Followers

Saturday 28 January 2012

anak mak

awas. ini bukan cerpen.ini novel.


"aduh!"

sulaiman rashid mengaduh kesakitan.
bibir nya mengerekot.
ubat pensil picit Shaker bersaiz 0.7mm tertusuk ke dalam kuku jari manis sulaiman rashid.
entah celah mana manis jari nya pun tidaklah berapa sure.
kalau kencingnya boleh lagi consider.
pasal sulaiman rashid ni jenis makan manis-manis.
setakat sekilo gula pasir tu.
sulaiman rashid rodong buat macam serbuk sagu je.

"mak.
bagi leman lah.benda paling manis dalam dunia ni bukan gula.
tapi janji adun sebelum pilihanraya".


ayat power sulaiman rashid tiap kali ibunya membagi nasihat pada dia.

"ah sudahlah leman.
kau kalau berkudis bersemut kaki kau kang.
kena potong.diabetis.diet peha.
jangan kau kata kat cucu mak yang kau kudung sebab power main bola pulak
."

pesan mokcik Beah.mak pada sulaiman rashid.
mokcik Beah seorang mak yang power.
sementelah pemergian suami tercinta.
mokcik Beah lah yang bersusah payah membesarkan sulaiman rashid dan adik beradik.
jual cili boh home-made kat pekan sehari.
promot bedak sejuk kat member-member.
jadi duta produk pinggan mangkuk jenama 'arcoroc'.
ditambah dengan KWSP arwah pak rashid.
semua anaknya kini menjadi anak-anak berguna.



ini badak sejuk.bedak sejuk lain.

walaupun sulaiman tergolong dalam anak bongsu yang tak ada guna sangat.
tapi kalau disuruh ke kedai membeli gula.
sulaiman lah yang pergi start motor cepat-cepat.

"apa benda mak ni kata gitu.
mak bukan tak tahu.
leman ni kan seorang yang sweet pada gadis.
kalau leman tak makan benda manis.
power leman akan habis"


sulaiman rashid tutur beralas.

mokcik Beah bukan apa.risau pula dengan leman punya situasi semasa.
antara empat orang anaknya.sulaiman ni lah kira paling komited bangangnya.
dinasihat kerja tak mahu.
dinasihat ambik SPM pun tak mahu.
nasib lah disuruh semayang dia laju.
Alhamdulillah. lekat juga penangan kurikulum berasaskan penumbuk pak rashid dulu.(KBPR)

"Alahai.leman leman.
sudahlah muka macam motherboard PC.bengap pun tak reti nak tapis.
aih.lagi satu ni kau asek duduk rumah je.duduk kampung lelame.
kau nak jadi apa?"


soal mokcik Beah.manja.

"itulah mak.
leman ingat nak jadik oltromen lah.
kahkahkah!
lawak tak mak.lawak tak!"


leman cuba memecah hening dengan lawak jenaka.
mungkin pada beliau.ia berbunyi lawak jenaka.
tapi pada mokcik Beah.
ia lebih kepada lawak ortodoks yang cam celaka.

"kelakarnyeww.kelakarnyeww!"

mokcik Beah buat-buat support.
sambil matanya ke atas.tangan di dada.

melihatkan perilaku mak nya yang dah rupa afdlin shauki versi makcik felda.
leman kembali serius.


"Alah mak.
leman bukan tak nak kerja.
kalau nak ikutkan hati.
boleh je leman pergi ikut kaklong tu kerja kat menara KLCC.
kak long kerja tingkat atas.
leman boleh kerja kat taman air pancut tu.


"Ciuuut.ciuuuuttt.
sambil leman boleh tengok air pancut.
sambil tu leman boleh buat ayat-ayat sweet kat gadis-gadis Pavilion.
tengok kot-kot ada orang-orang kampung kita bepesyen macam orang kaya.
tapi leman tak nak."

"sebab leman nak jaga mak.
leman sayangkan mak.
mak lah jantung hati leman.
i cudnt live without my heart even for a second"


berkat rajin tengok dvd cerita omputih.
ayat power sulaiman rashid kini dah ada unsur-unsur mat saleh.

"erm.iye lah.
tapi sok-sok.
kau cari lah kerja kampung sama.
orang kampung dah mula bising.kata kau ni jenis duk bawah ketiak mak.
mak bukan apa.
mak frust.apa jadah diorang kata kau duduk bawah ketiak mak.

"mak rasa macam tak menutup aurat pulak.
rasa macam diorang observe mak punya ketiak.
mak geli man.mak geli.Euwww!"

"hah.dengar kata diorang pun dah berpakat tak nak bagi kau wakilkan mak main duit kutu"


mokcik Beah luah rasa.
entah apa-apa lah mokcik Beah ni.

"mak jangan ikut sangat Dengar tu kata.
 Dengar tu memang suka membohong."


sulaiman rashid bergurau senda. mokcik Beah dah malas nak sapot.
ikutkan hati dan skrip tipikal cerita melayu.
mahu saja mokcik Beah sumpah sulaiman rashid jadi batu.
tapi mengenangkan mokcik Beah ni jenis layan runningman. mokcik Beah buat rilek.


sulaiman rashid pun seraya menambah ayat.

"okay mak.cengginilah.
sedangkan pasal nak stalk yuyu zulaikha pun leman sanggup tak tengok tibi.
apatah lagi pasal mak.
insan mulia menuju syurgawi.

"leman akan cari kerja.
kalau leman tak dapat kerja.
leman nekad akan masuk 'scene' jual beger."


sulaiman rashid akur juga.
di telinganya masih terngiang-ngiang pesan abah sebelum meninggal dulu.
kata abahnya.

"kita ni leman.lelaki.
 perempuan kalau lepas kawen.perintah taatnya pindah dari ibu pergi pada suami.
 tapi lelaki tidak.
 lepas Allah.Rasul. hah seorang ibulah patut kita taati.

"jadi apak harap bila apak dah tak ada nanti.
 kau kena taat pada mak kau.dengor cakap dia.
 dosa dengan mak ni leman. Kat dunia pun Allah akan balas free."

"lagi satu. kaset uji rashid apak tu nanti kau tolong repairkan.
 mahal tu apak beli.

"ingat leman.syurga di bawah telapak kaki ibu.bukan high heel gepren"


pada sulaiman rashid. biarlah orang nak kata apa.
dilabel anak mak pun tak mengapa.
asal tiada dia menjadi derhaka.

"Eh mak.
jangan gerak banyak.
kang elok-elok kiut.
lari alignment lukisan leman.herot berot pulak muka mak.
mak kata nak gambor mak jadik macam Adele kan"


leman kembali menyusun rentak lukisan dengan pensil picit Shaker tadi.
masa-masa boring petang-petang tak ada cerita hindustan.
cengginilah situasi mokcik Beah dengan leman.

si ibu posing mengalah model kebaya.
si anak melakar indah persis artisan.


Esoknya.leman mula kerja 'welding' dengan bengkel Pokwe Besi.
lama juga lah dia kerja situ.
hasil titik peluh sulaiman rashid.dengan kerja yang berdedikasi.berdidie alias.
dia berjaya membelikan ibunya sebiji laptop.
sebijik laptop juga dibeli untuk dirinya.
tak kurang juga.sulaiman rashid mampu membuka akaun fesbuk untuk mokcik Beah.
nama tak boleh blah.

Butterfly Beah (Rubiah binti Mansor).



.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...