Followers

Thursday 18 August 2011

remaja. ingatlah masa depanmu.


bahagian pertama.
awas. entri ini tersangatlah ilmiah nya.

gua rasa hari ni rajin gua lain macam sikit.
subuh-subuh lagi gua dah cat rumah.
tak payah susah susah mak gua suruh mangkit.

tadi gua bukak nuffnang.
ada UNICEF bagi barang.
suruh kongsi sikit-sikit.


benda tu dalam PDF.
bahasa omputih.
gua tak berapa faham.
nak buat macam mana.
motif lagu twinkle twinkle little star pun.
darjah dua baru gua khatam.

jadi gua ambik mana yang penting.
cuma gua nak ingatkan.
ini seratus peratus fakta.


REMAJA ( ADOLESCENCE )

fes of ol.
adolescence ini bukannya ayat tipikal JPJ.

"ekau bawak motor abah kau ni.
 kau ado lesen ko.?"


bukan yang itu sayang.bukan.

adolescence ni kalau ikut bahasa Latin.
budak-budak baru nak up.
dalam lingkungan 10-19 tahun.

yang jenis pakai seluar track.
ambik gambar tunjuk "fak" tepi tangga.
yang "bulu peliaq" belum tumbuh.
dah cemolot tepi pavilion.
dah pandai bersetubuh.
itu masuk dalam adolescence lah tu.

"dia pilih KFC dowh.
 aku nak McD dowh~"



lain dengan remaja dewasa.
remaja dewasa ni macam gua.
umur dekat dua puluh dua
hitam manis.kiut sentiasa.eceh!

CABARAN REMAJA

S: jenis cabaran?
J: dalam proses menuju dewasa,
   remaja ini perlu berdepan dengan pelbagai jenis perubahan.
   1.fizikal.
   2.emosi.
   3.seksual.
   4.sosial.
   5.bas transnasional.
  
   di mana mereka adakala akan melampaui sempadan.
   sempadan kehidupan kanak-kanak sebelum ini.
   mereka cuba mengambil alkohol.
   menghisap rokok.
   hidu gam.
   dan sampah-sampah lain untuk meng-"establish" diri mereka dalam masyarakat.
   macam nak join abang-abang lah kira.
   orang nak masuk geng naga.
   dia pun sibuk nak masuk sama.

S: siapa lebih berisiko.gegurl atau boboi ?

J: gegurl.
   terutama yang kurang berkemampuan.
   lebih terdedah kepada diskriminasi dan risiko.
   kenapa?
   sebab mereka kiut.
   dan binatang-binatang bertopengkan manusia suka benda yang kiut.
   maka kemungkinan berlaku keganasan seksual ke atas gegurl lebih tinggi.
   ada juga sesetengah yang terpaksa kahwin muda.
   mungkin atas desakan keluarga.
   HIV?
   seriyes.
   berbanding boboi.gegurl lebih mudah untuk kena.
   nak tahu lebih pasal HIV.tekan SINI.


KESIHATAN

S: jenis masalah kesihatan?

J: 1.kecederaan.
   2.tabiat pemakanan.
   3.penderaan mental dan fizikal.

   untuk makluman.
   kecederaan membawa kepada punca kematian tertinggi.
   (400000 kes saban tahun)
   dan kebanyakan nya disebabkan kemalangan jalan raya.
   rasanya belum ada lagi kematian sebab tak tengok akademi fantasia.
   rasanya lah.

S: kenapa pendidikan seks itu perlu?

J: orang pernah berdebat pasal benda ni.
   pada gua.
   selagi modul pendidikan itu mampu menterjemahkan jeliknya seks rambang.
   sama seperti jeliknya kita kepada babi.
   pendidikan seks itu perlu.
   bukan untuk tahu cara berzina.
   tapi lebih kepada tahu sengsara.
   azab seksa.
   yang akan mereka hadap jika berzina.
  
  
S: kenapa pencegahan HIV perlu diutamakan kepada perempuan?

J: macam gua cakap tadi.
   risiko perempuan untuk dapat HIV lebih tinggi.
   bukan atas faktor fizikal semata.
   tapi juga faktor lain.
   penggunaan kondom misalnya.
   biasa "lelaki nokharom" yang sedia.
   perempuan ikut je.
   faktor lain juga termasuk gangguan seksual.
   kan perempuan yang biasa kena.
   jaranglah budak-budak laki kena raba.
   tak shahwat main pedang sama sama.

aduh.
penat pulak cerita.
gua nak rehat kejap.
minum minum. Eh.
nanti ada masa.
gua sambung part dua.

adios.



  

1 comment:

Misya Mialen said...

entri yang best.;D lucu pun ada tp penuh dgn info berguna;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...