Followers

Sunday 25 September 2011

kenapa gua tak update.

awas.
tiada apa yang ilmiah dalam entri ini.


orang ada tanya.
kenapa gua tak update boxerkedut.
sampai dah berkulat.bersemut.

sebab gua simple.
gua dah tahun empat.
gua kena buat PSM.
PSM ni bukan macam PMS.
setiap bulan datang ziarah.
ini tiga empat tahun punya benda.
nak dapat ijazah.
dari tadika lagi gua dah dididik dapat ijazah tu owhsem.
padahal nak ikutkan takde lah owhsem mana pun.
belajar tinggi-tinggi.
kalau tak solat.masuk neraka jugak.
ye dak.




idea tu ada.
cuma gua tak dapat nak olah elok-elok.
korteks otak gua tak boleh nak campur aduk akademik dan sosial.
jujurlah.
kalau gua tulis jugak.
kompem lu rasa macam ni.

"eleh.itu je tak.bosanlah.
 camgampang..
 baik aku mandi junub.".


so gua tak nak lu rasa macam tu.
gua sayang gilababi dengan lu.
okeh.

jadi gua malas nak semak belog gua dengan "sampah".
kalau nak ikutkan buffered earning yang baru nuffnang bagi.
patutnya gua lebih haruk.
sehari lima enam kali update belog.
bagi trafik mencanak-canak.
tapi gua redha jadi miskin.duit tak berkepuk.
asalkan boxerkedut tak jadi busuk.


baik.
itu saja.
doakan gua jumpa tajuk PSM gua.
gua nak grad ikut masa.
mana tahu lu jodoh gua.
cepat habis belajar.
cepatlah cinta kita bertaut bersama.
eceh!

dah blah.
adios.

notakaki: pesta konvo UTM tak bes. semua barang ompompuan.
              gua tak shukew tak shukew.

Tuesday 20 September 2011

sayang semua orang.insyaAllah semua orang sayang kita.

"maafkan semua orang.
sayang semua orang.
insyaallah orang maafkan kita.
sayang pada kita"

baik.
siapa-siapa yang biasa dengar fadilah kamsahamida bagi ceramah.
ayat yang gua tulis ni boleh dikata sebagai lumrah.

well yes.
ada beratus lagi isi ceramah dato' yang dah termaktub.
tapi pada gua.
ayat ini yang paling menusuk shahwat minda.


gua tak berapa ingat sangat intipati isi ceramahnya.
video gua donlod dulu pun entah gua letak mana.
gua rodok-rodok dalam laptop.
jumpa video najwa latif je.
budak perempuan main gitar dalam kereta.
lepas tu main webcam dengan jantan dalam tutti fruiti.
ah.tak membina langsung.
gua delete terus.
lagi bagus simpan video ustaz azhar idrus.

jadi gua cuba olah semula dengan gaya gua.
dan dengan istilah "gaya gua".
maaf.
ayat bangang dan bengap itu biasa.
macam arsenal kena bedal lepas leading.
biasa.

seriyesli dok.
marah itu benda normal.
kita manusia.dan mana-mana manusia normal pasti lahir dengan sifat marah.
dari bayi lagi kita dah melalak kalau tak dapat susu mak.
sebab susu mak untuk kita.
bapak nak susu kena lah pergi kedai sana.okeh.

marah.kita tak boleh nak halang.
menghalang rasa marah timbul itu adalah mustahil.
we've born with it.
and we're live with it.

tapi ada satu tahap di mana rasa marah itu boleh evolve kepada sifat benci.
memang bangsat rasanya bila member balas awek member.
pakwe main kayu tiga.
awek curang camshelaka.
dafi tak dapat jadi juara.
seriyes.
rasa macam nak ambik kepit kuku.
cabut bulu ketiak satu-satu.

cuma bezanya dengan rasa marah.
benci ni kita boleh halang.
we're taste it.
and we could deal with it.

"napew abang bobow.
 napew napew napew taleh menciww menciw menciww~"


well gegurl.
ini teorinya.
menurut kajian.eceh!
okeh menurut apa yang dato bagitahu gua.
bila kita tanam rasa benci dalam diri.
ia menjadi magnet untuk menarik rasa benci dari persekitaran kita.


nampak.
macam mana kita nak harapkan orang sayangkan kita.
kalau kita masih ada rasa benci pada orang lain.
sama macam memaafkan orang lain.
sebelum tidur.
cuba maafkan semua orang.
sebab kalau kita memilih untuk memaafkan sesetengah orang saja.
tak mustahil orang yang kita harap untuk maafkan kita.
tak memilih kita untuk dimaafkan.

maaf kalau pening.
gua sejak tengok cerita-cerita tamil yang ada unsur sanskrit.
ayat gua putar belit sikit.

"gua dah maafkan dia tak.
 tapi masalahnya dia buat bangsat lagi dengan gua.
 eh sial lah.pui!"


yes boboi.
gua tak nafikan.ada manusia jenis nokharam cenggitu.
kalau ikut hati.
nak je gua tumbuk muka.
lepas tu blah senyum-senyum.
buat-buat tak tahu apa-apa.

tapi gua ada cara gua.
simple dok.gua suka buat bodoh.
pada gua.
buat bodoh lagi bijak dari layan orang-orang bodoh.
pada gua lah.
sebab kita manusia.
manusia tiada sempurna.am i rite?

"haah la abang bobow.
 pasnew kiteww tamo menciw orang lain dah.
 ngan orang utan pun kitew nak cemolot.
 tehee.guwau jew.^^,"


ikut lu lah gegirl.
cuma gua nak ingatkan.
untuk memaafkan orang.kita perlukan kekuatan.
gua mengaku lah bukan senang dok nak maafkan semua.
cuma kalau boleh cuba kita renung semula.

kalau kita hamba yang hina pun susah nak maafkan sesama manusia.
tak rasa sampah ke bila ingat semula dosa kita pada Yang Maha Esa.

baik.
itu saja.
maaf kalau tak bes.
sebab gua memang seorang yang hambar dan tak bes.
lu nak like.like lah.
nak maki.maki lah.
gua tak berapa nak kisah.
adios!

nota kaki : kena rogol.kena simbah asid.benci yahudi.itu lain cerita.

Monday 19 September 2011

manchester united 1-3 chelsea

awas.
jangan bergurau pasal bola.
bola bukan tempat untuk bergurau.
nak bergurau pergi tempat lain.
jusco tebrau mungkin.


menceste unaitet 3 -1 chelsea.

untuk penyokong menceste unaitet.
hari ini mungkin menjadi hari isnin paling kiut bagi mereka.
kalau selama ni bangun pagi isnin rasa camtaik.
hari ini mereka mungkin awal2 pagi lagi dah solat subuh.
mungkin lah.

ada gua kisah?

tidak.
sebagai kipas susah mati chelsea.
tiada apa yang membuat gua fras dengan sang singa biru.
mereka yang berkata.

"ah.gampanglah torres tu!
 depan gol pun tak gol.
 apatah lagi belakang gol.cipet!"
(
sambil reply sms awek suruh balik)

percayalah.
mereka bukan fan chelsea yang owhsem.
fan chelsea yang owhsem adalah macam gua.

gua bayar makan minum.milo ais.nasi goreng paprik.
gua balik.
gua main PES.
gua bedal semula menceste unaitet.
6-1.
itu cara gua lepas geram.

gua memang saja nak rembat mamat kat belakang tu.

chelsea itu cinta hati gua.
kalau dah nama cinta hati.
kentut pun bau perfume playboy miami.
bak kata pepatah.
di mana bumi dipijak.
di situ stamford bridge dijunjung.gitu.

malam di mana penyerang-penyerang kelas dunia menjadi bebal.
apa yang boleh dikatakan a collection of worst blunders game. gua redha.
pada gua.torres cetak gol sebijik pun gua dah stim dah.
50 juta untuk beberapa gol?
peduli lah.
pak roman orang kaya.
lu nak jeles apa.


 breakdance.


rooney : "haha.gua baru faham perasaan lu."
terry: "haha.makin tebal rambut lu.makin bangang ya"

gua malas nak hurai lebih.
gua ucap tahniah pada penyokong menceste unaitet.
dah blah.
maaf tak balas komen fesebuk.
fesebuk gua habis kredit.
henset pun tak topup.
adios.

CHELSEA. CHELSEA. CHELSEA!

Saturday 17 September 2011

perempuan tak reti memasak tak boleh dibuat isteri

gua baru siap basuh boxer.
esok kalau kering.gua nak try seterika.
gua rasa kalau gua berjaya.
gua akan cipta rekod sebagai lelaki pertama iron boxer.

"jadi apa kena mengena dengan entri ni tak?"


takde kena mengena boi.
gua cuba bagi mukaddimah.ayat-ayat manis.
benda basic dalam karangan UPSR.
pendahuluan mesti ada 4 baris.


"perempuan tak reti memasak.
 tak boleh dibuat isteri"

hah giteww.
maaflah.tapi gua tak berapa setuju.
gua rasa gua belum dengar mana-mana ungkapan.
yang cakap syarat utama isteri solehah haruslah mengalahkan chef wan.

bukan menafikan kepentingan wanita untuk pandai memasak.
tapi gua rasa bangsat.
kalau tak pandai masak dijadikan alasan memutuskan hubungan.
gua faham.
sesetengah lelaki inginkan kesempurnaan dalam memilih pasangan.
nak isteri haruslah muka iras-iras ketty perry.
body tip top macam miss nina.
memasak jangan cerita.
nak yang terer-terer.
setakat banding dengan martha stewart tu.
taraf-taraf celah jubur je.

cuma sesetengah kita lupa untuk lihat diri sendiri.
muka kita persis aaron aziz ke.
badan ketak-ketak macam arnold swozenege ke.
pandai ke repair kereta.
ini tidak.
muka macam ekzos.
perut gelebeh.
tapi letak syarat calon isteri berlebih-lebih.

mencari kesempurnaan itu cantik.
tapi memberi kesempurnaan itu lebih jelita.

Eh.

seriyesli.
pada gua ada banyak lagi perkara penting
yang boleh dijadikan panduan untuk mencari calon isteri.
lihatlah agamanya dulu.
kalau pandai masak.tapi sembahyang tidak.
lu nak tanggung dosa hari-hari sampai beranak pinak?
lihat juga hati budinya.
masak hebat.tapi adab dengan mak mertua cambangsat.
macam mana mak kita nak mengadap menantu.

cukupkan dulu syarat-syarat penting.
pandai memasak itu pada gua boleh dianggap sebagai bonus.

"wahh abang bobow.
 shukeww shukeww.
 kalau gitew gegurl tamo tamo la belajar masak.
 biarlah bakal asben kita makan kat ayam penyet jew"


dok.
bengap tu sila simpan sikit ya.
pandai memasak dan belajar memasak itu berbeza.
ada yang pandai.tapi pemalas.
mak kat dapur dia sibuk chating dengan member.
ada yang tak pandai.tapi rajin belajar.
mak sibuk masak. dia sibuklah ambik gambar.

takpelah.
at least duduk kat dapur.
tengok mak masak macam mana.
potong bawang macam mana.
nak hilang hanyir ikan macam mana.
sekurang-kurang sebelum kahwin basic memasak tu ada.
ini sampai jerang air pun hangit.
melampau jugak sayang.

ting tang ting tang alexander

boboi.
gua pernah terbayang satu cara.
kalau-kalau kita dapat isteri yang tak berapa pandai memasak.
terkial-kial nak buat patin masak tempoyak.
kita datang peluk dari belakang.
tangan kiri kita pada tangan kiri dia.
tangan kanan juga sama.
kemudian bisik kat telinga.

"macam gini caranya sayang.
 mula-mula potong bawang.
 lepas tu potong barisan.
 sekian sekian.."


nah.gitewww.
tak lama lah.
tempoyak entah ke mana pergi.
9 bulan kemudian.
insyaAllah ada rezeki dapat baby.
hah gitewww. hahaha!

so kesimpulannya.
gua rasa untuk mengatakan wanita yang tak pandai memasak.
tak boleh dijadikan calon isteri.
sangatlah tak ilmiah.gua rasa lah.
tapi nak buat macam mana.yang nak kahwin lu.
bukannya gua yang nak kena sara.

gegurl.belajar!
resepi kat internet bersepah.
tinggal nak kutip je.senang dok.
gua bukan nak sembang kencang lah.
gua memang hebat lah memasak ni.
gua pernah masak air.
sampai air tu masak.
hebat tak.hebat kan.

dah blah.
maaf tulisan tak susun kemas.
nanti ada masa gua tapis lain.
adios!

Tuesday 13 September 2011

parody 2.

parody

"A parody in contemporary usage, is an imitative work created to mock, comment on, or trivialise an original work, its subject, author, style, or some other target, by means of humorous, satiric or ironic imitation."- Wikipedia.

parody .2. ( credit to fatin liyana)
maaf fatin gua tak sempat mintak izin.
gua faham budak medik bizi.




.
.
.
.
.
.


jangan senyum.please.
adios.

Monday 12 September 2011

entri diari pertama.

gentle lah.
ini memang entri diari.

gua dah sampai UTM.
budak-budak MPM suka laung UTM ni universitii terbaik malaysia.
gua tak kata apa.
gua senyum je.
mungkin diorang terpengaruh dengan boboi boy.
terbaik terbaik.mungkinlah.

awal datang UTM gua dah kena sambut baik.
turun keretapi ada pakcik kereta sewa ajak naik.
pakcik tu gua saspek kaum tionghua.
gua saspek lah.


"UTM skudai berapa ringgit satu kereta uncle?" gua tanya kiut.

"sekudai ha.sekudai satu keleta tiga pulu linggit ho"
pakcik tu reply kemas.

malas nak cara lebih.
gua dengan member gua naik jugak.
suasana dalam kereta tu memang sepi.
gua ingat paling laju pun speed iswara tu tak cecah 70 km/j.
mungkin pakcik tu masih sayang anak bini.
tapi gua bosan.
lima minit jalan.nampak eksiden.ais bersepah jatuh dari lori.
gua cuba pecah sepi.

"sini hujan dari pagi ke uncle"
gua dah hilang modal lain.
tengok jalan basah.
soalan tu je gua redah.

"hoo.huyenn dali pagi ho.
huyen manya kuat.
bawa keleta mesti pelahan ha.
takut jatot ho"
pakcik tu nasihat ikhlas.
sambil kutip surat kabar nanyang siang pau.
jatuh dari cermin mekap sebelah seat driver.

lepas tu ada lagi masalah lain.
malas cerita lebih.
janji akhirnya gua sampai jugak.
terima kasih uncle.

hajat main futsal pun semalam dah termaktub.
tapi camgampang.
training merembat sejam.
main satu game.
kaki kejang.terus sub sampai mampus.

barang-barang bilik.
doploh peratus dah complete.
cadar purple gambar cupcake.bunga matahari.
tikar mengkuang yang berbau mengkuang.
dah beli.
gua tinggal nak beli eric leong je ni.
nak gantung buat hias dinding.


ada orang sembang kencang bilik ada toilet.
pada gua benda tu gua tak heran sangat.
bilik gua memang depan jamban.
gua boleh berlari bogel keluar masuk toilet tanpa orang perasan.
itu pun kalau gua tak ada perasaan.

makan jangan cerita.
sejak balik UTM ni.
gua rasa "saka" makan tu macam eksaited berlebih.
gua dah tak kisah dah orang nak kata makin buncit ke apa.
nora danish penah sms gua.
"takpe bang.yang penting kitew enjoy!"

kelas?
biasalah minggu pertama sekolah.
cikgu sibuk beli baju-baju untuk anak-anak.
nak kena lekat lencana lagi.kapur kasut sekolah lagi.
jadi minggu ni gua rilek.
kerja sekolah belum banyak.
sekolah pun macam nak taknak je bukak.

junior baru?
gua malas sangat nak cara.
pada orang yang dah bertahun duduk sekolah asrama.
ada junior baru rasa macam aktiviti buang air besar.
benda biasa.hari-hari ada.
gua lebih sayang junior-junior lama.
chewah!

okeh.dah blah.
ini entri diari paling bangsat pernah gua ada.
gua tengah sakit kepala.
doakan gua cepat sihat.
gunait.
ILYSM.

adios.

Sunday 11 September 2011

nak kahwin nak kahwin nak kahwin!

awas.
entri ini ditulis dalam keadaan mengantuk.
kalau esok lu baca lagi sekali dah lain.
maknanya gua dah edit lah.


KLIK UNTUK GEDABAK.ABAIKAN TUAN PUNYA POST.

baik.
ini post paling haruk dalam fesbuk minggu ni.
gua tak tahu mana asal usulnya.
siapa penulisnya.
tapi pada gua.
ada intipati lain yang gua nak kongsi dengan uwol-uwol.

pada hemat gua.
status ini sering ditafsir sebagai "kemenangan" bagi gegurl.

"hah boboi-boboi.
 shukeww shukew sangat nak kahwin yew.
 boboi sanggup kew.
 kihkihkih ^^"


well actually it is not.
pada gua ada yang lebih tersirat lagi dari makna asal post tersebut.

1. saranan pada pihak wanita dalam meletakkan hantaran.


look.
gua mungkin belum pernah bercinta.
tapi sebagai seorang yang sudah berkira-kira.
untuk menabung dan merancang perbelanjaan perkahwinan.
post ini gua rasa seakan-akan menghempap batu ke atas kepala
seorang lelaki yang sedang mengaduh kesakitan.

bukan mengeluh.
gua faham dengan ekonomi sekarang.
minyak belacak makin mahal.
lembu naik harga.
subsidi frieskies ditarik semula.
jadi belanja perkahwinan makin tahun makin mencanak.

harus diingat.
hantaran perkahwinan sekarang paling taik pun 8 ribu.
itu belum masuk yang claim anaknya seorang berpelajaran tinggi.
cun melecun.bibir juih macam khilafairy.
kompem atas 10 ribu.
untuk wanita sahaja.
masuk lelaki sekali.
nak sedap paling taik kena ada doploh ribu.

"alah abang bobow.
 20 ribu tu banyak manew lah sangat.
 nak banding cinta nora tew pada abang"


poik.
well gegurl.
logiklah sikit.
tengok semula hantaran kahwin tu sebenarnya untuk apa.
nak dibuat belanja kenduri.
beli barang-barang untuk bakal isteri.

yang gua rasa resah gelisah sekarang.
kenapa demi wang sanggup sesetengah dari kita jadi abdi.

"yah berapa yah hantaran anak kau si nora tu"

"10 ribu je jenab. nak buat macam mana.
 anak dara aku tu bengap.
 suruh sekolah dia pergi hutan.
 kalau tak mau aku stimkan sikit jadi doploh riban"


makcik.
makcik jaga anak ke ternak anak.
nak tanding-tanding harga pulak.
makcik jangan sampai gua ngorat makcik.
kang 10 ribu tak dapat.
gua yang makcik dapat.
haaa.

berpadalah.
bukan wang saja jadi tanggungjawab kami.
jangan sebab nak dipandang tinggi.
si lelaki berhutang.masa kahwin timbul masalah.

CEDOK DARI SINI


2. sedia kah bakal isteri untuk taat setia pada suami.

gua malas nak hurai lebih.
tapi berdasarkan ayat post tadi.
lu tahu betapa beratnya tanggungjawab seorang lelaki.
tanggung dosa tu tak macam bagi bola tanggung dalam badminton sayang.
senang-senang boleh smash semula.

dosa tu saham untuk ke neraka.
neraka tu bukannya tempat tan kulit.bukan.
azabnya tak tertahan.
takkan nak duduk sekali dengan syaitan.

jadi adakah awak dah sedia.
untuk patuh pada suami asal tidak lari dari agama.
sudikah bersama suami andai terdedah cacat cela.
kalau awak pergi clubbing.dayuskah kalau si suami meninggi suara.
kalau dua-dua jahil.
sanggup tak sama-sama belajar macam baru sekolah.
nak menjadi pasangan soleh dan solehah.
kalau sanggup.tak mengapa.
insyaAllah.
walaupun terkial-kial tangan bersalam dengan tok imam.
dua tiga kali terkentut.batal air semayang.
buat loan peribadi.semata-mata untuk bersama insan tersayang.
kami sanggup.

asalkan cinta kita berpadu.
menuju cinta Allah yang satu.

okeh.itu saja.
see.
pada gua post itu sangat nais.sangat owhsem.
pada suratnya tampak semata-mata menegur  kaum lelaki.
pada siratnya. wanita juga perlu ambil peduli.

dah.gua nak tidur.
kalau konfiden gua tinggi.
duit nuffnang pun dah mencanak.
trafik macam honeykoyuki.
gua akan cari calon isteri.
dulu nyaris bercinta.
alih-alih orang kita suka.
bercinta dengan member.haha!

dah.jangan tanya lebih.
berambus.
gunait uwol.
ILYSM.Eh.^^,

Saturday 10 September 2011

universiti teknologi malaysia.

awas.entri ini langsung tak ilmiah.
nak baca.bacalah.taknak sudah.


malam nanti gua dah nak blah.
ini entri last dari rumah.
lepas ni gua rasa gua tak mampu nak apdet selalu dah.
biasalah.budak u.tahun empat pulak tu.
bizi dok.
nak berak lagi.nak makan lagi.nak tidur lagi.
mungkin entri-entri lepas ni akan berbaur diari.
mungkinlah.

well.tak bes tak bes pun.
at least UTM ada benda yang tempat lain tak ada.

1. masuk pagar ada rusa.
   tak tahu lah kot-kot admin rusa utm dengan admin petknode sama.
   memang rusa jadi ku-rus-ah.

2. ada pak samad.
   seriyes. semegah-megah oxford pun takde pak samad dok.
   muka matang.misai segantang.

the legendary samad.
3.ada game saman-menyaman.
  jujurlah.
  tiap kali gua kena saman.
  mesti gua rasa gua kiut.  lepas tu malam tu mesti gua mimpi tumbuk guard.
  bangun-bangun senyum.puas.

4.ada stadium gedabak.
   nanti dah tak payah dah pergi mamak.
   mamak yang datang bukak meja kat corner padang stadium.
   baru stail.


apa pulak gua mamak pulak.gua asal kokdiang.

5.ada foreigner kurang ajar.
  malas nak bual lebih.
  budak-budak luar ni kalau gua samun.
  ambik barang dalam beg.halau balik.
  baru diorang tahu gua dengan mat indera dulu satu matrik.

6.ada ada saja.
   adebayor.
   Eh.
   banyak sangatlah.
   kira gua rasa macam nak berjimak lah dengan UTM.
   poik.

okeh.itu saja.
selamat kembali ke alam persekolahan.
sekian.majulah sukan untuk rumah sukan.
adios.


UTM.sanjungan bangsa.


universiti teknologi malaysia

Thursday 8 September 2011

petknode.gua.dan kucing.

awas.
entri ini seakan-akan diari.
nak baca.bacalah.tanak baca.pergi mandi.




i guess u already knew the story.
kalau lampi tak tahu lagi.
boleh baca SINI.

jujurlah.gua bukan cat lover.
tapi gua pernah tak tidur malam.
semata-mata nak jaga anak kucing yang baru lahir.
biasalah.
duduk kampung.
bapak-bapak kucing bersepah. perangai haramjadah.
masa beromen sekor-sekor berbaris nak sedap.
dah keluar anak boleh pulak pergi makan.pergi ngap.
gampang.(tiba-tiba emo dengan bapak kucing).

oh.kucing tu bukan gua punya pun.
gua tak tahu kenapa.
kucing-kucing sini suka sangat beranak dalam rumah gua.
atas tilam gua dok!
tempat gua mimpi nora danish.haih.
gua saspek kucing-kucing ni ada "downline" infinity.
sebar berita rumah gua tempat lindung kucing free.

but still.gua takkan mengaku gua cat lover.
well.
admitting dat u are a cat lover would make girl impressed.
but im not gonna be a hipocrit guy.
gua jaga kucing sebab mereka juga ciptaan tuhan seperi kita.
dan gua suka binatang.
so tak hairanlah kalau ada masa adab gua dengan binatang lebih kurang.

cuma gua saspek.
kucing ini dididik untuk buat muka kiut.
gua selalu tewas dengan mereka kalau dia panjat kaki gua tengah makan.
gosok gosok kibas kibas ekor.
dem.its too cute too ignore!
kalah dafi wo!

nak-nak kalau bangun pagi.
tiba-tiba ada kucing tidur celah kaki.
seriyes.sejuk hati macam tengok baby.


oh.tapi gua perasan ada kucing jenis kerek.
biasanya kucing ni bertuan.gemuk gedempol.
ekor kembang.
jalan macam kucing.
jenis-jenis ni kalau kita panggil.dia takkan datang.
pandang.kecik-kecikkan mata.geleng geleng kepala.
lepas tu main guling sekor-sekor.
argh!

seriyes.
kucing macam ni gua rasa macam nak ajak catfight je.
lu takkan berjaya la kucing dalam dunia belog kalau lu kerek!
Eh.tiba-tiba.haha!

okeh.
malas nak bual lebih.
gua tak tahu babi apa pemikiran owner petknode tu.
tapi kalau gua diberi kuasa untuk mengajar mereka.
ini yang mungkin gua buat.mungkin.

1. letak dalam sangkar saiz ngam ngam tubuh badan.
2. jangan diberi makan minum selama tujuh hari.
3. berak dan tidur di dalam sangkar yang sama.
4. mandi?tak payah.jilat sendiri.

pungkoq

cukuplah.
kalau tak insaf lagi.baru jolok jubo dengan batang keladi.
sebelum blah.gua ada pantun dua kerat.

"dua tiga kucing berlari.
 biarlah.nak lari mana sangat"

adios.
notakaki : buat kedai jaga kucing.tapi manage camhanjeng.

Wednesday 7 September 2011

parody

"A parody in contemporary usage, is an imitative work created to mock, comment on, or trivialise an original work, its subject, author, style, or some other target, by means of humorous, satiric or ironic imitation."- Wikipedia.

parody .1. ( credit to yuyu-u-know-who)



.
.
.
.
.



Sunday 4 September 2011

500 teknik mengajar wanita bertudung

"its much better to gently teach womans to wear hijab.
compared to harshly condemned their attitude."


nah.gua cedok terus status fesbuk gua.
gua kalau tak update belog.
member-member fesbuk gua lah jadi mangsa.
merepek entah benda-benda.

"halahhh abang bobow new.
 tak habis-habis ceritew pasal tudung.
 ceritalah pasal spender kew.
 carefree panty liner kew"


kejadah apa lu gegurl.
lu ingat belog gua boxerkedut.3gp ke apa.
ya.ini dah masuk kali keempat gua cerita pasal tudung.
jemu?
tidak.
gua ada misi.gua selagi nora danish tak baca entri gua ni.
selagi ENTRI SHAWL gua tak sampai pada honeykoyuki.
selagi tu gua tulis entri tudung cenggini.
oiseh!

fes of ol.
gua malas nak hurai lebih pasal hukum.
pada gua kewajipan menutup aurat itu macam izhar halqi.
terang dan jelas.
ramai orang yang lebih mahir dalam agama dah ulas.
jadi gua sebagai "orang biasa-biasa".
gua cuba fikir beberapa cara.
bagaimana menarik wanita untuk bertudung.menutup aurat.
bukan bertudung tapi pakai legging macam nak ajak buat maksiat.

"good thinker always have a problem to mention.
 but a greater would find some solutions.
 so both cud take the action."


nah.
500 cara untuk mengajak wanita bertudung.menutup aurat.

1. PUJI.

  well.
  pada gua wanita memang suka kan pujian.
  bila dia cuba bertudung.cubalah bodek sikit.
  mungkinlah di jembut bibirnya dia akan kata.

  "eh.mane adew.
   janganlah puji.taa shukeww taa shukeww.
   gegurl biasa-biasa.
   tudung ni pun gegurl kerat alas kaki jamban jew.
   ish malu lew~"


  but for truth.
  gua rasa ini dalam hati mereka.

  "hargh!
   meletop nyah mak hari neww!
   tak shangkeww taa shangkeww.
   tak sia-sia lah rosmah mansur nasihat kitew selama ni.
   boleh jew jelita dalam menurut patuh hukum agama."


2. HADIAH.

  ini cantik kalau lu ada duit lebih.
  bukan nak kata mereka ni tak mampu.
  kadang-kadang nak banding harga tudung.
  mahal lagi harga syampu.
 
  tapi kalau lu sayang dia.
  taknak kawan-kawan tanggung azab seksa.
  cuba hadiahkan tudung sekali sekala.

  beli yang biasa-biasa sudahlah.
  tak perlu sampai nak beli kain sutera.
  asalkan tak tonjol-tonjol buah dada.
 

3. CERAMAH

   well.
   jujurlah.gua kalau nak sebut pasal hukum hakam.
   nak bagi ceramah agama pada orang awam.
   nampak gua jahil lagi adalah.
   tapi cuba lah sekali sekala.
   kita hulur video agama.
   hulur link I LOVE ISLAM.
   sekurang-kurang dapat juga sumber imu untuk dia selam.



4. BERPUISI
  
   puisi ini kita tahu sifatnya boleh diolah menjadi selembut bahasa.
   walaupun seseorang tu ada misai segantang.
   muka macam enjin remote control.
   berbual kasar camshelaka.
   tapi bila guna puisi untuk luah rasa.
   yang kasar tutur bicara boleh jadi indah seindah kata.
   gua dah buat.nak baca boleh KLIK SINI.
   gua harap mampulah puisi ini jadi ubat.
   gua haraplah.
   tapi gua bab puitis tis tis ni gua tak power sangat.
   bolehlah takat nak bagi rosnah mat aris naik shahwat.
   Eh.
  
5. lagi 496.ada akal kan.
    jangan berlagak menjadi bengap.
    fikirlah sama.takkan semua nak kena suap.

 
  
"peh tak.
 lembut sangat dok teknik lu.
 tak macam budak sekolah teknik.
 jangan berlembut dok diorang ni!
 kalau gua lah tak.
 kalau diorang lelaki lah.
 gua dah jentik-jentik dah "konek-syen" diorang tak.
 biar bentan biar bengkak."


boboi boboi boboi boi.boboingok.
soritusei lah ek.
gampang dok cenggitu.
look.
gua bukan nak jadi lelaki budiman.
bukan nak jadi budiey.com. sensasi selebriti.
bukan.
cuma gua faham.nak mengubah diri ni sangat susah.
tapi tetap boleh diubah.

jujurlah.
gua dulu hisap rokok.dululah.dah berhenti lebih dua tahun dah.
seriyesli dude.its not as easy as u think.
memang sangat susah masa mula nak berhenti.
lepas makan gua tak keluar rumah dok.
takut nanti keluar member hulur rokok.
susah untuk gua kata taknak.
dok.lu cuba tanya any other smoker.
tak hisap rokok lepas makan tu.
sama tak rasa macam tak basuh berak lepas berak.
tak puaslah.ye dak.

samalah macam nak ubah diri untuk bertudung.
bukannya senang macam nak korek tahi hidung.
perlahanlah.
ingat pesan mak.naik tangga jangan berlari.
nanti takut jatuh.
samalah macam nak ubah diri.
jangan gelojoh.

"tapi abang bobow.
 ada sesetengah kakak-kakak kitew kan.
 yang ayu-ayu sleeping brother john gitew kan.
 dia dah pakai tudung.
 tapi senang-senang jew dia cabowt.
 nak pergi kelas dia sarung.
 nak pergi "function" tudung dia campak gaung."


okeh.
gua ada teori gua untuk ini.

its impossible to teach kids fully about physics and astronomy.
since they just only know how to spell ABC.
but its ridiculous for teens who already knew about gravity.
to claim that they just a baby.

dah tahu hukum.
dah biasa pakai.
kenapa demi rupa sanggup agama diabai.

kamon sayang.
kalau lelaki boleh berhenti rokok kerana perempuan.
kenapa awak tak boleh berubah kerana tuhan.

gegurl yang memang sedia menutup aurat.
jangan lah saling memaki.saling bangsat membangsat.
kamon dok.
lu gegurl.mereka gegurl juga.
takkan lu tak tahu hati mereka pun macam kaca.
kalau lu sendiri tak hormat sesama wanita.
macam mana nak harapkan lelaki buat benda yang sama.

maaflah.
kita manusia tiada sempurna.
banyak cacat.banyak cela.tapi cukuplah sekadar meluah rasa.
gua taknak angkuh berlagak jadi mahabaik.
takut nanti bila kita buat silap yang sama.
free-free je kena ludah balik.
itu bertuah ludah.
kalau kena kahak.kena baling taik.
nais tak.

dah.
gua nak melantak talapia masak tempoyak.
kat johor nanti tak dapat tempoyak pekat macam ni.
seriyes.gua paling tak suka tempoyak kat cafe meranti.
tak owhsem.
kuah cair.secair gua tengok muka dafi. Eh.

adios!

speechless.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...