Followers

Saturday, 28 July 2012

perihal majlis pembukaan olimpik london.


Assalamualaikum.

Bulan Ramadan ni semat pula kalau gua mula dengan lafaz salam.
Sebenornya kalau nak diikut kan.
Malas betul gua nak menaip.
Tapi tulah. Hurm.

Hah nampak betapa malas nya gua di sini.
Hurm je gua bagi.

Dah lah. Engkorang baca je lah.

perihal majlis pembukaan olimpik london.

1. Danny Boyle, mastermind kepada majlis perasmian ini merupakan pengarah filem
   Slumdog Millionaire. Yusof Haslam pula sebagai pengarah filem terkemuka,
   Janji Diana setakat ini belum pernah menjadi mastermind dalam mana-mana acara
   sukan termasuklah sukantara sekolah anak beliau, Shamsul.

2. James Craig atau James Bond dilaporkan merajuk dengan baginda Queen atas tindakan
   baginda yang terjun terlebih dahulu dari helikopter.




3. Sumber tidak rasmi memaklumkan kos persembahan majlis ini menelan belanja lebih 27 juta pound, Yakni hampir separuh dari yuran perpindahan pemain Pahang, Azamudin Akhil ke Chelsea.

4. Faktor tayangan kontinjen Malaysia yang terlalu sekejap di kaca tivi dikaitkan dengan
   perbalahan antara Rais Yatim dan Majlis Olimpik London dalam soal logo Olimpik kali ini.

5. Dikhabarkan Rais Yatim kabor ke diorang logo cadangan Malaysia kemas lagi. Namun barangkali ini satu gurauan di bulan Ramadan.

6. Untuk mengelakkan insiden kekecewaan sama berulang, kerajaan Malaysia akan mencadangkan nama   negara ditukar kepada Alaysia. Nama lain yang dikira sesuai adalah 'Aah', 'Abangniapalah', serta 'Ahkaubanyakbunyik'.
 Lain pula cerita kalau Olimpik lain nanti susun ikut huruf dari belakang.
 nama yang akan diambilkira adalah 'Zainablahsia', atau 'Zassslayan'.




7. "Pandalela Rinong.Cukup manis anak Sarawak ini." merupakan tagline yang mendapat liputan luas di kalangan pemberita. Hasbullah Awang setakat ini buat selambe saja bila ditanya kemungkinan Pandalela Rinong akan menjadi alternatif lain bagi sepaket gula.

8. Membe gua ada nampak brader ketuk dram tepi padang tu sempat curi tulang.
    Nampak macam tengah tuit katanya.

9. Persembahan yang mempamerkan cerita pasal sosio-ekonomi British membuatkan gua rasa berguna juga kecil kecil dulu belajor sejarah.Kalau tak haram gua tak faham mende-mende.

10. Loghat England yang digunakan tak berapa jauh beza sangat dengan loghat Jerantut.

11. Mr Bean. Ah Mr Bean. malas bual lebih. World entertainer. Kelakor dia mengalah kan kelakor lagu tema kemerdekaan tahun ini.




12. David Beckham hensem.

13. David Beckham hensem.

14. Cilake hensem betul David Beckham ni. Tewas tipis gua dengan dia.

15. Muhammad Ali masih menjadi ikon utama penyerahan bendera Olimpik walaupun kini diserang penyakit Parkinson.
Muhammad Abu Derawes yang kini bertugas jaga parking di depan Watson pula.
Sampai sekarang tak tahu mende cerita dia.

16. Nyalaan obor Olimpik semalam pada gua biasa biasa saja.
      Gua punya pasang pelita taim raya tahun lepas kemas lagi.

15. Secara keseluruhannya, majlis perasmian pembukaan Olimpik London kali ini dilihat lebih 'semat' dan all right juga berbanding majlis persandingan Yusri dan Lisa Surihani hari tu.  Cuma gua perhati je kenapa perasmian ni tali ropia yang carik halus halus tu tak ada.

Dah.
Tengahari dah ni. Gua macam nak tido kejap.
gua harap Lee chong Wei. Josiah Ng. Azizul Hasni.
Mat Husin. Peah Mustapa.
semua semua yang wakil malaysia dapat emas.
Kalau tak dapat pun.dapat emas jadi lah.


Assalamualaikum syarifah.


9 comments:

azan said...

Bazir masa tunggu tadi. sobs

TUGAU GATES said...

eh,ada ke malaysia tadi?

Anonymous said...

jeles dgn syarifah! HAhahaha

Liyana Zahim said...

Kahkahkah... Ni kalau post kat rais yatim punye twitter/facebook mati terkejut beliau..

cimöt said...

gitu je? adehhhh

adam said...

ngape dideltenya ep. 4 dejamoss di kinabatangan?

Wadi AR said...

waktu malaysia 4 pagi kan

iEdA said...

dh mcm tgk teater je

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

hehe

mujur posa, baca punyala serius. chait!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...