Followers

Sunday 1 January 2012

azam

tis.tis.tis.

air hujan menitis.
cuaca yang pagi tu nampak macam boleh main bola petang-petang.
tak cecah petang pun.tengahari dah hujan.

"pundek betul lah. aku baru hajat nak pergi semayang jumaat hari ni.
 boleh hujan pulak."


 luah Paan seraya membuka semula baju melayunya.
 Baju melayu hitam yang dicuri di ampaian matrik dulu, kini masih lagi digunapakai
 untuk aktiviti-aktiviti kerohanian.

kerohanian bagi Paan tak sama macam orang lain.
dia hanya mempunyai rohani bilamana dia rasa perlu.
kalau masjid buat makan-makan.
atau Saodah gadis idamannya ke surau.
barulah dia tergedik ikut sama.

kalau tak.haram nak nampak muka.
itu rohani.tapi kalau sentuh bab onani. Paan lah paling power.


"Woi pangkal jubur.kau maki-maki tu.kau tahu siapa yang turunkan hujan?"
- balas Uzair.

Uzair dah tak tahan.sepanjang tiga tahun berkawan.
bersemut telinganya mendengar Paan punya alasan.
boxer belum gosok.belum ketip kuku. sedih Tentang Dhia ending cegampang.
itu semua dah dalam kepala Uzair.
ironiknya.
semua masalah berlaku taim tengahari jumaat.
kalau orang dah balik semayang.baru lah semua masalah Paan terubat.

Paan buat muka tak reti.
muka tak reti yang jenis nak mintak penampor cikgu disiplin sekolah bila tanya
kotak rokok yang dia jumpa tu siapa punya.

Paan londeh seluar.tidur semula.

"Paan.paan. sia-sia jadi orang.
jadi spender lagi afdal.
"-detik hati Uzair.

kalau tak kerana tubuh Paan tu mempunyai unsur gasar Yakjuj Makjuj.
dah lama tapak kaki dia parking atas perut.

Uzair ambil kunci motor. hujan yang dah tak berapa nampak tanjak tu dia gagahi juga.
Khutbah hari tu tentang azam tahun baru.
Uzair cuma dengar sipi-sipi saja isi kandungnya.
sound sistem yang pecah-pecah.ditambah hingar budak-budak sekolah agama rakyat sebelah berbual pasal mamee monster yang makin lama makin kecut.
membuatkan Uzair rasa nak pergi mintak teks khutbah.
nak baca semula.
nama mamee monster.tapi kecik camhamster.

Habis pulang semayang jumaat. Uzair terus online facebook.
Tengok-tengok notification yang ada.

"Bunga Tulip sent you a request in Coco Girl"
"Kencana Murni and two other friend sent you a request in SAYS.my"

gampang.

Uzair marah kecil.entah binatang apa yang direquest pun dia tidak tahu.
itu belum masuk tak puas hati status dia tak ada orang like langsung.
Uzair hampa.
lebih hampa bila tengok belakang.Paan tengah terkebil-kebil senyum riang.
baru bangun tidur.menyeringai bak monyet di rimba.

"Eh.dah balik dah.cepatnya.aku baru hajat nak ikut sama."

Macam biasa. Paan tetap paan.
Paan yang muka nampak baik.tapi attitude persis taik.
jenis yang bangang yahamat.
Uzair pun mengangguk sekali.malas nak melayan lebih.

"Khutbah apa tadi Uje. Kang Saodah tanya kang.
 Senang aku nak menjawabnya."
-tanya Paan.

"azam."


Uzair balas ringkas.
serentak juga Bunga Tulip dan Kencana Murni diremove dari senarai kawan.

"owh.okeh okeh. Mekaseh Uje.
 aku bukan tak nak pergi tadi.tapi kau tahu kan hujan.
 aku allergic hujan.
 kalau kena hujan badan aku rasa lain macam. tak tenteram.
 dulu pun pernah aku mandi hujan. nyaris kena siplis.

 itu belum masuk cerita atuk aku eksiden dengan gajah taim hujan.
 boleh pulak gajah tu langgar lari atuk aku.
 sampai sekaranglah tak tahu gajahnya yang mana satu.
 dengar cerita. dah turun liga perdana.

 lagi satu aku dengan Noh Hujan pun tak berapa nak ngam.
 aku lebih kepada scene Najwa Latif.Zaiton Sameon"


Paan mengarang kemas alasan sambil hidungnya dikorek selamba.
pintalan tahinya nya pula dicalit mesra di tepi meja.
muka Uzair dah panas.
sedikit demi sedikit iman nya mulai goyah.

"hah.tadi khutbah pasal azam.tahun baru lah tu.
 lusa dah new year.azam kau apa."
-Paan menambah.

Uzair menoleh perlahan ke arah Paan.

"azam aku.aku nak tumbuk tepat atas muka member yang malas semayang jumaat.
 kalau perlu sula.aku akan sula.sulawesi pun tak apa.
 kalau perlu post dekat wall Saodah.aku akan post.
 haramjadah.gampit.ptuih!".


Uzair lepas geram.
Minggu depan nya Paan dah mula mahir jejak kaki ke masjid.
azam Paan hujung tahun ni dia dah boleh jadi imam.
kalau tak imam jumaat pun.
cukuplah kalau Uzair saja yang jadi makmum.


apa azam ali tahun ni?


notakaki :
diorang kata kalau budak laki pergi semayang jumaat pakai baju melayu tu kiut.betul ke.

5 comments:

iAmCekbolat said...

erkk kiut? hnsem adalah ^^

wehh entry ko ni mmg top la.. aku sukeee..

Shahizan Azmi said...

HAHAHAHAHA ok baik punya azam ;D

ayuni rosli said...

lelaki pakai baju melayu memang nampak alim..... alim kuceng! haha

Ym.Bundle said...

wakakaka..nais der..

Unknown said...

Paan Paan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...