Followers

Monday 8 August 2011

hukum karma


karma.
kap.ro.mim.alip.nun.
karma.

"karma tuh apew abang bobow.
yang yusoff taiyoobb yusoff taiyobb.
bisik pelan pelan macam nak bewomen tew.
tu karma kew"

gegurl.
itu kurma sayang.
kiut juga kalau kurma dengan karma lu tak tahu beza.

"entah.
bebal kan gegurl tu.
bak datang boboi jawablah.
boboi kan ekselen.otak gagah.
belum lahir lagi dah ambik ijazah.
karma tu tajuk lagu exist kan.
mengintai dari tirai karma.
halalah.
mudah sangatlah"

aduh.
mujur bulan ramadhan.
kalau taim zulkaedah lu jawab gini.
memang bersemut dubur lu nanti.
dah.
lu sambung lah baca sini.

dok.
selain lu perasan kiut.
perasan hensem.
mesti lu perasan yang masing-masing haruk dengan hukum karma.
dalam belog.
dalam lagu.
dalam fesbuk.
dalam diam diam.
Eh.


seriyes.
bukan nak bagi malu ke apa.
bukan nak kecoh semua benda.
tapi pada gua.
benda ni penting.
berjujut lebih penting dari tutorial lilit shawl.
sebab lilit shawl senang.
ambik alas meja terus lilit.
tayah nak bubuh bubuh butang.

" Jangan risau tak.
ingat hukum karma.
hari ni jejai dengan fasha sandha.
esok lusa nora danish rampas semula.
Tuhan dah tentukan."
aduh.
apa dok.
mana lu belajar karma kait dengan tuhan.


" Eh.Betul lah tak.
semua agama pun percaya pada karma"
aduh.
apa dok.
bila masa karma masuk rukun iman.

" Yelah yelah.
tapi itu perkataan je tak.
nak bayang yang kalau lu buat tahi hari ni.
esok pun lu dapat tahi."
apa.
apa.
apa dok.

nah.
meh sini gua bagi sebab kenapa gua tak gemar betul dengan karma.
kalau lu jenis rajin kaji.rajin baca.
habis masa sekelumit dua.
baca sikit pasal agama.
senang-senang je lu faham.
kenapa hukum karma bercanggah dengan islam.

nah.
gua cerita dulu sikit sikit apa benda karma sebenarnya.
nak lebih-lebih lagi.
bukak new tab.
google sendiri.

karma berasal dari hindu dan buddha.
dalam jainism pun ada.
untuk makluman.hindu dan buddha tak sama.
tapi seiring.
macam defend malaysia kadang kadang.
kebal dan bebal seiring.

namun begitu kedua dua agama memegang kepada konsep karma.
cuma ada beberapa ciri berbeza.
tak pasti apa.
yang pasti.
sebagai umat islam.dua dua tak boleh guna.

KARMA DAN KELAHIRAN SEMULA

karma berasal dari perkataan sanskrit.
yang membawa maksud "tindakan" atau "gerakan"
dalam agama India karma bertindak sebagai ""the law of cause and effect”.

kitaran atau roda hidup iaitu "samsara" adalah lambang kuno.
yang mempunyai makna sama dalam hindu dan buddha.
Ia melambangkan kitar kelahiran,kehidupan dan kematian.
bila satu revolusi dalam satu roda sempurna, kehidupan akan bermula semula dengan kelahiran.



"hidup semula sampai bila tak.
sampai drama si capek dengan gerak khas habis ke."

tidak.
mengikut hukum karma.
selagi ada angan-angan.
tamak haloba dan kebencian.
selagi itu kitaran semula akan berlaku.
sehinggalah mencapai satu kasta tinggi yakni Brahmin.
jika dalam hayat sebagai Brahmin nya baik.
ia akan memasuki aliran yang membawa kepada Nirvana.
so lepas tu dah boleh senang lenang.
tak payah susah susah beli cincin juta juta lagi dah.

bukan nirvana ini.bukan.


mereka yang berpaksikan hukum karma.
percaya bahawa.
mereka akan menerima kesan pada masa depan.
dari segala apa yang mereka lakukan pada masa silam.

"hah.
tulah maksud gua tak.
masa silam menentukan masa depan.
hari ni lu curi eskem pop.curi cokelat.
esok choki choki lu pulak kena rembat.
bengap lah lu tak"

tenang dok.
jangan haruk macam beruk.
masa silam di sini bukan bermaksud semalam.
bukan bermaksud sem lepas.
tapi ia membawa makna kehidupan sebelum ini.
masa depan pula membawa makna kehidupan selepasnya.
maksudnya.
bila lu dah mati.
lu akan hidup semula.
mengikut apa yang lu buat dalam kehidupan sebelumnya.

sebagai contoh.
kalau lu sebelum ni kaya raya.jadi raja.
pakai ducati veron.
rumah tingkat tingkat.
tapi perangai bangsat.
tindas rakyat.
tak minat dafi.

maka dalam kehidupan seterusnya.
lu mungkin jadi papa kedana.
tiada harta.
jadi balaci.
silap silap lahir lahir dapat muka dafi.
maaf.
ini cuma analogi gua.
gua haram lu tak bengap sangat.

 "kejap kejappp~
 dafi nak ciwit kejapp~~"




"tapi tak.
tak silap gua tak semua jenis karma macam tu.
ada yang kena terus kat dunia sama"


ya.
dalam fahaman hindu.
ada tertulis kriyamana karma.
ini jenis karma yang mengatakan tentang hukuman segera.
hari ni lu buat.
mungkin esok lu dah kena.
tapi dok.
jangan bingai sangat.
mana boleh percaya satu jenis je.
kalau lu percaya rukun islam.
mana boleh ambik tiga.
kena lah percaya semua lima lima.

jadi sebagai orang islam yang beriman.
beriman kepada Allah.
beriman kepada hari kiamat.
kita tahu hidup sekali cuma.
adalah sesuatu yang mahabangsat.
kalau hukum karma lu boleh terima.

itu baru sentuh pasal kehidupan semula.
belum masuk bab mengetepikan kuasa tuhan dalam karma.
bab syurga neraka yang mereka anggap sementara.
kalau nak karang satu-satu.
boleh cukup satu buku.

tapi maaflah.
repot prektikel gua pun cuma dua puluh muka surat.
nak karang buku.
mana lah nak larat.

gua bukan apa.
risau ada yang percaya karma tu wujud dalam semua agama.
wujud dalam islam.
walhal sebenarnya haram tiada.
yang kita ada.
qada` dan qadar.
dosa dan pahala.
syurga dan neraka.

dok.
yang menghukum kita.
bukan hukum karma.
bukan majistret.bukan pendakwa raya.
tapi Allah.
Tuhan Yang Maha Esa.

boboi.gegurl.
plis.
kalau lu frust tonggeng.
kecewa tonggek sekalipun.
awek lu main kayu tiga.
balak lu curang sampai lima.
tolonglah dok.
jangan kait dengan hukum karma.
itu hindu buddha yang punya.

dari haruk lu karma karmasutra segala.
lebih nais kalau lu post macam ni.

" Ya Allah. andai begini takdirku.
kau limpahkanlah kekuatan untukku.
untuk menghadapi ujianmu"

nah.
yang fren dengan lu pun tenang je baca.
boleh doa sama-sama.
okeh.babai.


norish karman
 "mana kurma gua tak.mana?"

oh.
maaflah kalau bosan.
hari ni gua rasa malas sikit nak bergurau.
sekian.



2 comments:

Anonymous said...

assalam..entry yang besh bro..aku suke sangat..abg boboi ni memang banyak membaca, pandai agama serba-serbi lah..thanx bg info yang sangat berguna..

cuma ada satu part yang aku tak bape nak berkenan..perlu ke nk print skrin post fb orang berkenaan??abg boboi nk tegur ke nak malukan orang tu??rasa2 abg boboi, orang len bleh agak tak sape orang tu even abg boboi da conteng muka dia??terang-terangan dia tu pren abg boboi kan..da conteng pon ada orang bleh kenal lg kan..

agak2 la abg boboi oit..cukup sekadar abg boboi copy quote dia n tak perlu nak print skrin camtu kan..kesian kat orang tu..betullah abg boboi ni mempunyai otak yg berkedut sampaikan buat tindakan tak bleh nak pikir sebab otak tu da abis perah smapai kedut...kesian sangat..

lain kali kalau nak post samting, baca dulu post tu berkali-kali dan pikir rasionalkah apa yang abg boboi buat tu..okay???

ni biar aku kongsi sket..ni pendapat aku la..memang betol apa yang abg boboi cakap pasal karma tu..cuma mungkin maksud si penulis tu macam ni, "apa kau buat hari ni, esok kau akan dibalas setimpal dengan apa yang kau buat.."

dalam islam memang tiasa istilah hukum karma tapi ada satu ayat dari Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

kita pun tak tahu apa balasan yang allah akan balaskan..pernah ada orang buat jahat dibalas cash kat dunia, ada yang dibalas kat akhirat..itu semua kerja allah.. cuma satu, mungkin hari ni abg boboi aibkan orang tak mustahil satu hari nanti allah akan aibkan abg boboi balik..so, pada hemat aku, ada baiknya abg boboi memohon ampun pada allah dan paling penting mohon maaf pada si fulan sebab abg boboi da aibkan dia..paling baik abg boboi buang je la gmbar tu..rasanya tak perlu pun gambar tu...orang ramai pun boleh paham ulasan abg boboi tanpa gambar tu...okay??

wallahu a'lam bissawaab...

hafizudin said...

first anonymous.
tahniah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...