Followers

Wednesday 31 August 2011

merdeka dan juadah raya.

di hari raya.
si mentah bertanya.merdeka itu apa?
aku cuba kait dengan segala benda.

lemang.

merdeka ni macam lemang.
kita shahwat rasa lemak dia.
lembut pulutnya.
tapi kita lupa.
yang rela membakar diri tu buluh lemang.
sudahlah dipotong.ditebang.
dibakar pula.
berkorban diri.semata-mata tak mahu lemang jadi arang.
alih-alih sudah masak.
kena belah.buluh lemang campak belakang.

merdeka macam itu lah.
kita sibuk rasa indahnya merdeka.
nikmatnya dapat jalan merata.
tapi jasa-jasa pejuang.
polis.tentera.
yang sanggup mati-mati tumpah darah.
kita tak kenang.
sanggup kita maki hamun dek kerana politik yang gampang.


bahulu.

merdeka ni macam kuih bahulu.
bentuk mengikut acu.
kalau acu bentuk ikan.maka macam ikan lah jadi nya.
kalau acu bentuk beruk.macam beruk lah jadi nya.

merdeka macam itu lah.
kita yang acu sendiri merdeka kita.
kalau kita buat acuan ikut gaya penjajah.
maka bangsa pasca merdeka ikutlah gaya penjajah.
kalau kita terap acuan merdeka gaya kita.
maka moleklah ia mengikut bangsa.
tiadalah bersuara negaraku ciplak lagu perancis.
tiadalah bersuara bendera ciplak amerika.


dodol.

merdeka ni macam dodol.
asalnya putih santan.
cair sifatnya.mudah dicurah.
tapi bila dikacau siang malam.
yang asal putih akan jadi hitam.
yang cair leleh akan jadi likat.
susah nak tuang.

merdeka macam itu lah.
awalnya jernih. disenang orang.
tapi bila diganggu dek anasir jahanam.
sibuk main hal bangsa untuk raih kuasa.
sibuk susahkan rakyat untuk jadi senang.
maka suatu hari nanti.
yang aman boleh jadi bilau.
yang milik kita boleh jadi milik orang.



"haha.
persetankan merdeka.
asal parti kami yang raih kuasa."


hei dungu-dungu bangsat.
ini pesan anak merdeka.
yang lahirnya sudah terpacak merah putih biru kuning depan mata.
yang kecilnya diayun dengan lagu sudirman.lagu merdeka.
yang besarnya diasuh betapa dunia ini sebenarnya penuh dusta.
semua pertapa bangsa pasca merdeka seakan retorik semata.
khayal konon engkau wira.
di jalanan engkau raja.
di parlimen engkau mulia.
walhal adakala juang kau bukan untuk kami.
tapi untuk telur mu sendiri.

nah.
aku beritahu apa itu merdeka.

merdeka itu umpama hias kaca.
untuk membentuk alur hiasnya.
bentuk indah jasadnya.
perlu dipanas hingga membara.
merah terang warnanya.
gelegak gelegak haba panasnya.

lalu kaca dibentuk.
cantik rupa.menjadi hias penyeri mata.

namun kira tidak dijaga.
bila-bila kaca kan jatuh.
hancur berderai.
alur hias tidak kan mampu dilekat bersama.
hanya satu cara untuk menjadi kaca sempurna semula.

menahan panas.
membakar diri.
menerima siksa.
hingga kembali semula.menjadi hias kaca.
kau mahu merdeka kita melalui perkara yang sama?

hei dungu-dungu bangsat.
aku anak merdeka.
tidak mahu juang perwira lama menjadi sia-sia.
tumpah darah mereka untuk kami.
kalau kau tidak mahu hargai.
kau pergi jahanam.
pergi mati!







Sunday 28 August 2011

selamat hari raya!


nah.
ini mungkin entri last sebelum raya.mungkinlah.
(itupun kalau raya hari selasa)
kalau hari rabu.mungkin gua dapat tulis barang seperenggan dua.
atau mungkin tiba-tiba gua in relationship with nora danish.
gua akan update serta merta.chewah!
kira kalau gua ada masa gua akan update jugaklah.

jadi.di kesempatan ini.
gua nak mengucapkan jutaan terima kasih.
kerana sudi membuangkan masa.
membaca belog gua.
mengomen entri-entri gua.

gua faham.
ada sesetengah yang lu tak shukeww tak shukeww.
tapi dok.
gua manusia.bukan messi.
salah silap tu memang dah sebati dalam diri.
maafkan gua.
kalau-kalau gua ada buat-buat kiut ke.
ada entri yang buat lu terkentut ke.
yang kad raya tak sampai!
maaf.abang posmen yang buat onar~
maaf maaf maaf!


"pos malaysia.
dijamin sampai.
sampai bila-bila pun tak sampai."


okeh.itu saja.
gua cuba untuk tidak mengganggu "soul" raya.
biarlah nuffnang tak bergerak ke apa.
apa nak diheran.
bukannya dapat beribu beriban.

babi.Eh.babai!
ada masa datanglah rumah.
halo-halo dulu. inbox gua.
jadi sebelum lu datang senang gua nak blah.
ahah!


"hilang suria diselang kejora.
 hilang hujan diselit pelangi.
 tangan dihulur maaf dipinta.
 perkenan ampun empunya diri"

"buah kedondong buah keduak.
 dahlah.gua nak berak!"

selamat hari raya semua. =)

Friday 26 August 2011

bila budak-budak memalu bangsa

awas.entri ini semata-mata mengenai bola.
gegurl mungkin taa shukeww taa shukeww.

oh.maaf.
mereka yang tak minat bola.
memang tak akan faham. 




kalau lu bukak page facebook official QPR (Queens Park Rangers). klik SINI
lu akan perasan ada makian atau perlian kepada orang-orang malaysia.
(sebahagian besar telah di delete admin)
ada yang seakan-akan anti kepada malaysia.
puncanya?
tengok gambar ni.
KLIK UNTUK GEDABAK



KLIK UNTUK GEDABAK

"apa benda ni tak.
 apa benda ni.
 gua tengah lampi ni"


pada yang tak tahu apa apa.
malas nak cerita berjela.
gua bagi kronologi saja.

1. kita maklum tony fernandez beli QPR.

2. kita maklum dia cuba masukkan beberapa pemain malaysia
   (safee sali antaranya)
   untuk di senarai uji ke dalam kelab.

3. sekelumit orang kita macam biasa. haruk kalahkan beruk.

4. budak-budak tiada adab pun haruk dalam page rasmi QPR.
   "shukeww shukeww shukeww.
    owang malaysia main QPR.
    nanti abeslah stadium QPR tu penuh nasik lemak.
    ayam penyet padang jawa."

   lebih kurang begitulah.

5. yang kita kurang maklum pasal bola omputih.
   bola pada mereka bukan sekadar sukan.
   its a passion.
   mereka bukan penyokong lalang macam orang kita.
   sharbini save penalti.semua sanjung.semua suka.
   sharbini buat mistake.semua maki macam celaka.
   dari penuh stedium.
   kosong entah ke mana.
   but they stick with their club even its struck by disaster.
   jadi kiranya tiba-tiba ada umat-umat stupidas yang tiba-tiba haruk dalam
   komuniti mereka.
   nak masuk player itu ini.
   walhal haram seorang player lama  pun mereka tak kenal nama.
   tak ke bangsat rasanya.
   for me its a fuckin disgrace towards them who live and grew up
   with the team.

7. dan menambah derita.
   bahasa-bahasa yang "haruk-ers" ini guna sangatlah biadap.
   racism.sexist.
   saxofon.
   sex luar tabii.sekadar di pinggiran.
   ya.dalam kamus bola benda itu biasa.
   tapi sekiranya memalukan nama negara.
   gua rasa itu bengap.
   ini bukan bual malaysia-indon-singapura yang saling kenal budaya.

8. dan ibarat menitis perah limau nipis ke atas luka.
   QPR sedang mengenang pemergian Ray Jones.
   pemain muda mereka yang meninggal dunia.baca SINI.

9. bangang.

maaf.
tapi ini sangatlah tahi.
kenapa budak-budak belum putus kulup sekarang perangai begini.
muda-muda dah bijak malukan bangsa.

please dok.
gua tahu lu gembira.
ada peluang rakyat malaysia main sana.
(itu pun kalau dapat selesai masalah ranking negara)
tapi untuk berkelakuan seperti monyet dapat cili.
janganlah.

selamba rodok je dia panggil gua jalil =.=

ah.
segan sungguh rasa.tak tahu dah nak kata apa.
lepas ni kalau gua nak pekena kacip fatimah kat QPR.
mesti kak lily allen tokey warung sana pandang gua lain macam.

tak pasal-pasal dek kerana tahi setitis.
rosak jamban sebelanga.
tercemar nama negara.

dah macam kad raya pun ada.




Tuesday 23 August 2011

di balik tirai aurat

ah.
keluh aku luah.
runsing benak minda.
memikir hal seorang wanita.

bilang orang dia jelita.
digilai berjuta jejaka.

sungguh.
bukan dusta.
matanya menyinar bak permata.
bibirnya mekar semerah saga.
hidungnya mancung.
lesung pipit di pipi.
bagai menakung selaut mimpi.

tapi sayang.
sejuta kali sayang.

rambutnya lepas bebas.
compang kebayanya dibuka luas.
selangkah dia mara.
terlihat gebu betis.
terkopak seribu pasang mata.
pasti goyah iman di dada.


sayang.
sejuta kali sayang.

budi bahasanya indah bila bicara.
tutur suaranya lemah dengan si tua.

mendengar perihal agama.
tekun dipasang telinga.
melihat insan kebulur.
pantas tangan dihulur.

ah.
keluh kesah aku luah.
memikir hal seorang wanita.

wahai wanita.
kiranya luah ini kau baca.
ini pesanku untukmu.

kiranya dedahmu untuk ditayang.
mahu ada mata memandang.
janganlah.
kerana aku juga lelaki.
aku mengerti apa yang mereka perhati.
terkadang bukan cinta yang mereka cari.
sekadar nafsu selubung diri.



kiranya dedahmu untuk dipuja.
sesama teman dirimu dijaja.
ingatlah.
yang mencatat baik buruk bukan teman mu.
tapi malaikat yang setia di sisi.
mengarang amal di dalam buku.

namun aku percaya.
jauh di sudut hati.
kau mahu berubah.
hematmu kira suatu hari.
kau pasti beroleh hidayah.

tapi sayang.
tiada kita tahu si ajal menjelma.
entah esok entah lusa.
atau nanti.
kita pergi tiba-tiba.

aku mengerti.
kau bimbang ditempelak.
khuatir menerima suara hina.

tapi persetan semuanya.
kerna di hujung titis hujan.
pasti pelangi benderang semula.

kira kau malu.
sudi aku jadi temanmu.
menepis segala sinis.
menangkis semua egois.

kira kau tiada mampu.
nah.
sudi aku kongsi hasil titik peluhku.
belilah mana kau mahu.
asal lengkap isi syariatnya.
asal penuh syarat litupnya.



wanita.
bukan balas cinta yang aku pinta.
bukan kasih sayang yang aku bayang.
tapi kau permaisuri.
aku sang raja.
jatuh bangun takhta ku keranamu.
pecah sunyi adam juga kerana kamu.
maka tiada salah.
kiranya kita bangun bersama.
jatuh bersama.

ah.
keluh kesah aku lagi.
tidak mahu kerana seutas rambut.
segunung azab seksa menanti.

wanita.
percayalah.
bagi aku kau tetap jelita.
bukan dek ayu matamu.
bukan dek manis raut senyummu.
tapi jelita kau terpancar dari dalam jiwa.
di balik tirai aurat.
mendukung patuh Maha Pencipta.


perlahanlah.
kerna sejuta derap lari itu.
mulanya dari langkah yang satu.


sebarkan pada umat islam!

awas.entri ini hambar dan penuh gambar

"arghh!
 uwarghh!
 hiyarrghhh~~"


gua menggeliat.lepas subuh ni sejuk dia lain macam sikit.
ah.genital lelaki.
lelaki saja mengerti.

lama tak menaip.entahlah.sejak kebelakang-kan ni.
gua rasa macam malas sikit gentel papan kunci.
gua tulis.gua padam.
gua tulis.gua padam.kadang-kadang dia auto.
gua belum tulis lagi dia dah backspace sendiri.

"dah lah tak.tak payah mencarut.
 lu tak kelakar dok.
 cerita je apa lu nak cerita"


amboih boboi.
marah lew tew gua berlakon felem dengan nora danish tew.
okeh.gua cerita boi.gua cerita.
lu tak baca gua tombok jubo lu boi.

baik.sebagai seorang yang haruk dengan internet.
berkepit dengan fesbuk.cemolot dengan belog.
gua pasti lu biasa dengan gambar bawah ni.

isu starbucks


 klik bendera palestin


 

arlene tan dan makcik babi 


isu bulan keliling Kaabah 


"Eh.betul lah tak berita tu.
 apa yang salah.
 semua orang sebar benda yang sama"


okeh dok.
lu tengok ni.

starbucks haram?isu dah berkepuk.

arlene tan? shes not the one.

okeh.this is another fake news.

pasal klik bendera palestin tu.
seriyesli.
gua tak jumpa mana-mana koneksyen antara google earth dengan free-opinion.com.
free-opinion.com hanyalah sebuah laman web yang membuat undian dan pendapat secara terbuka.
pada gua.
apa kejadah google nak letak sempadan guna vote.
ini bukan dafi nak undi-undi.

seriyes.
gua dah lama observe benda ni.
tapi sekarang baru ada masa untuk maki.

"halalalalah abang boboww~
 tamaw maki-maki okeh.ramadan ni..
 tapi abang wase wase la an.
 napew ek benda ni selalu jadi.
 apew pendapatan abang?"


okeh gegurl.
gua bagi pendapat gua.

15 sebab kenapa berita palsu mudah tersebar.


1. budaya copy-paste.


Cntrl + A
Cntrl + C
Cntrl + V

senang kan. lu tak perlu susah payah taip semula kan.
but just imagine if this bloody-shit-easy-copy-paste function never exist.
lu ingat orang rajin sangat ke nak salin satu-satu huruf.
terkial-kial eja.dok.kita bukan noveller.

so sebab itu berita mudah tersebar.
benda semua dah jadi digital.
salin semula itu mudah.
kita bukan duduk dalam zaman agung sistem suratkhabar.



2. ayat-ayat berbaur fakta.


ingat.berbaur fakta tidak membawa makna fakta.
the best fact comes with a reference.
gua tak tahu apa motif pencipta berita ni.
tapi secara psikologi nya.
dia hebat.dan kita bengap.bengap.dan bengap.

"apa yang baur fakta nye tak?
 bau kentut ada lah ni.
 aroma jering lagi."


okeh macam ni sayang.
kebanyakan berita palsu ni.
introduction dia mesti cantik.molek ohoi cek mek molek nya adoi.
mesti mula dengan nama si forlan si forlan.
jabatan si forlan si forlan.
tarikh sekian-sekian.

"STARBUCKS HARAM, ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN
 HALIMAH BINTI HAMZAH
  PETUGAS PROGRAM MS ISO9002
 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
 Please note that all chocolate,vanilla......"

"From Dato' Dr Mazlan, head of Astrology Dept. On Saturday 20th Aug 0325am (Macca time),
 the moon will circle around the Kaabah and this will have an effect on the
 The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers.
 This is happening after ten million year..."

see.
ini yang meransang shahwat kita untuk turut sama sebar berita.
sebab.ada baur-baur fakta.
walham haram kita langsung tak kenal mereka siapa.

akram mazlan.orang perak muka korea.

3. ayat-ayat islamik.

this is another important point.
kita umat islam.dan kita cenderung untuk menyampaikan perihal islam.
"tabligh".remember?

"...Tolong sebar kat kekawan Islam.Hubungi JAKIM 03-8886 4000 untuk
 dapat maklumat lanjut..tolong sebarkan kepada orang muslim yang lain"



"..subhanallah. selama ini kita disogok dengan makanan haram.
 Tolong sebarkan kepada umat islam kalau anda prihatin"


see.
betapa kuat ayat-ayat yang menyentuh islam ini dapat menarik perhatian kita.
nais dok.cantik.kita sama-sama dakwah.
tapi yang bengap nya kita.
kita selalu percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.

jujurlah.
berapa ramai yang cuba hubungi nombor JAKIM tadi?
pasti kah kita yang nombor itu wujud?
again.we just simply believe.
and keletap! keletap! keletap!

tadaaa!!

its on our facebook post.
shame on us.

4. mencari cinta trafik.

ini dalam konteks belog.
untuk sesetengah pembelog.
ah.sesetengah pun tak sampailah.
adalah secuit dua.
topik topik macam ni boleh jadi lauk untuk trafik mereka.

"perhatian!
 jakim mengatakan babi halal sekiranya dimasak asam pedas!
 sila baca!
 http://boxerkedut.blogspot.com/2011/08/babi-itu-kiut-dan-halal.html"


"kawan-kawan!
 simplicity haram jadah.
 berusnya dibuat dari bulu ketiak babi!
 sila baca sini!"
 http://boxerkedut.blogspot.com/2011/08/babinya-datuk K-simplysiti.html"


aduh.
bloggers who read this.please.please.
bila menyebarkan sesuatu benda.
cuba bawak-bawak ilmiah sama.
tak kemana dok trafik lu kalau lu tulis benda-benda macam tu.
okeh.mungkin hari tu pageview naik mencanak.
ciuu! ciuu! memancut-mancut orang baca.

tapi bila keluar sahih punya berita.
apa lu rasa?
seriyesli.kalau lu rasa biasa-biasa.
u might have some problem sayang.
sebab sesetengah tu boleh dikira sebagai fitnah.
and sayang-sayang abang.
perlu ke gua terang yang dosa fitnah lebih teruk dari bunuh orang.


facebook-ers also.
since millions of us using this "jew-branded-social-media"
post yang kita tulis akan lebih pantas dari post blogger.
lebih cepat dari waktu sarawak berbuka puasa.

tapi kepada yang betul-betul ikhlas sebar berita.
gua respek lu dok.
lu dengan nora danish.
gua rasa lu kiut lagi.
chewah!

okeh.
take lecture note.
itu saja setakat ini.

"Eh.kata tadi 15 sebab!
 mana lagi sebelas!"


well i guess it is another lie story.
tehee ^^,

oh.terima kasih sudi baca habis entri ni.
meh sekor-sekor gua nak compipi.

oiseh!


Sunday 21 August 2011

karipap-karipap cinta


tiba-tiba rasa tak nais pulak taip banyak-banyak.
jadi lu tengok jelah.

.
.
.
.
.
.
.



"CEKODOK-CEKODOK CINTA"



Friday 19 August 2011

rehat.

gua bizi.
konsert amal tengah banyak ni.
nak pergi menuba lagi.
nak beli kabait lagi.
nak cari calon isteri lagi.
nanti gua dah free.
gua apdet dalam dua tiga hari.
(nah pantun 7 kerat.
 lu boleh buat?)


lu rajin.
lu tolong promot boxer kedut.
lu malas.
lu duduk diam diam.

oh lupa.
gua dengar cerita.
hampir 95% orang yang klik iklan nuffnang gua.
merasakan diri mereka lebih kiut dan anggun.
dengar cerita lah.

okeh.
babai.
muah muah.
prut prutt~
ILYSM.
Eh.
sawie




Thursday 18 August 2011

korea.dari mata gua.

awas.entri ini memang serius.
lu tak akan senyum barang sekelumit pun.


"alalalala~~
 nak maki peminat koweaaa leww teww~
 menciw taw"


tenang gegurl.
memang gua tak minat korea.
tapi pada gua.
untuk gua mengatakan orang yang minat korea itu basted.
sama lah seperti orang yang tak minat bola.
yang tak tahu pasal bola.
tapi melabel kami bangsat.
membuang masa.
benda bulat sebijik haruk semua berebut macam orang gila.
and of coz.
i hate dat!

jadi sangat lah tak fair and lovely.
kalau gua nak maki korean-ers ni.

dan group-group fesbuk korean haters?
anti-korean haters?
seriyesli?
how old r u dudes?
cambodoh.
benda macam ni pun nak gaduh.
nonsense.
nonsixthsense.
non awan nanon nanon.
non watever lah.

dok.gua tahu.
tak semua benda pasal korea ni 'lame'
ada jugak yang kelakar.
running man.
okeh.
gua pernah ketawa tengok benda tu.
betul.kelakar.


dan gua suka dengar satu lagu.
gua tak tahu siapa nama dia.
tapi ada video atas pentas.
minah ni pegang gitar.
nyanyi sebelah hos rancangan tu.
gua suka part dia nyanyi laju-laju.
"ecekecekeceh nya baby."
okeh.
lagu tu pada gua nais.

"blah la tak.
 dulu sehidup semati pucuk lu kata nak benci korea.
 pungkoq lah"


tenang boboi.
lu jangan nak haruk sangat.
wallpaper SNSD kat laptop lu hari tu.
dia automatik letak ke apa.

"tehe ^^,
 padan muke boboi!
 bwekkk~.
 tapi napew abang tak shukew kowea.
 pat citew pat citew"


aduh.gedisnya.
ini gua bagitahu.
kenapa gua rasa ada benda tak kena dengan demam korea.

1.sangat mementingkan rupa.

seriyesli.
pada gua lagu korea.
drama korea.
band korea.
sebenarnya  membawa makna rupa yang kiut.
sepet sepet sikit.
macam tahi hidung korek guna jari kelingking.
kiut dan sikit.

"mane de.
 gegurl sukeww sebab bakat dowang lew~"


okeh.
katakanlah.
dengarkanlah.
percayalah.
punca kau sayang cinta padakuu~

"Eh eh!
 apa abang ni!
 tibew tibew nyanyi lagu hazama ni!"


haha.maaf.
gua kadang-kadang camshit.
suka bergurau senda.

okeh.
katakanlah.

suatu hari nanti.
ada satu band dari nepal.
timbaktu.gujerat.kokdiang.
atau banjaran himalaya.
buat band pop ala ala korea.
berlakon gaya kiut macam winter sonata.
apa lu rasa.
admit it dude.
it wont be same.
sebab korea itu datang dengan rupa.

ya.mereka berbakat.
tapi dalam memasarkan produk.
rupa tetap elemen utama.
bakat jatuh nombor dua.
tanpa rupa.
mereka lebih cenderung bermain bola di manchester.

so dats it.
gua rasa fras.
bila bakat seni kalah pada rupa paras.

jeles?
adalah sikit.eceh.

Eh.apa gua pulak.

2. epidemik dalam anak bangsa.

kita tahu yang orang-orang korea itu comel.
cantik molek ohoi cek mek molek.
yang lelaki pun punya paras jambu.
jadi ada segelintir anak-anak melayu.
yang terinjit tercirit cuba meniru.
yang berusaha tutup jerawat.
kecut kecut hidung.
semata-mata nak jadi ayu.

24:7.
GULA-GULI.
oh kamon.
wat a bad joke!


kiutnyeeeww~

tapi seriyes dok.
gua rasa kesian.

"dek kerana kepingin menjadi raja.
 si pandir sanggup bergolok maruah.
 bergadai rupa."


impaknya.
hampir satu malaysia hina mereka.

"dari tengok korang baik aku tengok dafi!"
"wei muntah berjemaah gua tengok lu joget.camsampah!"
"eh siall lahh.puihh!"


but who's to blame?
mereka anak anak muda yang cacat akal.
tapi mahu jadi terkenal.

mungkin kebetulan shahwat mereka mencanak.
tatkala demam korea menular serentak.
jadi mereka jadikan K-POP sebagai batu loncatan.
tanpa mereka tahu.
adakala mereka tampak bengap.
camsetan.


tapi cuba lu bayang.
kalau cina malaysia.
yang mana kita tahu sesetengah mereka ada iras korea.
buat benda yang sama.
of coz kita boleh terima.
sebab.
mereka ada rupa.

okeh.
itu yang gua tak suka.
cuma  untuk berlaku lebih adil.
gua akan bagitahu pendapat gua.
kenapa orang suka korea.

1. comel


perlu ke gua terangkan?

2. drama kelas dunia.


seriyesli.
siapa yang tak minat drama yang terkandung banyak benda.
kelakar.sedih.cinta.
semua masuk dalam satu cerita.
nak harap drama kita.
sinetron indonesia.
aduh.sedih.
nak wujud drama ala juvana.
kena tunggu berbulan lebih.

3. hargai peminat


gua tak tahu.
tapi gua rasa macam mereka ni ramah sikit.
gua rasa lah.
senang bertegur sapa.
boleh bergambar bersama.
boleh di bawa ke hotel sri malaysia. Eh.
so no wondergirl.
lu rasa mereka dekat di hati.
minat sampai mati.
pui.

4. lagu yang 'catchy'

gua faham.
tak semua orang berjiwa leleh lentok macam gua.
layan lagu sendu di hatimu.
pelamin anganku musnah.
mengintai dari tirai kamar.

jadi untuk meminati rentak DBSK.
SUJU.
KISS-MY-BUTT.BIGBANG-SAT.
GEGURLS GENERATION.
2 AM.
3.45 PM in the evening.
itu hak lu.gua tak boleh bising.

girls.aftew few generation.

cuma pada gua.
lu nak minat korea.minatlah.
nak haruk letak gamba profil.letaklah.

tapi untuk terlalu taksub.
ingatlah.
kita juga ada budaya.
kita juga ada agama.
cubalah bersederhana.

kadang-kadang gedik sangat letak ciri lelaki idaman nak lelaki korea.
nak awek macam jang nara.
tapi muka sendiri tak seberapa.
buat orang rasa nak tampar pun ada.
rasa lah.

okeh.itu saja.
gua nak cat rumah.
rumah tahun ni warna oren.
tak boleh nak buat apa.
biasa memilih warna ni mak gua pegang kuasa.
dua tahun lepas mak gua beli baju raya kaler pink.
gua ikut je.

dah blah.
kamsahamida.
Eh.


remaja.ingatlah masa depanmu.(2)

okeh.
sambung semula.
siapa yang belum baca part 1.
baca SINI.

siapa yang berhajat nak sambung baca part dua.
sila teruskan.
gua tak paksa.


PENDIDIKAN,KEMISKINAN,PENGANGGURAN

S: berapa ramai remaja (adolescents) yang tidak bersekolah?
J: secara global, hampir 71 juta remaja,
yang terdiri dari umur sekolah menengah tidak bersekolah.
di Malaysia?
3 peratus pelajar darjah 6 ( 17000 orang)
tidak menyambung persekolahan ke peringkat menengah.(2005-2009)

namun.
ada juga mereka yang bersekolah tinggi-tinggi.
tapi bengap bertingkat-tingkat.
masuk universiti.tapi haruk buat maksiat.

S: apa punca tak sekolah?
J: di Malaysia, pelajar dari keluarga miskin
biasanya tidak menyambung persekolahan.
di Sabah dan Sarawak mengikut kajian.
punca mereka tak sekolah termasuklah :
1.kesukaran ke sekolah (pedalaman)
2.migrasi.
3.jaga adik-beradik.
4.jaga kebun.
5.kahwin awal serta kurang sokongan keluarga.
6.minat dafi

kita?
kelas dekat fakulti pun malas nak pergi.


jatuh cinta dengan negeri ini.


S: kenapa penting untuk mereka bersekolah?

J: menghentikan kitaran kemiskinan.
dengan pelajaran.
manusia mampu menjadi seorang yang berbeza.
berpandangan berbeza.
mereka akan merasakan yang mereka wujud.
dan berani untuk bersuara.
ini penting untuk mendapatkan kerja lebih baik.
dan sudah tentu.
memiliki sedikit kuasa.

S: kenapa isu pengangguran penting dalam remaja?

J: well.(eceh!)
some of them are talented.
they might do some works better then us.
jadi sangat-sangat membazir kepada produktiviti negara.
sekiranya modal-modal insan ini.
tidak dididik dengan ilmu serta kemahiran.
siapa tahu mereka bakal menjadi the next "zulkifli".
boleh cipta benda-benda owhsem.
lebih owhsem dari houdini.


kalau ada orang yang boleh cipta.

mesin merendahkan yuran UTM.
gua sanggup compipi.
Eh.

zulkifli harun.


PENGLIBATAN REMAJA

S: bagaimana remaja boleh melibatkan diri dalam masyarakat?
J: secara tradisi nya.
   mereka perlu melalui badan badan tertentu.
   tapi kini untuk bersuara.
   mereka punya teknologi.
   telefon.
   facebook.
   twitter.
   blog.

cuma yang bangsatnya.
telefon dibuat aksi 3gp.
facebook dibuat macam diari.
blog?

"wordless wednesday.
segmen marilah berkapel.
mari kita join blog maha-trafik.
wink2^^,
owh hawi ni yuyu tanak cakap apeww2~
yuyu menciw hanis.
rampas pakwe kiteww.
bukan dia tataw mat lutpi tew kitew punyew.
menciw menciw menciww"


oh adik-adik.
tolonglah.
grow-up.
zaman remaja zaman berharga dok.
zaman peluang.penentu masa depan.

banyakkan makan kismis.
minum makjun.Eh.

maklumat selanjut dua lanjutnya.
boleh baca di SINI.
supaya pengetahuan anda mengenai remaja mencanak-canak.

okeh.
itu saja.
maaf entri terlalu ilmiah.
walau lu tak suka.
gua tulis jugak.
ilmu dok.

ketawa bila-bila boleh ketawa.
tengah berak pun boleh senyum.
ye dak.

seriyesli?
u smiling while shitting~
euww!

haha.
okeh.
itu saja.
sekian.
wassalamu.

remaja. ingatlah masa depanmu.


bahagian pertama.
awas. entri ini tersangatlah ilmiah nya.

gua rasa hari ni rajin gua lain macam sikit.
subuh-subuh lagi gua dah cat rumah.
tak payah susah susah mak gua suruh mangkit.

tadi gua bukak nuffnang.
ada UNICEF bagi barang.
suruh kongsi sikit-sikit.


benda tu dalam PDF.
bahasa omputih.
gua tak berapa faham.
nak buat macam mana.
motif lagu twinkle twinkle little star pun.
darjah dua baru gua khatam.

jadi gua ambik mana yang penting.
cuma gua nak ingatkan.
ini seratus peratus fakta.


REMAJA ( ADOLESCENCE )

fes of ol.
adolescence ini bukannya ayat tipikal JPJ.

"ekau bawak motor abah kau ni.
 kau ado lesen ko.?"


bukan yang itu sayang.bukan.

adolescence ni kalau ikut bahasa Latin.
budak-budak baru nak up.
dalam lingkungan 10-19 tahun.

yang jenis pakai seluar track.
ambik gambar tunjuk "fak" tepi tangga.
yang "bulu peliaq" belum tumbuh.
dah cemolot tepi pavilion.
dah pandai bersetubuh.
itu masuk dalam adolescence lah tu.

"dia pilih KFC dowh.
 aku nak McD dowh~"



lain dengan remaja dewasa.
remaja dewasa ni macam gua.
umur dekat dua puluh dua
hitam manis.kiut sentiasa.eceh!

CABARAN REMAJA

S: jenis cabaran?
J: dalam proses menuju dewasa,
   remaja ini perlu berdepan dengan pelbagai jenis perubahan.
   1.fizikal.
   2.emosi.
   3.seksual.
   4.sosial.
   5.bas transnasional.
  
   di mana mereka adakala akan melampaui sempadan.
   sempadan kehidupan kanak-kanak sebelum ini.
   mereka cuba mengambil alkohol.
   menghisap rokok.
   hidu gam.
   dan sampah-sampah lain untuk meng-"establish" diri mereka dalam masyarakat.
   macam nak join abang-abang lah kira.
   orang nak masuk geng naga.
   dia pun sibuk nak masuk sama.

S: siapa lebih berisiko.gegurl atau boboi ?

J: gegurl.
   terutama yang kurang berkemampuan.
   lebih terdedah kepada diskriminasi dan risiko.
   kenapa?
   sebab mereka kiut.
   dan binatang-binatang bertopengkan manusia suka benda yang kiut.
   maka kemungkinan berlaku keganasan seksual ke atas gegurl lebih tinggi.
   ada juga sesetengah yang terpaksa kahwin muda.
   mungkin atas desakan keluarga.
   HIV?
   seriyes.
   berbanding boboi.gegurl lebih mudah untuk kena.
   nak tahu lebih pasal HIV.tekan SINI.


KESIHATAN

S: jenis masalah kesihatan?

J: 1.kecederaan.
   2.tabiat pemakanan.
   3.penderaan mental dan fizikal.

   untuk makluman.
   kecederaan membawa kepada punca kematian tertinggi.
   (400000 kes saban tahun)
   dan kebanyakan nya disebabkan kemalangan jalan raya.
   rasanya belum ada lagi kematian sebab tak tengok akademi fantasia.
   rasanya lah.

S: kenapa pendidikan seks itu perlu?

J: orang pernah berdebat pasal benda ni.
   pada gua.
   selagi modul pendidikan itu mampu menterjemahkan jeliknya seks rambang.
   sama seperti jeliknya kita kepada babi.
   pendidikan seks itu perlu.
   bukan untuk tahu cara berzina.
   tapi lebih kepada tahu sengsara.
   azab seksa.
   yang akan mereka hadap jika berzina.
  
  
S: kenapa pencegahan HIV perlu diutamakan kepada perempuan?

J: macam gua cakap tadi.
   risiko perempuan untuk dapat HIV lebih tinggi.
   bukan atas faktor fizikal semata.
   tapi juga faktor lain.
   penggunaan kondom misalnya.
   biasa "lelaki nokharom" yang sedia.
   perempuan ikut je.
   faktor lain juga termasuk gangguan seksual.
   kan perempuan yang biasa kena.
   jaranglah budak-budak laki kena raba.
   tak shahwat main pedang sama sama.

aduh.
penat pulak cerita.
gua nak rehat kejap.
minum minum. Eh.
nanti ada masa.
gua sambung part dua.

adios.



  

Tuesday 16 August 2011

isi dan kulit


nah.
dua naskhah buku.
kira kau berkenan.
ambil lah yang mana satu.

di kirimu.
ku campak satu buku.
nipis.
lunyai.
berdebu.

di kananmu.
ku sisip yang satu lagi.
tebal.
kemas.
tampak berisi.

terus tanpa lengah.
di kanan yang kau pilih.
di kanan juga engkau tagih.

yang di kiri.
sedikit pun tidak kau peduli.

"ah.
 lihat luar sudah ku duga apa dalamnya!
 pasti indah bait katanya.
 pasti penuh cerita!
 pasti berdekah aku ketawa!"


"kalau ku pilih di kiri.
 jemu baris karangnya nya sudah pasti!
 kulit nipis begitu.
 pasti tiada isi!


riak.
riak kau ukir senyuman.
kerna buku tebal telah kau dakap di tangan.
bangga.
bangga kau dengan kulitnya.
tanpa kau tahu apa isinya.

buku debu tadi.
kau campak sekuat hati.
kau pijak separa mati.

namun suatu hari.
kau mula jemu.
kulit yang asalnya merah menyala.
kini luntur kelabu.
kulit yang dulunya kemas dibina.
kini runtuh semula.

lalu kau mula membaca.
perlahan isi kau buka.
bimbang terlerai kulit dan muka.

kosong.

kau belek helai lain.

kosong.
masih kosong.
tiada apa.


seraya kau kesal.
kau celaru.
berlari kau cari buku berdebu.
buku yang dulu kau sampahkan.
yang dulu kau jijikkan.

tanpa lengah.
tanpa arah.
terus kau tiup debu.
mahu lihat apa di bawah.

titis air mata kau alir.
kulit yang kau caci.
rupanya penuh warna pelangi.
isi yang kau hina.
tersusun seribu kalam.
berbaris penuh cerita.
beralas dengan jenaka.

namun.
sayang.
buku debu tadi.
sudah ku beri orang.




Sunday 14 August 2011

sekitar lee chong wei menentang penjajah ( baca: lindan)

seriyes.
bila mana game lee chong wei menentang lin dan onn.
gua tak mengharapkan kemenangan.
main cantik macam tadi pun gua dah riak.
sebab gua tahu.
lindan onn ni power.
gua dengar cerita dia amal jamu mak dara.
dengar cerita lah.

jadi dengan dukacita nya.
gua maklumkan.
sebab nak tengok lee chong wei.
gua tak pergi teraweh.
bangsat diri sendiri.
nak kata syaitan.
syaitan dah kena ikat.
isya' pun lambat.
shame on me.
oh.how bout u?
okeh.shame on us. ( baca: astaghfirullahalazim)

berbalik kepada perlawanan.
seperti biasa.
lindan onn akan bogel di hujung gelanggang.
seriyes.
gua rasa macam nak cacah-cacah dengan bara rokok surya.
beduk dengan sterika panasonic mak gua.
tapi sebab malam ni malam ahad.
gua tenang.

"apa kaitan malam ahad dengan tenang tak"

entah.
gua kalau takde idea.
gua main tulis je.

gua primitif.benci pakai baju.

lee chong wei?
superb!
seriyes.gua ni kalau main badminton macam tahi.
lembik dan tak power.
tapi kalau datuk lee main.
gua sanggup berak tak basuh.
mandi tak shower.
Eh.

tapi macam gua cakap tadi.
gua tak harap menang.
gua cuma harap dia jangan main camgampang.
dan terima kasih datuk.
nais game.

jangan salahkan cinta kami nya adoi

kalau bab bab game ada team malaysia.
gua lebih suka bukak RTM.
sebab juruhebah dia owhsem.
ayat ayat 'rare'.
benda-benda yang gua tak terlintas nak fikir.
diorang lepas macam nyanyi dikir.

antaranya adalah.

"279 kilometer sejam.
bayangkan saudara.
jika anda memandu kereta dengan kelajuan 279 km sejam.
dari bukit mertajam ke kuala lumpur.
lebih kurang sejam sahaja"


seriyesli.
nasib baik JPJ takde kat sana.
kalau tak.
tercirit chong wei kena ambik lesen semula.

"lee chong wei melepas ghairah.
 nasib baik kita baru saja berbuka"


okeh.
penonton malaysia memang semuanya muslim pun.


"lin dan tertekan"

seminit selepas itu..
"chong wei tertekan"
seminit lagi..
"lin dan kembali tertekan"

seriyesli dok.
sebenarnya telinga gua yang tertekan!

"argghh.terlopong.
 ini mesti penyokong lindan"


seriyesli?
nasib baik lu bagitahu.
mati mati gua ingat minah tu sokong yahudi.

dan macam biasa.
ayat ayat "tuah di jaring"
"jaring menyebelahi lee chong wei"
itu biasa.

see.
told u.
juruhebah RTM memang taraf dunia.
dunia mereka sendiri.
pungkoq.

RTM.gerbang sukan rakyat anda.

secara keseluruhan.
tahniah lindan.
gua harap olimpik nanti lu menang.
jadi lu boleh bukak seluar.
biar tersembul bebed lu keluar.
dan tahniah chong wei.
selamat pengantin baru.
Eh.

oh baidewei.
baby pakai headfon hijau dan hisap puting tu.
sangat comel.
sekian.

"jap jap tak.
 chelsea apa cerita"


ape dok.
sejak bila gua minat bola.



10 alasan tersurat dan tersirat dalam memutuskan hubungan

kalau lu berkapel.
atau pernah berkapel.tapi putus.
gua kompem.
haruk haruk pun tahu sikit sikit pasal kapel.
jadi lu mesti dah lali dengan alasan pasangan kapel untuk 'break'.
untuk clash.

(serius.
pada gua.
istilah 'kapel','break' dan 'clash' ni macam monyet bercinta.
budak budak SK Batu Embun pun biasa guna.)

"eleleleh boxer sendut ni.
 jeless leww teww.
 tak pernah bercinteww"


tak kisahlah lu nak haruk kata apa.
pasal cinta gua dengan nora danish dulu.
malas gua nak ungkit semula.

dah.
tak payah cerita lebih.
10 alasan tersurat dan tersirat dalam memutuskan hubungan.
********************************************************************************

1. TERSURAT
    “Saya belum bersedia untuk berhubungan dengan serius waktu ini.
    tapi saya pasti.
    bila saya dah bersedia.
    awaklah orangnya"

   TERSIRAT
    "kamonlah.gua umur baru dua puluh dua.
     takkan nak serius dengan lu sorang je.
     dafi tu gua nak campak mana.
     nantilah bila rasa dah tua.
     gua cari lu semula.
     lu dah tentu-tentu nak punya"

********************************************************************************
2. TERSURAT
    "saya harap kita masih berkawan lepas ni
     macam kawan-kawan lain juga"

   TERSIRAT
    " dok.
      member lu yang kiut cambuntut tu siapa nama.
      kenalkan lah dengan gua.
      member-member takkan nak berkira."

********************************************************************************
3. TERSURAT
   " maaf awak.
     saya perlu fokus pada kerja.kuliah.PSM saya.
     ini masa depan saya awak"

    TERSIRAT
    "haha.
     dah alasan lain tak relevan.macam bingai.
     alasan ilmiah gini mesti boleh pakai"

********************************************************************************
4.  TERSURAT
     "saya ingin terus bersama awak.
     tapi kita harus berpisah sementara.
     saya harap awak tetap setia dengan saya"

    TERSIRAT
    "gua nak cari lain ni.
     mana tahu dapat iras-iras lisa surihani.
     tapi kot-kot nanti tak jumpa.
     lisa nak kat yusry.
     lu tetap ada.
     maklumlah.lu kan "spare-part-tyre"

********************************************************************************
5.  TERSURAT
    "percayalah.
     awak akan jadi lebih baik tanpa saya"

    TERSIRAT
    "betul.
     tapi tanpa lu.
     gua akan menjadi lebih owhsem lebih padu!"

********************************************************************************
6.  TERSURAT
   "saya bimbang untuk berkomitmen"

    TERSIRAT
    "baru kapel.
     dah haruk nak suruh jemput pergi makan.
     angkut balik kelas.
     serius.gua malas.

********************************************************************************
7.  TERSURAT
    "Mesti beruntung sangat kan.
     orang yang dapat memiliki awak nanti"

    TERSIRAT
    "fuh fuh pang!
     harap harap lah gua tak untung.
     tak kisah lah jadi malang."

********************************************************************************
8.  TERSURAT
    " saya rasa kita patut bertemu orang lain dulu.
     then we'll see how it goes my dear"

    TERSIRAT
    "haha.
     gua dah berbulan bertemu awek lain sebenarnya.
     sebelum kantoi.
     baik gua 'kawtim' baik punya.

********************************************************************************
9.  TERSURAT
    "maaf awak.
     ibu bapa saya tak merestui hubungan kita."

     TERSIRAT
     "bila masa gua cerita pasal lu kat mak bapak gua entah.
      kalau kat mesyuarat PIBG tu adalah"

********************************************************************************
10.  TERSURAT
    "saya tahu salah saya.
     tapi walau apa pun terjadi.
     saya menghargai awak.
     saya menghargai cinta kita."

    TERSIRAT
    "halalalalahhh~~
     tolonglah jangan bagitahu kawan-kawan lu.
     yang perangai gua macam bangsat.
     nanti susah gua nak ngorat"

********************************************************************************

dok.
pada gua.
sesetengah alasan mungkin lu patut guna.
kalau lu rasa hubungan lu ke laut.
tak boleh ke mana.

tapi untuk "play-safe".
untuk menipu.
gua rasa itu tak owhsem.camgampang.
lebih owhsem kalau lu terus terang.

"masalahnya diorang ni bingai.camsetan.
 terus terang pun tak boleh jalan.
 lu tak pernah bercinta tak.
 tade 'feel'.tade pengalaman"


betul dok.
memang gua tak boleh haruk.
kalau sentuh bab cinta.
cuma yang boleh gua kongsi.gua cerita.

"adalah sesuatu yang amat pedih.
 amat hina.
 bila rasa dipermain.
 bila cinta tak diterima"

faham sendiri.
bengap tu simpan.
sekian.sekinchan.
wassalamu.


tiada kaitan.langsung.




Saturday 13 August 2011

illuminati dalam melayu



si rama rama


dahulu.
hodoh rupanya.
jelik liuk lentoknya.
miang bulu tubuhnya.
tiada mahu didekat orang.

dahulu.
makannya daun.
geraknya melata.
habis dibenci orang.
kerana dia.
dedaun berlubang.

dahulu.
tiada kenal erti dunia.
wilayahnya kecil sahaja.
diseret badan dari fajar.
hanya tiba tatkala senja.

lantas dikemam semua duka.
dipendam segala luka.
kepompong dibina.
hematnya mahu berubah.
bosan dibenci orang.
muak melihat bayang.

kerna dia tahu.
mati nya yang lama.
menghidup semula sejuta makna.

hari berlalu.
bulan silih berganti.
kejora menjadi saksi.
lantas dikopak lindung.
dibuka kepompong.
yang dulu kelabu jasadnya.
kini tumpah beribu warna.


kini.
makannya debunga.
terbangnya merata.
terus disayang orang.
kerana dia.
bebunga mengembang.

kini.
dari langit dunia dia perhati.
kadang terbang tinggi.
kadang rendah menyapa diri.

kalau dulu dia dihina dibenci.
kini dia madah penyeri.
kalau dulu dia dijauh dicaci.
kini wajahnya abadi di hati.

namun.
benar kata orang.
indah tidak kekal selamanya.
begitu juga si rama-rama.
kian jauh membangga diri.
akhir rebah ke pangku bumi.

sayapnya tidak lagi dikenang.
warnanya tidak lagi benderang.
kalau dulunya dikenal.
kini sudah dilupa orang.

begitu juga hidup kita.
asal dari titis air mani.hina.
kita hidup mengenal dunia.
mengubah diri.ingin dipandang mulia.
mahu disanjung.dijunjung.
cuma barangkali kita lalai.
kita alpa.
yang dunia ini cuma sementara.
yang dunia ini.
semacam satu titi.
menuju akhirat yang kekal.yang abadi.

terdetik bait kata sahabat.

"hanya kupu-kupu penghias kamar.
 indah bila dipandang.
 namun kosong tiada erti"

si ramasamy.tiada kaitan sangat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...