Followers

Saturday 17 March 2012

Universiti Teknologi Malaysia. The Ohsem-ness.


Budak-budak UTM. kalau rasa nak tambah kiut.
gua cadang lu baca.

Yang belajor Oxford. Cambridge. Teknik Jempol. Tadika Kemas Ulu sedili.
yang repeat paper julai.
siapa-siapalah. nak baca.Bacalah.
tak nak baca. Sudah.


Universiti Teknologi Malaysia.
the Ohsem-ness.

1. Tasik UTM.


sini toman tak berapa nak naik.

Ya.bagi sesetengah mahasiswa siswi UTM.
tasik UTM adalah tempat yang sangat Ohsem.
kalau boleh segala benda nak buat dekat sini.

main tepung.baling telur.tempek kek hari jadi.
tasik UTM adalah lubuk.
bukan itu saja wahai mak jemah.
Di sini juga boleh kira sebagai port jurukemera-jurukemera tunjuk power.
padahal masing-masing gambor tade lah lawo mana.

lawo lagi neelofa.


masa ni gua tengah menyorok dari gadis-gadis UTM.
risau juga kena rogol ke apa nanti.

Dan kalau anda nampak laki-laki jalan sini petang-petang.
tak lain tak bukan ada sekelumit sebab.

1. tensen PSM.
2. member pergi JPO tak ajak.
3. tekanan tak dapat main tweet dengan dafi.
4. macam gua.tak hensem.tapi nak cari calon isteri.

2.Taman rusa.



barang baru bikin.

Kalau nak ikutkan kata member gua Zamzuri Azizi masa tahun satu dulu.
beliau gemar untuk mengebas seekor rusa kat sini.
dan membuat sebagai menu utama barbique.

Tapi tahun satu dulu lah.
sembang pompang pompang.
tapi sejak dah ada makwe. Zamzuri Azizi kian teguh pada agama.
gua ajak main PES taim maghrib pun dia dah buat muka kelat.
Apatah lagi nak capai misi curik rusa.

Oh.sini rusa jinak-jinak.
kalau anda tampor pun. jarang dia bagitahu pak guard.
Lainlah kalau dia doa dalam hati.
mintak lu kena laknat.
Doa rusa yang teraniaya ni makbul gua rasa.


gua nengok muka dah tahu.rusa ni minat chelsea.

Tak.
masalahnya kenapa perodua dah tak keluar van rusa.
rusa dah kerek tak nak naik van ke apa?

3.Skrin gedabak UTM.


Gua dengar cerita bisnes spek mata UTM makin lama makin maju.
Kalah bisnes budak meniaga berger.
ada orang kata benda ni bangang.
letak tengah-tengah round about.buat sakit mata memandang.
tapi bagi gua tidak.
bagi gua benda alah ni sangat Ohsem.

Ia setidak-tidaknya mampu menjelaskan ke mana saman kita pergi selama ni.
Jadi kalau ada member tanya.

"Chelaka lah Suhaimi.
 tadi aku kentut tak pakai sticker.aku kena saman lagi.
 Mana entah semua duit saman aku pergi".


Tak ada masalah.
lu bawak dia pergi depan. lu tinggal keluar je jari telunjuk kanan.

Jangan terkejut kalau reaksi begini terpacul dari mulut beliau.

"Peh.babinya".

See.Ohsem kan.
Rusa-rusa pun dah tak payah sekodeng-sekodeng pondok guard kalau nak tengok bola.
Hadap skrin gedabak.Bukak Astro arena.
Selambe je dia gelak arsenal tak menang-menang piala.

Kalau nak tengok 30 minit ustaz Don punya ceramah.
pun tak ada masalah.

4. Guard UTM.

macam biasa.
kalau Chelsea ada Zola untuk dibangga.
kalau Manceste ada Ser Eleks Pergesen dijulang sebagai juara.
kalau band kahwin Mat piah.ada Mat Piah yang main gitar power.

kami ada Pak Selamat.
nampak macam gengster virago tengah lebuhraya.
tapi tidak. dia punya ramah. Kalah YB masa dekat-dekat pilihanraya.


Gua tak berani nak kata apa sangat.


5.Balai Cerap.

Dulu masa mula-mula masuk.
gua ingat tempat ni tempat lancar roket macam Iran.Power.
Kejadah.
Sangkaan gua melecet.
Tempat budak-budak Iran bakar ayam je rupanya.


Tapi tetap Ohsem.
sebagai monumen tertinggi dalam Parlimen Nusajaya.
gua rasa kalau ditacap-tacap sikit lagi Balai Cerap ni.
mungkin ada potensi jadi Bukit Fraser.

Letaklah apa-apa yang menarik.
Tugu Neelofa ke.
atau mungkin tugu Neelofa.
Okeh. ini kira paling tak menarik dah ni.
Tugu Neelofa.


Bawah tu masjid.
Hujung sikit yang lampu kaler silver tu rumah Memey Suhaiza.

6. N24.


Malas cerita lebih.
budak-budak bola tahu lah apa function N24 ni.


Gua nengok ada budak silat cekak Hanafi dating tengah maghrib.
Nak je gua terajang.Tapi taim tu gua pun belum semayang.

7. Teksi Pakcik Zarin.

Gua tak pernah jumpa pun pakcik ni.
tapi gua dengar cerita dekat fesbuk dia femes.
Nanti kalau jumpa.
gua ingat nak ajak main dam haji.
kenapa dam haji? Suka hati lah.
boleh saja gua ajak main dam umrah.dambaan pilu.
dam dim dum bunyi mercun.tapi suka hati gua lah nak main apa.

Tak.apa gua merepek ni.

8. Jamban satu aras dengan bilik sendiri.

Ah.
lu tanya lah mana -mana mahasiswa siswi siswus.
mana lagi afdal.
berak dekat jamban fakulti.
atau sekadar bertuala pink. berselipar.
berak dekat jamban yang satu aras dengan bilik sendiri.

Okeh.
Itu saja setakat ini.
nak sumbat sekali semua.Molek kalau lu karang sendiri.


Masjid.Paling Ohsem. Setuju?

Adios.

notakaki :
sementelah gua ada kemera baru ni.
gua rasa rajin je nak jalan-jalan UTM.
dulu tak pun.

21 comments:

Saiful Izuan's said...

Ohsem botak

iAmCekbolat said...

HAHAHA XD

okay aku ase berminat gila nk pegi!

saliana said...

you're good to be here,,haha,,ye shaye utm,, =)

NadiRah said...

entry ni pon sgt ohsem..
LIKE!!! ^^

Unknown said...

amboi lawo gambor tu.... hhhmmm......taman rusa tu tak jejak lagi

Primadona said...

kalau macam tu degree nanti aku applu masuk sini la.haha

Ujang9897 said...

lu hensem

MizzTina said...

ermm,nk komen header je.. ohsem giler!!!!

cimöt said...

misai pakcik tu!!
kalah a. galak!

Errah Najwa said...

hahaha..best2...fes time tgok muka pak selamat tanpa kaca mata..tp rasa dah lama gak xjumpa pak selamat..dulu2 selalu dia duk saja2 tahan

taxi pakcik zarin pun ada blog dah..bukan fesbuk jer..

CT said...

ENTRI KO LAWAKLAH DIK...hehhee...dlm merapu ada mesej yh nk disampaikan...

Pemandu Teksi said...

Dalam diam-diam nama aku pun ko sebut kat sini ehhh... x pe2... Jom main dam aji ngan pakcik zarin kalau berani!!!

fana.akim said...

haha..sempoi gile! bersahaja je entri nih!

aindzaya said...

ohsemm..mana kau rembat gmbar pakguard tu..ke skandal ko? ..ko pakai slipar sandal cukup la der..

"Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik..".

Ann said...

wahh...rindunyee UTM...tu pkcik guard misai..takut woo..huhuhu

eyjalukman said...

ahahaha 1st bukak blog ni ,den try refresh lg , tkot slh msok blog . haha gigih gile tmpal muka kt header tu . tp klu utm dah hebak gini , mmpu nk kata apa agi kn? haha

FaD + iLaH said...

dah lame x nmpak pak selamat..huhu

adam said...

sempoi gak blog hang.aku suka baca.

Unknown said...

sempoi habis ko ni!hohoho

ஜ miss klanika ஜ said...

memang slumber . haha . aku suka header sampai la ke entry nya. sume style .

fatiha said...

lawak dow... tringat zaman utm dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...