Followers

Sunday 5 February 2012

lelaki pelindung wanita. wanita duduk rilek.

awas. entri ini mungkin berjela dan tak bes.

hari tu lepas gua bosan dengar lagu najwa latep.
gua main intenet.
bodo juga intenet ni. selalu dipermainkan oleh gua.
jadi menengok macam dah tak ada benda kat intenet.
gua belek lah pasal lelaki perempuan sikit-sikit.
gua pun terbaca.

"lelaki sekarang semua tak bolewh pecayewww!.
 harapkan title je pelindung wanita.
 tapi taik. tinja.setan. setandan pisang.najip razak! ptuihh! "


cenggitu lah lebih kurang ekspresi nya.
ya. gua menambah perisa.bagi power.

okeh.
gua tak dafi.dan gua tak nafi.
memang sepatutnya yang melindung. memimpin.menjadi imam semayang.
atau mungkin membelanja tutti fruiti dan eskrem 'pop' petang-petang.
adalah tanggungjawab lelaki.
kerana zakar itu tidak dicipta begitu saja.
amanah juga datang bersama.



betul.
tapi wahai wanita.tolong lah dengar kami luah suara.

awak expect kami jaga awak.
jauh dari kekerasan.tapi awak sendiri pukul gaduh sama perempuan.


wanita.
awak expect kami jaga awak.
jauh dari maksiat.tapi keluar gedik-gedik dengan jantan.
Coitt coiittt.melekat macam pacat.celah celah ada setan.

wanita.
awak expect kami jaga awak.
jauh dari kecewa.tapi dah tahu laki jenis buaya pun.
tetap layan macam dewa.


dan wanita.
awak expect kami jaga awak.
jauh dari penyakit. tapi awak isap rokok berkepuk pun dah tak berapa hairan.
konon-konon. "alah. rock ah sikit. dah maju kan".


gambar dari SINI

jadi cemana cerita?
ya. amanah kami melindung wanita.
tapi tak bermakna awak boleh rilek layan AJL semata-mata.
awak pun kena usaha lindung sama.

beginilah.beginilah awan nano nano nano.gua bagi analogi.
lelaki ibarat pakguard.atau 'jaga' sebuah istana.
fungsinya tak lain.tak bukan.
adalah untuk melindung permaisuri dari pelbagai ancaman bahaya.
misalnya perompak.pencuri.penyair.
atau mungkin lagu serta band-band k-pop. mungkin.

namun adakah dengan hanya memasang seorang 'jaga' semata-mata.
mampu memastikan awak-awak selamat?

tidak wahai hadirin hadirat yang dikasihi Allah sekalian.
(Eh.seperti ceramah PAS pula)
kerana sebagai mana kekiutan.
keselamatan juga harus datang dari dalam.

awak tahu 'jaga' itu ada siang malam.
tapi awak sendiri gedik jemput perompak datang.
awak sendiri cabut wayar 'alarm'. penat-penat orang pasang.
dan paling taik. awak sendiri yang beduk kepala 'jaga' dari belakang.

"Ah. gegurl tak setujuww.
 kengkadang tu kan tak.
 'jaga' tu lah yang buat taik dengan kiteww!"


okeh gegurl.itu juga ada benarnya.
tapi pada gua. seorang wanita tak dilahir lawo semata-mata.
awak dikurnia akal.serta naluri yang power.

dan pada gua. awak sendiri yang memilih seorang 'jaga'.
jadi ada moleknya awak memilih yang baik punya.
tak semesti 'jaga' yang power itu muka persis korea.
tak semesti 'jaga' yang power itu sweet macam gula.
kadang kadang.yang muka rempeyek. badan cekeding.
tapi bila awek dia kena kacau. awek dia tak semayang.
dia lah yang paling teging.

Oh.awak rasa macam naluri memilih awak tu tak power?
Eh sayang. Solat istiqarah kan ada.

jadi macam mana pula cara nak jaga keselamatan dari dalam ni?
okeh. gua cadang beberapa cara. gua cadang lah.

1. menutup aurat. bila mana sebatang lolipop yang manis itu dibalut.
    maka payah lah untuk ia dihurung lalat.
    sama macam manisnya wanita.
    bila molek litup auratnya.
    maka susah lah untuk dia dicemar tolehan maksiat.

2. menjaga batas gaul. dengan laki-laki.jangan terlebih gedik.
    Ah.malas bual lebih. masing-masing dah cerdik.

3. lembut berpada. jangan biarkan diri anda ditindas.di tandas tu lain cerita.
    misalnya kalau awak kena tampor dek pakwe.
    jangan diam saja. paling taik pun beritahu member-member.

4. jangan hisap rokok.jangan hisap rokok.jangan hisap rokok.
    Oh please. gua rayu dok.
    Tidakkah iklan-iklan di kotak rokok itu menggusarkan anda wahai bebeh-bebeh.
    Tidakkah anda sedar. bahawa walaupun rokok mampu menjana ekonomi negara.
    tapi ia juga mampu 'menjanda' ahli keluarga.
    Wahai bebeh-bebeh.
    tak kiut.tak stail pun wanita hisap rokok.
    adakala ia tampak seperti beruk-beruk di atas pokok.

dan kepada member-member lelaki.
marilah kita sama-sama berusaha menjadi 'jaga' yang power.
jadi mentor.bukan diktator.
Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah.
maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

acewah!

baik.gua rasa setakat ini itu saja.
gua nak main bola.
harap-harap brader-brader nigeria ada turun padang.
bukan apa.UTM ni kalau taim cuti.bosan cegampang.

okeh.thanks a lot of the ring kerana membaca.
adios.

8 comments:

Duniakuabstrak said...

Jaga gagah macam Padayapa Hero Tamil terkemuka pun tidak berguna walau sesen pun kalau Tuan puteri bergedik riang menjemput musibah


Ayuh Lelaki teruskan kewibawaan menjadi Jaga yang Amanah dan berkaliber

cikpia said...

thanks for the reminder....... sangat memberi kesan di lubuk sanubari.

cikpia said...

thanks for the reminder....... sangat memberi kesan di lubuk sanubari.

cikpia said...

thanks for the reminder....... sangat memberi kesan di lubuk sanubari.

cikpia said...

thanks for the reminder....... sangat memberi kesan di lubuk sanubari.

FAIRUZAFIFAH said...

thanx sbb igtkn..awk mst 'jaga' yg bek kan...:)

syira syah said...

nak amek awak keje jadi pak guard kite boleh? haha!

Unknown said...

tah pesen apa tah budak2 skrg, pakai shawl hana tajima, muka comel, pastu keluar sampoerna hijau, chaakkk buihhh..

ape tah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...