Followers

Tuesday 28 June 2011

fakta babi. mengenai babi.

awas.
entri ini sangat ilmiah.

"apa neww abangg booo.
 gegurl tak shukeww takk shukewww.
 tukarlaaa bahasa leklowkk skewttt.
 piggy doll keww
 muci muci baby keww~~"

sori gegurl.
bahasa gua memang sangat jujur.
siapa yang jilat cilibo.
dia lah yang terasa pedasnya pun adoi.

jadi gua akan pecahkan entri ini kepada beberapa bahagian.

1.apa itu babi.

  well yes.its an animal.most of them are pink.
  so gegurl.
  now u know.
  u will never walk alone. ahah.



  Babi merupakan sejenis haiwan ciptaan Allah SWT.
  dari segi bahasa babi boleh dikategorikan seperti berikut.

  BAHASA MELAYU

  dalam bahasa Melayu di sebut babi.
  ia dikatakan salah satu daripada tiga kosa kata asli Bahasa Melayu iaitu
  babi, padi, besi.

  perkataan lain Bahasa Melayu merupakan kata-kata pinjaman
  terutamanya daripada bahasa Sanskrit.
  Anak babi disebut nangoi.
  Babi hutan disebut juga babi baran.
  jadi tidak hairanlah.
  orang yang panas baran selalu memanggil dirinya sendiri.Eh.
  babi alu sebutan lain bagi tenuk.
  Ia tidak termasuk haiwan najis seperti juga babi laut.
  Okeh.
  babi laut bukan babi yang berenang dalam laut.itu babi di laut.
  Babidy merupakan watak jahat dalam komik dragon ball.Eh.
 
babi di laut. asam di darat.


  Dalam bahasa Melayu ada simpulan bahasa babi buta atau membabi buta.
  iaitu membuat sesuatu secara sembrono.

  contohnya.
  "menandatangani projek kilang rare earth di kuantan adalah satu tindakan
   membabi buta dan bangang.
   ia boleh menyebabkan babi di kuantan menjadi buta"
  contoh.

  Ada peribahasa babi jalang atau membabi jalang.
  iaitu orang yang hidup tidak senonoh.suka berzina.
 
  contohnya.
  "prema yin dan shah jazle berlakon video klip ibarat babi jalang.
   jalang jalang babi pun berbuat begitui nye adoi."
  contoh.

  Manakala ada sejenis tumbuhan yang dipanggil pokok babi kurus.
 
  "babi.aku tengok dia dah kurus sial.dia makan apa dok!"
  ini bukan contoh.
  ini bergurau.
 
  BAHASA JAWA

  disebut celeng atau yang sopannya andapan.
  Sate andapan bermaksud sate daging babi.
  Sate acapan pula bermaksud sate yang acapan beli.

  BAHASA ARAB
 
  Dalam bahasa Arab mufradnya (singular-kata tunggal ) disebut  Khinzir
  manakala jamaknya (plural-kata jamak ) Khanazir.
  bahasa comel untuk babi boleh disebut sikin.
  iaitu si kinzir.

  BAHASA INGGERIS

  Dalam bahasa Inggeris pada umumnya disebut pig.
  Bahasa saintifiknya Suidae.
  Babi jantan disebut boar.
  Wild boar pula bermaksud babi hutan.
  born to be wild adalah lagu hot kumpulan Steppenwolf.
  Anak babi disebut piglet, manakala daging babi disebut pork.
  Jika kita ke supermarket ada bahagian makanan tidak halal
  dan ada tulis pork meat.
  Bacon ialah bahagian daging yang banyak daripada belakang
  atau sisinya yang digaramkan
  atau kadang-kadang diperasap.
  Namun begitu.barbican tidak mempunyai unsur babi.
  dah kompom halal.
  Lard bermaksud lemak babi.
  Bulu babi dibuat berus manakala kulitnya dibuat barang-barang kulit.
  Untuk mengenali kulit babi ada bintik halus bertompok tiga-tiga.
  bertompok.
  bukan bergaris dok. gua takut kena saman nh.
  apabila disebut hamburger ia adalah burger babi.
  apabila dibeli untuk gadis. ia adalah "ini burger untuk u baby.ILYSM"
 
 
2.hukum babi.


 jelas ada dalil.
 memakan babi dan keseluruhan isirongnya adalah haram di sisi Islam.
 Hukum makhluk Allah yang satu ini ada disebut dalam 5 ayat al-Quran :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-
binatang Yang disembelih tidak kerana Allah. (al-baqarah : 173.)

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan
daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati
tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati
dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas
nama berhala; . (al-Maidah : 3.)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang
diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau
daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor. (al-Anam : 145.)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang
Yang disembelih tidak kerana Allah ( an-Nahl: 115.) ö

katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang
demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara
mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih
sesat dari jalan Yang betul". ( al-Maidah : 60.)


  namun bagi memegang dan menyentuh babi.
  tidak haram.
  namun perlu kita bersuci memandangkan ia jatuh ke dalam najis berat.
 
"abes tuh macam mana kalau kita sentuh lori najis tak.
 kan berat lori tu.
 kene samak jugak ke"

aduh boboi.
ape dok lu.
=.=

"hariteww gegurll main dengan adik najib la abang bobow~
 kene sertu kew"

gegurl.
najib dengan najis lain dok!
ape ke bengap boboi ngan gegurl gua nh nye adoi.

okeh.
jadi macam mana pulak dengan kes veterinar posing2 dengan babi dulu.
pada pendapatan gua.
tengoklah apa niat dia.
kalau ikhlas sekadar untuk sisipan sendiri kenangan tanggungjawab sebagai veterinar.
gua tade hal.
tapi kalau saja2 bangang.
nak bangga.

"i boleh pegangg babiii.
 uwol adoo?
 kiut kan babi nh.
 macam i tak.
 hehehe ^^"

hah yang ini jelas dan terang bangang.
tengoklah mana kita duduk sayang.
masuk u kan.
tahulah adab sopan.

tapi tulah.
tengoklah niat dia macam mana.
mana kita nak tahu.
lagipun bukan kita yang bagi dosa pahala.ye dak.
kita sibuk maki dia.
sumpah seranah segala.
yang gambar laki betina bukan muhrim berkepit tengah2 majalah.
berpeluk gatal birah.
kita kata sweet.
manis.
pekat.
melekat.

walhal yang itu patut kita caci.
see guys.
we keep saying others are bastard.
while we not realize.
we were the same. just because we cud say bad word.
it wudnt mean were not coward.
yes.
shame on us.

mak jemah bizi.no media okeh.



3. kenapa orang maki guna nama babi.

 hah.
 ini titik utama gua.
 kenapa dok.
 orang maki guna nama babi.
 gua tahu makan babi haram.
 tapi.
 makan rasuah pun haram.
 makan riba pun haram.
 tade pun kita nak maki guna nama rasuah caci nama riba.

 "rasuah la lu! yang lu pasang brek kat fiksi gua kenapa!"

 "riba la lu! yang lu iron boxer gua apahal dok!"

 "dafi lah lu!"
 
 Eh. apa dafi pulak nh. haha.

 dok.
 pada gua benda nh mentaliti.
 dari kecik kita dididik.
 babi itu haram.
 segala berkait babi itu haram.
 babi itu kotor.
 babi itu hodoh.
 jadi cuba lu bayang.
 kalau betul didikan kita pada jijiknya babi.
 sama macam didikan kita pada jijiknya rasuah.
 rokok.dadah.
 sama hodoh macam kes maksiat.
 well we gonna have a very bright future generation.
 but whos gonna start this.
 KITA.
 kap ya ta alip.
 kita dok.
 lu tak payah nak salahkan orang tua lu minat ahmad jais.
 kita sama-sama baiki diri sendiri dulu.
 then its gonna spread across the boundaries.
 okeh.

da blah.
gua nak menabung dalam tabung babi.
(oh.betulkan gua kalau hukum atas salah. gua bukan kalis dosa)
adios.


menabung amalan kita baby.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...