Followers

Thursday 7 July 2011

kelantan juara liga super

Newcastle Kelantan, 7 Julai- Kelantan dinobatkan selaku juara Liga Super
musim ini setelah menundukkan Sabah 2-1. Gol tunggal Sabah dijaringkan oleh Stacie.
manakala kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha ataupun lebih kiut dengan panggilan matyo.

"matyo matyo kawanku.
mari kita ikut matyo.
main-main selalu.
syoknya syoknya ada matyo."

Memetik mengenai komen beliau setelah gagal memperoleh kasut emas kerana
kurang hanya satu jaringan daripada Abdul Hadi Yahya yang mencetak dan memfotostet 20 gol.
beliau nyata tenang.

"Haloh haloh halohh~~
 tok gi mano la kasut mah tuuuu.
 Buke nyo buleh bowok g Mekohhhh.
 Hok petingnyo kelate jogho deyh.
 halohh halohh halohh~

"Kawe pom tokse la jadi supo messi.
 Maen ganu kemah molek.
 tapi maen malesia supo tahi.
 Syumbak paghok demo."


Namun timbul desas desus desis bahawa Kelantan menggunakan suplimen
rahsia yang tidak dibenarkan yang dikatakan mampu meningkatkan shahwat.

"Soal ini tidak seharusnya timbul tenggelam macam tahi dalam kolam.
 Kami cuma mengamalkan diet seimbang.
 hanya budu cap ketereh saja dibenarkan dalam skuad.
 kandungan alkohol dalam budu ini menepati piawaian JAKIM

 JAIS.
 Ahmad Jais pun benarkan budu ini" 


 ujar jurulatih, Datuk M Arumugam.



Dengan 56 mata, 46 mata mengatasi Perlis. Kelantan merangkul kejuaraan Liga
Super sejak ia pertama kali diperkenalkan pada tahun pertama Liga super diperkenalkan.
Dengan ini jersi kelantan untuk musim 2011/2012 dijangka akan disulam dengan satu bintang.Sama seperti kanak-kanak tadika yang lain.
Hantar lukisan.dapat bintang.

Rata-rata pihak yang meminati warna merah mengucapkan sekalung dua kalung tahniah kepada pasukan Kelantan.
Antaranya Redmummy.Redbox.Red carpet.Red kebaya.Redtube. Eh.


Sementara itu di Kuala gandah. Kem gajah dilaporkan sedang sibuk berkubang
meraikan kekalahan mereka. Ditanya mengenai kemungkinan mereka diturunkan ke Liga Perdana musim hadapan.
Mereka sinis ketawa.

"Haha.
 nok wat mende letih kejo bolo.
 bukainnya turun liga pun.
 nanti kami tamboh la pasukan dala liga super.
 hantor PKNS pergi mongolia.
 mudoh yang amat la"


royal sweet.


Berikut merupakan kedudukan lengkap pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Super musim ini. Tahniah diucapkan buat pasukan Pahang.

klik untuk tumbesaran

sumber dari ROUTERS WIFI.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...