Followers

Thursday 23 June 2011

lelaki menangis. bengap atau sedih.

awas.
bacaan untuk lelaki pasca matang sahaja.

kepada boboi yang leka dengan ding dang.tora.dashin kuro.
atau wanita sedang edah.
hatta sedang dalam tempoh suci antara dua haid.
dilarang sama sekali dua kali tiga kali dari membaca entri ini.

tapi.
kalau rasa diri bengap.
bebal.
bacalah.

gua da agak.
lu memang bengap.bebal.
haha.
gua bergurau gegurl.
sekarang baru lu tahu.
sempadan gurauan dan makian sangat nipis.
senipis selaput bawang.
senipis limau nipis.
ataupun.
ataupun.
ah.apa apa sajalah yang nipis.

lelaki menangis. bengap atau sedih



"jadi apa tahi lu nak tacing nh tak.
cepatlah. gua ada meeting undi tak percaya ayahanda ibunda nh"

tenang lah dok.
gua sunat lu pakai sudu nanti.
baru lu tahu mana satu cikedis mana satu tahi.

fes of ol.
lu jangan ingat gua kuat nangis.
gua kena jaga imej gua sebagai seorang bald-black-kittyshit gangster.
yes. lelaki menangis memang tampak buruk.
tapi.
ada beberapa benda yang boleh buat gua keluar air mata.

1. dafi.
2. muammar gadafi.
3. gdafitti. Eh.
4. mak abah gua.
5. pemergian orang tersayang.
6. mengenang dosa.


makjemah gadaffi (sekadar hiasan)


"bohong lah tak. lu kata hati marshmallow.
takkan tu jeww"

ada.
masa gua hiris bawang.pedih tahu tak.

dok.
pada gua.
gua tiada masalah dengan lelaki menangis.
kamonlah.
apa guna kantung air mata kalau lu takat tadah je sepanjang hidup.
ada masa kena curah jugak.
ganti baru.
buat nya nyamuk aedes membiak.
amacam.nais tak.

cuma tangis lu biarlah bertempat.
lu malam jumaat tengok gusti.
orang bertumbuk lu pun sibuk maki berlagak berani mati.
tapi seth kantoi shahwat dengan nora lu nak nangis.
hazama menang AF lu nak nangis.
apa dok.
lu manusia ke berok.

hah.yang ini gua nak maki.
lu nangis bagai nak rak bila putus cinta.
padahal lu tahu.
monyet punya cinta dengan lu punya seiras.serupa.
kamonlah.
lu masuk tadika umur berapa.
benda asas macam nh pun nak kena didik.
kalau betul nak menangis demi cinta pun.
bukan untuk awekkiut lu.
tapi untuk isteri lu.


lu nangis sesal bagai.
"boboi kantoi curang la tak. boboi menyesal.
 tapi boboi sayang dua dua.
 halimah bengap pun boboi sayang.
 fatimah bangang pun boboi sayang.
 sobb.sobb.srotttt"

soritusei.
lu gampit!
belum menikah belum sosot bini da ada hajat nak poligami.
lagak hebat.
sembang lebat.
muka kacak pasang dua tiga.rahsia boleh tapis.
tapi bila kantoi.haram macam bapuk lu menangis.
poik!

"boboi kena kencing ngan saodah la tak.
penat gua beli whiskas untuk dia.
dia boleh makan frieskies dengan aaron.
hancing dok. boleh ke gua nangis.
isk.iskk.iskk ^^"

aduh.
ini susah dok.
soritusei lah.
gua faham. memang ada selampias perempuan yang camshelaka.
tak tahu nilai harga jasa.
tapi lu rilek boboi.rilek.
jangan menangis untuk benda yang belum pasti.
anggap la lu bertuah.
at least lu tak kena kencing masa dah jadi isteri.
masa tu baru lu tahu ketuk kemuk hati jimmy shanley.

gegurl.
pliz.
jangan lah buat benda benda macam nh.
bila adam curang lu hamun lu maki.
tapi lu lalai.kurang sedar.
dalam hawa sendiri pun ada plastik buat tahi.

"woman can cry when man lie.
 but man cud only hold deep n feels like they wanna die"

"abes itu tak boleh nangis.ini tak boleh nangis.
lu nak air mata gua jadik batu ke apa."

yang lu haruk sangat nh kenapa boi.
air ketuban nak pecah ke.
tenanglah.
ada banyak lagi benda yang lu boleh leleh air mata.

1. malaysia menang Piala Dunia.
   seriyes.
   kalau ini berlaku.
   maka tiada siapa peduli melihat taruna taruna malaya menangis.
   sedang piala suzuki pun sudah rasa sebak.
   apatah lagi piala dunia. ye dak.
  
2. mintak maaf ibu bapa hari raya.
   jangankan hari raya.
   deepavali.
   gawai dayak.
   mesyuarat PIBG.
   lu mintak la ampun kat orang tua.
   luah dosa lu pada mereka.
   duit belanja makan lu beli surya.
   telepon awek lama tak agak tapi dgn mak macam tak sempat basuh berak.
   share kredit enset abah tak mintak izin.
   haaa.
   masa nh lu nak menangis ke.
   keluar hingus ke.
   buatlah.
   lu nak segan apa.
   dorang yang basuh cuci berak kita. ye dak.

3. pemergian orang tersayang.
   ajal kan.
   mana boleh halang.
   siapa tak sedih memang boleh label bangang.
   lu boleh nangis boi.
   tapi jangan teriak.
   ingat.
   kita kena kuat.
   sebab ada kaum hawa perlu kita bagi semangat.

   see gegurl. its really tough to be a gentleman.
   tak payah lah nak join kelab isteri taat.
   cukup lu cinta. dan jaga orang yang lu cinta.
   amacam. boleh?

4. waktu berdoa.
   tak payah cerita lebih.
   dulu dengan mak lu mintak kete control boleh buat muka sadis.
   jadi dengan DIA.
   kenapa nak perlu malu untuk menangis.
   ye dak.

5. waktu hiris bawang.
   nak buat macam mana dok.
   pedih tahu tak! =.=

selaput bawang (juga gambar hiasan)


see guys.
bukan tak boleh menangis rite.
tapi biar berbaloi la.
air mata lelaki kalau dijual tak lama boleh naik haji dok.
cuma jangan menjadi bastet.
kantoi curang baru lu nak teresak-esak.
bangang tahu tak.
ba alip nga ngang.
bangang.

kalau lu dah tak tahan nak menangis boi.
lu sorok-sorok la sikit.
kongsi dengan kawan rapat.
pada gua.
tiada salah si teruna luah rasa.
kerana tiap insan itu punya jiwa punya cinta.
eceh!

gegurl.
suka benau lu sibuk kan.
u such a girl!

dah.
gua tengah kecewa tahu cikgu zakiah pura-pura berhijab.
tapi poikkk! retorik semata.
inilah akibat abah bengap. anak pun ikut sama.
takpe gua masih konfiden cikgu zakiah akan berubah.
fuh fuh pakailah betul betul fuh.
huuu.

maaf lama tak update.
bizi.tigershow sana tigershow sini.
peace boboi. peace gegurl.rock on.
adios.

cikgu zakiah.mungkin.

  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...