gua malas bual lebih.
nak pergi jumaat.
gua ada misi bentang sejadah. balun sesikat dua pisang sedekah.
jadi lu baca je lah.
Cinta.
pada pandangan gua.
cinta itu adalah bila awek anda mesej tatkala tengah main PES dengan member.
anda boleh rodong pause game suka suka hati.
walhal.dalam hati member.
anda tahu boleh penuh satu library punya ayat maki.
cinta itu adalah bila anda nak ambik air semayang.
untuk menunai tanggungjawab insani.
anda tak lupa ajak awek anda semayang sekali.
cinta itu adalah bila isteri anda kecewa.
fras dengan segala benda.
anda boleh jadi kaunselor paling power.
meeting dengan najib anda kensel selambe.
just to ensure dat your wife feels your love atmosphere.
cinta itu adalah sanggup hidup hanya berdua sampai bila-bila.
walaupun tidak dikurnia zuriat.cahaya mata.
cinta itu adalah kalau pasangan anda ditimpa malang.
lumpuh tak berdaya.
hidup tidak bermaya.
anda masih utuh bersama dia. biarpun yuyu zulaikha offer nak jadi makwe.
cinta itu adalah bila seorang atuk tua pimpin tangan nenek lintas jalan.
bila nenek suap nasik untuk atuk taim makan.
dan sentiasa tersenyum berdua ketika atuk dan nenek itu sama berjalan.
cinta itu adalah bila anda mencicit cari topup.
kesana kemari macam orang mati bini.
semata-mata untuk menten telefon tanya khabar emak setiap hari.
cinta itu adalah bila abah anda dah lewat 'senja'.
dah tak mampu kerja.
tidak sesekali anda campak pergi rumah orang tua.
tapi siap tolong basuh berak. cebok mandi. dukung dukung macam baby.
cinta itu adalah bila anda kensel nak buat taik dengan orang.
malu nak gesek-gesek bukan muhrim macam binatang.
malu nak pecah belah umat islam sekarang.
malu.
sebab rasa macam rasul ada sebelah.tengah pandang.
LAU KANA BAINANA |
cinta itu adalah bila setara mana bizi projek sarjana muda anda.
sedih macam mana pun drama korea.
atau power macam mana pun chelsea main bola.
tapi bila sampai waktu.
anda rukuk.sujud.sembah.
menghadap diri pada Yang Empunya.
Pemilik diri kita.
Empunya cinta kita.
Tanpa cinta Yang Mencipta.
kita langsung tak empunya apa.
notakaki :
pada gua cinta itu macam soalan bahasa melayu pemahaman UPSR.
sabjektif.
ada masa kita rasa kita dah jawab power.
tapi cikgu sekolah rasa lain masa tanda.
18 comments:
oyehhhhh
heeeyyy~~hang neh jiwang jugak laa..tapi suka entri neh..sempoi je XD
Chelsea mmg power.
ini cinta ikhlas tanpa prejudis
sgt info..terbaek...
oh yeah... aku suka entry ini. Tapi perkataan2 kau aku kena baca banyak kali.. heheh. Takpe tu cara kau... =)
hebat betul menatang cinta nie ye...smp tak berkedip aku baca.nice entry,me like!
terharu ! kihkih
walaupun pelikss sikit bace entry ni.haha
baru tahu lelaki tak suka diganggu masa tengah main game. penuh satu library ye , u_u
haah. sy kwn afi :)
mane tau?
hati-qaseh.blogspot.com
http://noorniey.blogspot.com/2012/03/weeheeeme-love-this.html
eehhh~sorry meh!pastekan link kat sini...juz nak mintak tolong hang tengok je...jangan marah naaa :)
cinta yang paling hakiki...cinta kepada Allah.. :)
nice la entri ni... :)
^^
bestnye jadi wosemahhh!!!
Setyle lah..
ouch , so sweet !!
aku suka entry ni.. mintak share di fb boleh?
stylo! entry nih!!suke!
bahahhaha. bapak kelakar lah entry ni. cara penyampaian yang sungguh sempoi dan mempunyai tujuan yang mendalam. ;) tahniah boxer kedot.
Post a Comment