Followers

Wednesday, 16 November 2011

review bogel menuju tuhan - zahiril azim


awas.
tiada yang kelakar dalam entri ini.
sebenarnya kalau nak diikutkan.
gua malas nak buat review buku ni.
sebabnya?

1.gua jeles mamat ni hensem.
2.gua jeles mamat ni hensem.
3.fine.gua jeles mamat ni hensem.

tapi sebab lu dik.
gua habiskan jugak masa berak gua hari ni.
istinjak pun sipi-sipi.
 

bogel menuju tuhan


baik.
kita pergi satu-satu.

TAJUK

jujurlah.
mula-mula gua dengar tajuk buku dia.
gua dah saspek akan ada yang perit punggung.
bogel menuju tuhan.

"kenapa mesti bogel.sopanlah sikit.kita bangsa melayu.
 penuh adat sopan.
 orang melayu ni lintas jalan pun tunduk sipu.

 menuju tuhan pulak tu.
 bukan menuju puncak.gemilang cahaya.
 pasti berjaya di akademi fantasia.
 bukan."


baik.

tidak berpakaian menuju tuhan.
sehelai sepinggang menuju tuhan.
pakai boxer kedut menuju tuhan.

maaflah.
tapi pada gua dalam membina puisi.
tajuk juga menjadi tunjang.
asalkan dari agama tidak jauh menyimpang.

bogel.tidak berpakaian.
tidak berpakaian.bogel.
sama.beza ketara adalah suku kata.
yang boleh gua cakap.bacalah dulu apa isinya.
jangan cepat tercirit "crettt.crettt" tak tentu hala.

ISI.

ini bukan novel.
ini antologi puisi.
sah-sah kalau bukan novel.lu tak akan jumpa kisah tan sri zainal
meninggal dunia tak tinggalkan wasiat.
akasha sebenarnya anak luar nikah tan sri zainal.
dan akhirnya akasha dan dania live happily ever after setelah
ibu tiri akasha mati eksiden.
atau cacat sebab apendiks.
seriyesli.
lu tak akan jumpa.

buku ini penuh puisi.
ada juga lakaran kehidupan yang tidak berbentuk puisi.
tapi kekal puitis.

antara yang paling gua suka?

1.abang segak beruniform bersenjata.
2.dalam telapak hati kau.
3.mata terkunci dengan stranger.
4.bogel menuju tuhan.
5.kita peniru profesional.
6.aku sungguh prejudis.
7.pak bikin bangunan.

ah.adalah lagi.
masaklah gua nak tulis semua.
tapi rata-rata owhsem.nais.
dia coret kisah hidup dalam indah susun kata.

gua suka petik ayat hanis zalikha untuk buku ni.

"dia takkan spoon-feed you free-free aja.
Paling-paling pun,dia cuma akan provide kepingan jigsaw untuk kita cantum, 

dan bahan-bahan binaan untuk kita construct imaginasi revolving his piece."

betul.

HARGA. 

RM 30.
jujurlah.
gua rasa ini harga maksimum yang boleh dia guna.
gua rasa kalau dia bukan zahiril azim.
RM 20 dah cukup berpada.gua rasa lah.
tapi ini semua penerbit punya kerja.gua tak tahu apa.

keseluruhan.
dari sepuluh.gua bagi lapan.

okeh.itu saja.ada masa gua review satu lagi buku member.
budak surau.

adios.



notakaki :
daim.kalau lu baca.gua ucap selamat pengantin baru dengan sheira.
gua doa lu bahagia dengan pelengkap  rusuk kiri hingga ke syurga.

2 comments:

NadellaZahare said...

betul. dah baca tapi takda lahhh sepatutnya begitu sangat

mia kaftiya said...

Serius! jeles!!!!!! dah lama nak beli tapi tak terbeli-beli, pinjam boleh?? :p

oh ya, boleh tak tolong petikkan ayat ana raffali skali, sbb aku peminat ana raffali..nk tau apa yg dia tulis hahaha.. >__<

ples??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...