Followers

Sunday 3 July 2011

lelaki vs wanita.memusuhi atau melengkapi.

"memusuhi la abang bo~~.
 boboi tu salu cabut wambut barbiedoll kiteww.
 ompompuan tak penah pun kacaww otobot2 onglakilaki.
 wekk!"

"peh.
 abes yang figura transformers boboi ada lipstick tuh.
 siapa yang calit.siapa.
 blah la lu gegurl!
 kita musuh dok!"

"tehee ^^.
kiteww guwau guwau jewww"

aduh.
ape dok lu.
semua benda nak juara.


boboi.
gegurl.
pada gua.
tiada unsur memusuhi pun dalam hubungan lelaki dan wanita.
kita saling melengkapi.
nah.
gua bagi beberapa hujah nais untuk lu.

1.lembutnya wanita. gagahnya lelaki.

sudah fitrah.
wanita itu lembut zahirnya.
jari-jari mereka halus.
sehalus nescafe baru.halussss.
gemalai lenggok liuk tubuh mereka.
alun jemari mereka mengait benang.
seakan gemersik biola mengikut rentak tari.
bila disela rentak zapin.
terus gua rasa nak kahwin.

dan lelaki itu zahirnya gagah.
keras.
segagah gajah.
sekeras tahi. Eh.


gegurl.
cuba lu bayang.
bila shoping.
siapa dok yang dah macam kuli batak.
angkat beg shoping lu yang macam orang tak tahan nak berak.
bila gas habis.
siapa dok yang dah macam malek nor.
pikul tong gas sampai dapur.
yang nak memikul galah mengait sawit.
membancuh simen.menyusun bata.
untuk sara keluarga.
siapa dok.

boboi.
bila lu pening.
sakit kepala.
senggugut.Eh.
siapa yang lu harap boleh masaj masaj lu.
boleh picit manja kepala lu.
mestilah jari jemari gegurl yang mulus tulus ikhlas.
barulah rasa nikmat dunia.ye dak.
bila lu nak jahit boxer koyak.
benang tak masuk masuk.
mula la lu terkial cari "mak! mak! mak!."

condoliza rais yatim

2. mudahnya lelaki.cerewetnya wanita.

boboi.
percayalah.
adakala memang kita rasa sangat fakap dengan wanita.
itulah.inilah.
tapi seriyes dok.
dari zaman duduk dalam gua lagi.
sikap cerewet wanita.
dan sikap lelaki untuk selesaikan masalah.
buat kita maju selangkah ke depan.

wanita:"abang-abang.jemah rasa jemah nak ada tingkap la.
         bosan lah gua kita nh.
         kalau boleh tu jemah nak pasang langsir.
         ada labuci. renda. rapun rapun sikit.
         barulah cantiknya adoi gua kita nh bang.
         tak macam gua kelam perlis tu.
         kelam je jemah tengok.takde nur kasih the movie"

lelaki:"tingkap?
        ape tuh?
        (sambil menghentak batu memecah dinding gua.membina tingkap)

dok.
lu agak agak.
kalau mak kita tak cerewet.
ada tak sekolah kita dulu rambut sisir kemas belah tepi.
kasut kapur putih macam baru beli.
poik takdo!
mandi.istinjak.pakai baju.terus pergi sekolah.
kompom.

jadi macam mana pulak mudahnya lelaki nh perlu bagi wanita.
dok.
lelaki proses maklumat.
dan hanya keluarkan output.
berbanding wanita.
sepanjang proses pun dia nak keluarkan.
jadi mungkin outputnya lambat sikit.mungkin.
macam sembelit.lambat dan sikit.Eh.

"ya Allah bang.
 anak kitaaa.
 jatuh fiksi bangg.
 macam mana nak buat nh.
 kenapa fiksi dia tuh tade brek.
 bangang dia ikut saya ke ikut abang nh.
 nh bila masa pulak dia keluar.
 kan saya dah tambat dia kat belakang tadi.
 halalala abang."

"tenang kiah.tenang.
 (start kereta. angkut anak pergi hospital.setel)


3. terampilnya pimpinan lelaki. teguhnya sokongan wanita.

wanita perlu lelaki untuk menjadi imam.
lelaki perlu wanita untuk menjadi makmum.
jadi kalau tiba-tiba lepas rukuk imam terus tahiyat akhir.
makmum akan tegur.
kalau doa qunut imam ganti dengan doa tidur.
makmum akan tegur.

boboi.
imam bukan pada konteks solat semata.
lu kena jadi pemimpin untuk pasangan lu.
tak perlu angkuh jadi diktator.
dengar pandangan wanita.
lu bukan maksum betul serba serbi.



4. lelakinya lelaki.wanitanya wanita.

dalam erti kata lain.
hubungan seks.senggama.

"apeww nh abang bo~~
 gegurl malu laaa. =.= "

malu main jauh-jauh.
ini bual orang dewasa.
orang yang dah tanggung sendiri dosa pahala.
dok.
setiap plug perlukan pencucuh.
plug laga plug tak menyala lampu.
setiap mangga perlukan kunci.
solex cucuk solex tak tebukak pintu.
setiap enzim perlukan substrat.
enzim salah substrat tak keluar produk baru.
tak faham lagi.
jangan pura-pura bengap sangat.
tak kiut dok pura-pura bengap.
okeh.


dok.
pada gua.
lu nak haruk kata lelaki muka pecah gudang. haruklah.
lu nak kutuk tudung wanita macam tebuan punya sarang. kutuklah.
tapi ingat.
kita dicipta berpasang pasangan.
lebih kurang tuh cuba lah halalan toyiban.
okeh.adios.

lahirnya hawa kerana sepinya adam.
dari rusuk dia dicipta.
bersatu keduanya kerana cinta.
pisah keduanya. 
gugur selaut air mata.
namun kembali semula.

lantas hilang samudera duka.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...