila da berjaya jangan tinggal dy kat hotel2 bajet.kalo nak tinggal jugak tinggal laa kat hotel yg taraf dy sploh bintang~hhhooomak!hewhew~~

Zul Fattah said...

terbaik bro.. haha

HeNRieTTa JoSe said...

kejam giler anak dia...alasan sakit mata bagi rietta xleh trima lew...

aimie amalina said...

fuyoooo
pnjg gile ketidakpuasanhati die
hehehehe

tap ai sokong
botol2 :)



byk cr lain kalo nak show kite syg ibu :)
bukan dgn cr cm ni

Anonymous said...

Korang tatau citer jgn ckp byk laa.. Bodoh nyer melayu!

EZAN IDMA said...

amboi cik anon yg ats ni marh nape?

Atiqah Wadiah said...

sakit mata tinggal mak 4 hari?cam x logik..tp biarlah..maybe he has his own reason..

Azizah Alwi said...

cik anon tu ada related dengan anak makcik yang ditinggalkan di hotel bajet murah ni tak.Aku tak terasa pasal aku bukan melayu.haha.

adam said...

Menitik juga airmata jantan. pesen lukakan hati mak nih. AKu pun terasa dosanya. cheh.

Anonymous said...

On quick hot day the thought that pick up Gloss can withdraw skin tags.
As these skin growths are mutual to certain locations just, locally or
administered systemically.

Here is my web site; skin tag removal cost

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...