Followers

Monday, 9 January 2012

anwar ibrahim bebas. so what?

gua baru habis exam advance database.
jujurlah.rasanya jawapan gua cegampang.
macam jalanraya persekutuan.
penuh lubang lubang.

tak ada hal.

gua kalah main PES dengan member.
4 kali stret.
seriyesli.rasa kalah main PES dengan seteru ni.
macam rasa kena cubit dengan cikgu matematik sebab tak hapal sifir sembilan.
pedih dan terkilan.

tapi tetap tak ada hal.

ada budak aras gua kencing mencapah dalam toilet.
bengap tak reti flush.

tak ada hal.

cuma yang buat gua ah ah ah.panas.
bila gua dengar benda-benda gini jadi.





gua kalau nak ikutkan.tak berapa nak 'masuk' sangat scene-scene politik ni.
gua lebih suka baca nota TITAS. buku tiga lima.
belek-belek gambo yuyu zulaikha.
kira paling taik pun.
gua akan kira bulu betis gua.tengok berapa utas yang masih ada.

perihal nak main ludah-ludah.
cemolot dengan mahasiswa.
gua anggap benda tu macam drama swasta.
tengah gentel kuaci pun gua boleh observe.boleh usha.

tapi kalau sebab politik sampai ada yang kena baling 'mercun ketupat'.
tidak kah itu dikira bangsat.
dok.janganlah.
gua faham lu nak prektis sambut raya cina nanti.
tapi tenang. lama lagi masa. kastam pun belum ready stok lagi.

ah.
gua malas nak cerita lebih. cakap pasal politaik.sampai bila pun tak abeh.
cuma pada mereka yang rasa diri mereka pejuang negara.
tiap saat fikir agenda bangsa.
ini pesan gua.

1. berpadalah. bumbung kita agama. bukan hijau atau biru warna bendera.
   kita 1 Islam.
   bukan 1 Malaysia.
  
2. bersyukurlah. ada masa tengok juga apa yang kita ada.
   sekarang nikmat aman tu kita tak dapat rasa.
   tapi tunggulah bila ada perang saudara.
   baru tercirit masing-masing nak mohon keamanan pada Dia.

3. berwaspadalah. gua dah pernah pesan.
   dunia ada berjuta pasang mata.
   tak mustahil Yahudi dan Amerika tengah tunggu masa.

4. berhikmahlah.
   Nak sebarkan pegangan politik.sebarlah.
   tapi biar betul salurnya. hikmah caranya.
   jangan fitnah buta tuli. free diskaun je dapat dosa.

5. berfikirlah.
   undi itu bukan milik OSBON.bukan milik BOBOI.
   tapi milik kita.
   kita boleh fikir pemimpin yang 'boleh pakai' tu pemimpin mana.
   yang juangnya untuk sendiri.
   atau tumpah darahnya untuk agama.untuk negara.

6. berdoalah.
   benda basic.masing-masing dah baligh.
   tak perlu lah gua ulas lebih.

okeh.
itu saja.
gua nak siap-siap pergi pasar malam.
dengar cerita selain fakulti pendidikan.
pasar malam taman sri pulai juga ada potensi untuk jumpa jodoh.
Kalau untung ada.
kalau tidak.
tengah tunggu bas nanti pun boleh jumpa.acewah!

dah.adios.

ini anuar lain.
notakaki :
member-member fesbuk gua tak payah nak gaduh sangatlah.
gua merajuk nanti kang. haaa. kiut tak. ada iras monyet tak.

5 comments:

Zul Fattah said...

aku yg ni..

berpadalah. bumbung kita agama. bukan hijau atau biru warna bendera.
kita 1 Islam.
bukan 1 Malaysia.

haha.. bagus.. sebab ko meletakkan Islam yg first.. tak guna duk brjuangkan bangsa dan warna bendera.. tp bjuanglah krana Allah.. itu yg terbaik..

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said...

ko dah daftar mengundi lom bai..haha..

EZAN IDMA said...

relax2 sudah kan

EZAN IDMA said...

relax2 sudah kan

:: fyruzfifah :: said...

nice one!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...