Followers

Tuesday, 18 October 2011

yueyue : dalam puisi.

tolong tengok video ni dulu.kalau kuat.
tolong.



YUEYUE : DALAM PUISI



seorang gadis kecil.China.ceria.
di tengah hiruk pikuk kota.
riuh rendah sang manusia berniaga.

seorang gadis kecil.China.ceria.
berlari anak mencari 'mangsa'.
mana sudut ingin dihidang menjadi lauk hiburnya.

dua tahun atas dunia.
belum kenal apa erti manusia.

sayang.
malang tiada dihidu.
saat matanya kebil melilau.
dirodok jasad gah berwarna kelabu.



barangkali itu pertama kali.
dia rebah keras atas tapak bumi.
barangkali itu pertama kali.
tercarik calar di atas kaki.
barangkali sudah tertakdir.
yang pertama.
menjadi pengakhir.

dua tahun.
apalah sangat teguh tubuhnya.
dua tahun.
apalah sangat kental kulitnya.
dua tahun.
nyata rapuh bina tulangnya.

ah.
mengalir air mata jantan.
bila melihat roda yang dua tahun ini menjadi mainan.
berubah menjadi raksasa tanpa makanan.
liar melenyek tubuh.
Kejam melapah badan.


pedih.
episod duka si kecil belum terhenti.

tangan halusnya meronta meminta belas.
dia menggelepar.sakit.
namun kali ini rontanya bukan seperti rajuk biasa pada ibu.
separuh jasadnya lunyai.
walau meronta hingga lupus nyawa.
tiada mampu si kecil bangkit.

satu susuk lalu lalang.
manusia.
kemudian dua.
juga manusia.
tiga.empat.lima.lapan belas semua.
semuanya manusia!
tapi sayang.semuanya buta.
tapi sayang.semuanya hina dari binatang.



jasad parah dibiar terkulai.
"ah. apa nak hairan. masakan semua anjing ingin dibelai".
mungkin.
itu dalam hati.
yakin.
hati mereka mati.

seorang gadis kecil.China.dulunya ceria.
dua tahun atas dunia.
tujuh minit dia belajar.
apa erti manusia.

harga nyawa manusia.


di satu penjuru berbeza.atas dunia.
beribu anak kecil. Palestin. terseksa.
lalu aku terfikir.
apa kita juga buta?


6 comments:

rozeeta rashid said...

betul tu. hanya tujuh minit untuk dia kenal erti manusia. kejam sangat langgar budak tu. langsung tak berperikemanusiaan. tak dapat bayangkan kesakitan dia.

Zulfikar Hazri said...

"hanya 7 minit untuk mengenal manusia"

T___T UUuWaAAAaaaaa sob sob isk isk iskkkk

ahmad said...

poor little girl

Zul Fattah said...

manusia ni, memang kejam r..

Nafisah Ruslan said...

kesian sangat dekat budak kecik ni.. ape lah maknanya duit dengan nyawa? budak baru nak kenal erti dunia.. :(

Miss Dolce and Gabbana said...

Kau buat sendiri puisi ini.Awesome. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...