Followers

Tuesday 31 January 2012

diari ringkas : sumpahan kum kum

semalam.
gua main bola.sorang-sorang.
ada brader Iran datang.
muka macam ahmadinejad.badan bau nuklear.
gua main bola dengan brader iran sampai maghrib.

gua mandi.gua semayang.
gua keluar tengok wayang.

sumpahan kum kum.
seat depan kosong.gua duduk depan.
ada awek datang.
gua tak berapa nampak.
cahaya iman gua tak berapa nak obvious dalam wayang.

SUMPAHAN KUM KUM.

"kerana cincin juta juta. manusia sanggup pergi Australia"


kum apa.kumbat.bat apa.bat man.

gua buat-buat berani.
konon lelaki sejati.
lelaki yang jenis minat metallica.minat awie.

tiba-tiba.

"ooo makk kauuu!!"


gua terkejut.hantu dia hodoh 'yang amat'.
gampang.hilang macho gua.

habis cerita.gua keluor wayang.
gua usha balik awek tadi follow belakang.

lawo. muka macam bunga telur kenduri kawen.

gua nekad.
lepas ni gua malas tengok cerita hantu.
baik gua donlod ombak rindu.

Sunday 29 January 2012

10 ciri wanita kiut.

waalaikumsalam.

entri ini lebih kurang sequel pada entri sebelum INI.

jadi macam gini lah.
gua malas betul nak bagi intro.
lu baca je.

Oh.perlu diingat.ini pandangan gua.
jadi kalau lu rasa tak puas hati.
resah.macam panas-panas badan.
tiba-tiba kentut berasap.
jangan nak haruk sangat.
lu boleh repot tok kadi.kita pergi kawen.okeh.


10 ciri wanita kiut.

1.wanita kiut adalah wanita yang bila dia berfesyen.
  dia berfesyen untuk menutup aurat.
  bukan menutup aurat untuk berfesyen.

hana tajima



2.wanita kiut adalah wanita yang taatnya bukan pada teman lelaki.
  tapi hanya bila sah menjadi suami.

3.wanita kiut adalah wanita yang walaupon lawo.
  tapi dia rilek je tak tayang-tayang gambo.
  sebab dia tahu. muncung-muncung bibir.
  lentik-lentik pungkoq dalam gambo fesbuk tu lebih dari lagho.

muah muah.


4.wanita kiut adalah wanita yang mampu sapot seorang lelaki dalam masalah.
  contohnya tatkala lelaki itu tengah tensen dengan tesis PSM.
  Contoh lah.

5.wanita kiut adalah wanita yang setia bila bercinta.
  bukan jenis layan Padeli.Supian dan Dafi dalam satu-satu masa.

6.wanita yang kiut adalah wanita yang kalau rijek lelaki.
  rijek nya berhemah.
  sebab dia tahu.walaupun luaran lelaki ni tampak macho.
  namun adakala hati kami mampu mencair macam marshmallow.
 
7.wanita kiut adalah jenis yang kalau pergi ber'jangdut' dengan member lama-lama.
  tidak pula dia lupa untuk bawak telekung bersama.
  in case kalau surau tak ada sedia.
 
8.wanita kiut itu tidak merokok.
  dia hanya me'rukuk' dalam solat saja.
  lain benar dua tu ya.
  sesuatu yang mahabongok kalau lu anggap sama.

9.wanita kiut itu bila menjadi isteri.
  setaik mana pun zaman bujangnya.
  dia akan berubah menjadi isteri solehah.
  penyejuk mata suami.penawar hati. penajam fikiran.
  di rumah dia isteri. di jalanan dia kawan.
 
  di dalam kamar?
  itu nanti kita cerita kemudian.

10.Ya.
     wanita kiut itu adalah anda yang sedang membaca.
     andai anda perbaiki tutur kata.
     indah budi bicara dengan mertua.
     bijak jaga malu dalam serba suasana.
     teguh patuh suruhan agama.

kerana kiut itu subjektif.
bukan semata landas pada rupa.
adios.

kekiutan adalah hakmilik setiap insan.
gambo dari SINI


liverpool 2-1 man u : edisi menganjing

EVRA GET DARK.
ENGLAND GET HOT.
SUAREZ GIVE ADVICE.

guna lah fair and lovely. kulit cerah berseri.


"ME NO DARK.
ME NO BLACK.
ME KOREAN"-
(Evra,2011)




SUAREZ GET BANNED.
SUAREZ CANT PLAY AGAINST MAN U.


palat

BUT MAN U GET LOST.LOSE.LOOSE.
WAT EVER.




SUAREZ GET REVENGE.

bodo sek ni.


EVRA GET SHAME.


malu kawe.



OH.EVRA GET SHIT TOO.






KIHKIHKIHKIH.
menganjing lah selagi wujudnya anjing.

Saturday 28 January 2012

anak mak

awas. ini bukan cerpen.ini novel.


"aduh!"

sulaiman rashid mengaduh kesakitan.
bibir nya mengerekot.
ubat pensil picit Shaker bersaiz 0.7mm tertusuk ke dalam kuku jari manis sulaiman rashid.
entah celah mana manis jari nya pun tidaklah berapa sure.
kalau kencingnya boleh lagi consider.
pasal sulaiman rashid ni jenis makan manis-manis.
setakat sekilo gula pasir tu.
sulaiman rashid rodong buat macam serbuk sagu je.

"mak.
bagi leman lah.benda paling manis dalam dunia ni bukan gula.
tapi janji adun sebelum pilihanraya".


ayat power sulaiman rashid tiap kali ibunya membagi nasihat pada dia.

"ah sudahlah leman.
kau kalau berkudis bersemut kaki kau kang.
kena potong.diabetis.diet peha.
jangan kau kata kat cucu mak yang kau kudung sebab power main bola pulak
."

pesan mokcik Beah.mak pada sulaiman rashid.
mokcik Beah seorang mak yang power.
sementelah pemergian suami tercinta.
mokcik Beah lah yang bersusah payah membesarkan sulaiman rashid dan adik beradik.
jual cili boh home-made kat pekan sehari.
promot bedak sejuk kat member-member.
jadi duta produk pinggan mangkuk jenama 'arcoroc'.
ditambah dengan KWSP arwah pak rashid.
semua anaknya kini menjadi anak-anak berguna.



ini badak sejuk.bedak sejuk lain.

walaupun sulaiman tergolong dalam anak bongsu yang tak ada guna sangat.
tapi kalau disuruh ke kedai membeli gula.
sulaiman lah yang pergi start motor cepat-cepat.

"apa benda mak ni kata gitu.
mak bukan tak tahu.
leman ni kan seorang yang sweet pada gadis.
kalau leman tak makan benda manis.
power leman akan habis"


sulaiman rashid tutur beralas.

mokcik Beah bukan apa.risau pula dengan leman punya situasi semasa.
antara empat orang anaknya.sulaiman ni lah kira paling komited bangangnya.
dinasihat kerja tak mahu.
dinasihat ambik SPM pun tak mahu.
nasib lah disuruh semayang dia laju.
Alhamdulillah. lekat juga penangan kurikulum berasaskan penumbuk pak rashid dulu.(KBPR)

"Alahai.leman leman.
sudahlah muka macam motherboard PC.bengap pun tak reti nak tapis.
aih.lagi satu ni kau asek duduk rumah je.duduk kampung lelame.
kau nak jadi apa?"


soal mokcik Beah.manja.

"itulah mak.
leman ingat nak jadik oltromen lah.
kahkahkah!
lawak tak mak.lawak tak!"


leman cuba memecah hening dengan lawak jenaka.
mungkin pada beliau.ia berbunyi lawak jenaka.
tapi pada mokcik Beah.
ia lebih kepada lawak ortodoks yang cam celaka.

"kelakarnyeww.kelakarnyeww!"

mokcik Beah buat-buat support.
sambil matanya ke atas.tangan di dada.

melihatkan perilaku mak nya yang dah rupa afdlin shauki versi makcik felda.
leman kembali serius.


"Alah mak.
leman bukan tak nak kerja.
kalau nak ikutkan hati.
boleh je leman pergi ikut kaklong tu kerja kat menara KLCC.
kak long kerja tingkat atas.
leman boleh kerja kat taman air pancut tu.


"Ciuuut.ciuuuuttt.
sambil leman boleh tengok air pancut.
sambil tu leman boleh buat ayat-ayat sweet kat gadis-gadis Pavilion.
tengok kot-kot ada orang-orang kampung kita bepesyen macam orang kaya.
tapi leman tak nak."

"sebab leman nak jaga mak.
leman sayangkan mak.
mak lah jantung hati leman.
i cudnt live without my heart even for a second"


berkat rajin tengok dvd cerita omputih.
ayat power sulaiman rashid kini dah ada unsur-unsur mat saleh.

"erm.iye lah.
tapi sok-sok.
kau cari lah kerja kampung sama.
orang kampung dah mula bising.kata kau ni jenis duk bawah ketiak mak.
mak bukan apa.
mak frust.apa jadah diorang kata kau duduk bawah ketiak mak.

"mak rasa macam tak menutup aurat pulak.
rasa macam diorang observe mak punya ketiak.
mak geli man.mak geli.Euwww!"

"hah.dengar kata diorang pun dah berpakat tak nak bagi kau wakilkan mak main duit kutu"


mokcik Beah luah rasa.
entah apa-apa lah mokcik Beah ni.

"mak jangan ikut sangat Dengar tu kata.
 Dengar tu memang suka membohong."


sulaiman rashid bergurau senda. mokcik Beah dah malas nak sapot.
ikutkan hati dan skrip tipikal cerita melayu.
mahu saja mokcik Beah sumpah sulaiman rashid jadi batu.
tapi mengenangkan mokcik Beah ni jenis layan runningman. mokcik Beah buat rilek.


sulaiman rashid pun seraya menambah ayat.

"okay mak.cengginilah.
sedangkan pasal nak stalk yuyu zulaikha pun leman sanggup tak tengok tibi.
apatah lagi pasal mak.
insan mulia menuju syurgawi.

"leman akan cari kerja.
kalau leman tak dapat kerja.
leman nekad akan masuk 'scene' jual beger."


sulaiman rashid akur juga.
di telinganya masih terngiang-ngiang pesan abah sebelum meninggal dulu.
kata abahnya.

"kita ni leman.lelaki.
 perempuan kalau lepas kawen.perintah taatnya pindah dari ibu pergi pada suami.
 tapi lelaki tidak.
 lepas Allah.Rasul. hah seorang ibulah patut kita taati.

"jadi apak harap bila apak dah tak ada nanti.
 kau kena taat pada mak kau.dengor cakap dia.
 dosa dengan mak ni leman. Kat dunia pun Allah akan balas free."

"lagi satu. kaset uji rashid apak tu nanti kau tolong repairkan.
 mahal tu apak beli.

"ingat leman.syurga di bawah telapak kaki ibu.bukan high heel gepren"


pada sulaiman rashid. biarlah orang nak kata apa.
dilabel anak mak pun tak mengapa.
asal tiada dia menjadi derhaka.

"Eh mak.
jangan gerak banyak.
kang elok-elok kiut.
lari alignment lukisan leman.herot berot pulak muka mak.
mak kata nak gambor mak jadik macam Adele kan"


leman kembali menyusun rentak lukisan dengan pensil picit Shaker tadi.
masa-masa boring petang-petang tak ada cerita hindustan.
cengginilah situasi mokcik Beah dengan leman.

si ibu posing mengalah model kebaya.
si anak melakar indah persis artisan.


Esoknya.leman mula kerja 'welding' dengan bengkel Pokwe Besi.
lama juga lah dia kerja situ.
hasil titik peluh sulaiman rashid.dengan kerja yang berdedikasi.berdidie alias.
dia berjaya membelikan ibunya sebiji laptop.
sebijik laptop juga dibeli untuk dirinya.
tak kurang juga.sulaiman rashid mampu membuka akaun fesbuk untuk mokcik Beah.
nama tak boleh blah.

Butterfly Beah (Rubiah binti Mansor).



.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...