Followers

Friday 29 July 2011

punca malaysia tewas kepada singapura.

gua ada dengar cerita.
anak anak harimau ramai yang hampa.
kecewa.
ada yang tekad tanak korek idung setahun pun ada.
aduh.janganlah.
yang berlalu biarlah berlalu.
lu tak boleh nak sedut balik kentut lu.

sebenarnya bagus juga kalah.
bagi anak anak harimau tahu apa erti tewas.
jangan takat menang didongak seperti langit.
kalah dipijak seperti cirit.

tapi seriyes.
ada beberapa perkara yang buat gua bangga malam ni.

1. gua jumpa ziana zain kat stedium.
2. kita mampu melakukan bicycle kick berirama tanpa sentuhan terhadap bola.
3. khairul fahmi membuktikan bahawa dia layak bertunang di padang pasir.
4. harga safee sali semakin memancut mancut naik.ciuuu! ciuuu!!
5. kunalan dan nani tiada beza sangat sebenarnya.
    cuma kunalan lebih kiut.
6. mahali jasuli mampu menjadi kebal dan bebal pada masa yang sama.
7. tiada maki hamun kepada pemain negara.

tak kira lah.
yang memang dari rahim ibu dah kenal mokhtar dahari.
atau yang baru kenal jejari runcing lepas piala suzuki.
para penyokong gua bagi kelas satu.
seat baring dalam keretapi.

semua positif.
bagus.
gua suka.
cuma jangan nanti kalah lagi.
lu cuba abai bolasepak negara.
ada game.
tapi pura-pura gentel telur depan tv.
itu sangat sangat pundiyalek!

teruna hampa


"halahalahalaaa.
 napew kalah abang boboo.
 napeww napeww.
 gegurl ta shukeww ta shukeww taw"

okeh.
gua senaraikan punca kekalahan kita tadi.


1. Malaysia kekurangan pelakon-pelakon handalan.

   kenal aaron aziz.
   kenal adi putra.
   dengar cerita mereka pernah menang piala presiden singapura.
   jadi tak hairanlah.
   hampir semua pemain singapura dilihat macam beraksi di pentas teater.
   macam main opera cina.
   kena geletek dubur sikit dah melalak macam hanjing.
   gampit.

2. Malaysia tidak cukup dayus.

   umum mengetahui.
   pemain Malaysia mencintai wanita.
   jejari runcing. jejubo bengkok.
   rita rudaini.ayu raudah.
   itu semua antara wanita-wanita yang menjadi contoh cinta pemain
   kita pada wanita.

   namun bagi singapura.
   dayus adalah benda mudah bagi mereka.
   memaksa paramedik wanita berlari seakan-akan kehilangan anak.
   seakan orang hilang akidah.
   semata mata untuk melayan nafsu lakonan pemain mereka.
   apa lah sangat.
   semudah sembunyi kentut.
   lepas.senyum.buat muka kiut.

kami bukan jejari buncit
 
3. kerakyatan Malaysia sukar diperoleh.

   seriyes.
   kalau lah mudah.
   memang berpusu-pusu pemain luar memohon kerakyatan malaysia.
   kamonlah.
   siapa tak nak tunang yang ada belog.
   siapa tak nak artis montok montok.
   cuma kita tanak benda ini berlaku.
   cuba lu bayang kalau kita menang nanti.
   anak cucu kita tanya.

   "ashley cole tu main malaysia kan atuk.
    kenapa kita ambik orang luar.
    mahali jasuli kan ada"


   "atuk atuk.
    dulu malaysia menang piala dunia kan.
    kenapa guna messi.
    kan ada safee sali"

hah.lu nak kial kial jawab apa.

4. kecomelan pengadil.

   gua tak tahu kenapa.
   pengadil sangat shahwat untuk menghulur kad merah kepada pemain malaysia.
   kamonlah ref.
   itu bukan angpau.
   itu kad merah tahu tak.
   sebenarnya ada beza kad merah dengan angpau.
   sebenarnya lah.

   angpau ada duit.
   sekali hulur boleh beli mainan.
   kad merah tiada duit.
   sekali layang dah tak boleh main. setan!

5. Singapura tiada dafi.
 
   gua bergurau. boleh kan.
 

dok.
lu kecewa kan.
takpa.meh sini.
gua nak tanya.

mana lebih megah.
sang singa yang entah dari mana.
atau harimau sendiri.
yang lahir di belantara malaya.

mana lebih megah.
sang singa pura cedera sebelum dilapah.
atau harimau luka.
walau ditusuk dirantai dicedera.
masih belum mahu menyerah.

gua pun sedih.tapi gua tetap bangga!
adios.

aumm aumm! hachumm!

1 comment:

Joyce B said...

Awesome blog you haave here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...