Followers

Monday 13 June 2011

kenapa ramai lelaki tak kacak sukar mencari pasangan.

(dari kacamata seorang lelaki.yang tak seberapa kacak)

awas.
entri ini sangat-sangat jujur.
gegurl mungkin tak shukeww tak shukeww tak shukewwww~
"menci abang bobo menciwww menciwww~"
gegurl.
jangan gedik sangat.
gua korek idung lu nanti.baik resdung. Tak payah pergi klinik baiki.

minggu lepas gua ada dengar forum.
fazilah kamsahamida dialog dengan ustazah masyitah.
sangat nais dan orait.
mungkin lu pernah dengar.
mungkin jugak lu terlalu asyik menengok 24:7 menari.
terlalu taksub dengan ayahanda lu.
nak saman KL GENGSTER.nak tolong kaklong masuk minang.mungkin.
sampai tiada masa nak dengar forum-forum cenggini.
tak apa lah.nanti ada masa dengar.Okeh.

Cuma.
itu dari pandangan.kajian.nasihat dari orang kacak.
yang iras-iras ahmadinejad.

"jadi apa pulak pandangan orang-orang yang tak seberapa kacak macam
lu ni bo.ce carut ce carut"

okeh.
gua simpulkan punca utama gejala ini berlaku kerana sebab berikut.



1. MALU
   "apahal botak. lu ngorat awek nak kena sarung bikini dulu ke nak malu-malu"
   dok.
   lu paham tak.
   se-gengster mana abang kawasan sekalipun.
   dalam hati ada nursery dok.penuh bunga.

   Muka pailang.hati marshmallow.

   nak kata gua segan dengan gegurl ni.
   ada la sikit. pasal gua sekolah semua teruna.
   yang bapuk tuh ada. tapi bangang apa nak banding bapuk dengan gegurl.
   pakai towel tersembul anasir liar.
   tapi.
   tapi.
   bila hati si kumbang terpaut pada wanginya kelopak bunga.(amboi)
   Otometik. gua akan rasa gua lah anak mak.
   jalan tunduk sipu.
   makan baca bismillah.
   masuk tandas kaki kiri.istinjak pakai batu sungai.
   alalalahh kiutnya gua taim tu!
   macam tahi arnab.kiut sangat!
  
   jadi apahal gua nak malu.
   haaaaa.
   mari sini gua cerita dengan kemas.

   Enggang sama enggang. Pipit sama pipit.
   tiada lah tinggi rendah terbangnya kedua pipit dan enggang itu sama.

   Rumah gua ada cermin dok.
   bila gua tengok cermin.
   gua akan terbayang-bayang wajah Aaron aziz. Nazim Osman.
   Pujaan hati gadis-gadis seluruh tanah melayu.melaka.melanau.melawes.
   bukan sebab seiras.
   tapi macam KLCC dengan Kokdiang. jauh berbeza.
   jadi lu tak rasa seolah-olah punca testosteron lu ditumbuk diterajang.
   bila melihat di facebook.
   bunga pujaan lu setiap hari seakan berfantasi menggentel kuih melaka
   dengan Aaron aziz.
   dengan bigbangang. u-kissmybutt.
   gegurl.
   kedebuk!
   kedebuk!
   kedebuk!
   luruh jiwa dok.
  
2.BENGAP
  
   "amboi Tak. kasar nampak. aku tumbok kau kang"
   dok.
   mengaku lah. walaupun lu muka tak sekacak mana.
   tapi taste lu tetap tidak mahu kalah kan.
   mahu yang kiut ala-ala nora danish. tapi lu bulu idung tak pernah trim.
   mahu badan ala-ala ziana zain. tapi perut sendiri one-step-forward.
   tak ke bengap namanya tuh.

   "abes diorang memilih laki ensem camane pulak tak.Lu sexist dok"

   dok.
   dengar sini.

   Shes just another typical beautiful girl who love good looking guy.

   Habis muka dia cam bidadari. lu macam telurdadarpagi hari.
   cari lah sepadan sedikit.ye dak.
  
   "Jadi yang tak berapa nak bidadari tapi bajet macam lisa surihani tu camne"

   simple dok.
   dia bengap.dia.abah cekgu zakiah. sama je bengap.

   itu yang bab rupa.
   yang bab agama satu hal.
   kita nak yang tudung labuh.
   imej ala-ala waheeda adenamazakarohakazahakazamafi.
   macam wardina safiyah.macam ustazah norbahyah.
   tapi solat kita sendiri macam jalan raya persekutuan.
   rongak.tak berturap.
   ape dok.

   "ala takpe la tak. nanti kahwin dia bimbing la kita"

   soritusei. pungkoq lu.
   lu selak boxer kedut lu kejap.
   tengok ada helang ke takde.
   kalau ada.
   That means u need to be "in-front" of them.
   kena jadi imam.
   Yelah.bagus lah. kita nak yang elok-elok.
   isteri cerdik yang solehah.penyejuk mata.
   penawar hati.penajam fikiran.

   tapi.
  
    asal beras dari padi.
    asal lesung dari batu.
    nak isteri baik budi.
    baik lah diri sendiri dulu.

   okeh.
   Ini gua pesan kat diri gua sekali ni.
   sama-sama lah kita ya jenguk jenguk astro oasis sekali sekala.
   dengar cerita ada penceramah baru.
   
dr. fadzilah kam-to-papa

  
  
  
3. SIKAP SESETENGAH GADIS YANG CAM SHAKELAKEBOMBOM
  
   gua ulang.
   sesetengah.
   mungkin tak sampai suku pun.tempias pun tidak.mungkin.
  
   dok.
  
   lu cakap tak pandang harta.
   tapi kalau boboi sanggup belikan lu roti canai jalan kaki pegi hantar.
   lu pandang hina.
   lu cerita pada kawan.

   "euwwwwww~~. motor takde kereta tade. ada hati nak ngorat nora.
    taa kelass gitewww~~"
   lu sanggup tunggu balak kacak ada kuda empat tayar jemput lu.
   alih-alih pergi berdua.balik bertiga.
   satu dalam perut.
   Amboi nanti mula lah.

   "boboiiiii~~ Si Seth da stepler noraaa.tolong noraa"
   aduh.
   apa tahi itu.hah.
  
   lu cakap tak pandang rupa.
   tapi kalau boboi sanggup mencemar duli beli pencuci muka Rania.
   buat rambut ala-ala saiful idham.
   semata-mata nak teman lu bayar saman kolej.
   lu cerita kat kawan-kawan.

   "halahhh.bukan ape iyvone. nora dah tade orang lain nak pinjam duwettt.
    takkan la i ada apew apew dengan yang rupa macam kalkulator saintifik teww"

   tapi.
   lu sanggup make up ber-jam. nak jumpa balak kacak.
   yang semata-mata nak jumpa lu nak bagitahu dia dah ada awek lain.
  
   dok.
   please-please realize.
   guy sweetness wasn't on their face.
   its on their sweat.
   the more he loves u.
   the more he keeps pushing.working hard.
   to feed the family.
   The'll be a clown of your own.
   trying very hard to make u smile.
   walaupun lawak dia haram tak kelakar macam amir.
   seriyes.bagi gua.
   memerah keringat untuk sesuap nasi isteri.
   agar isteri punya tenaga untuk terus senyum.
   berjuta kali lebih sweet dari manisnya sepaket gula.

   Guys.
   kalau lu rasa lu gagal sebab rupa.
   lu tenang.
   jangan maki-maki lu punya bunga.
   gua sangat tak shukeww tak shukeww mende mende cenggini.

   sabar.
   ada ramai wanita yang langsung tak pentingkan rupa.
   asalkan cinta lu dalam.
   ikhlas.
   ada jodoh nanti 'tulang rusuk' lu. Lu jumpa juga.
   ingat dok.
   dalam laut tu ada banyak ikan.
   mana tahu lu terlepas kerapu tapi dapat duyung.
   mana tahu.
   
   okeh.
   malam ni gua nak tengok KL GENGSTER dengan Jejai.
   gua ugut dia payung gua.
   tapi lu tatap dulu gambar bawah nh.
   adios.
sedangkan barbie pun berkedut.apatah lagi insan.
   

7 comments:

Naim Hetfield said...

nice one botak,. ohsem

alau lo said...

sekolah sasa somban..hehehe..

alau lo said...

panjangggg......

dya aziz said...

gila botak.terburai perut gelak.haha.

seha89 said...

abg bobo???ai len bunyiknyerrr,,,

Anonymous said...

sekarang dunia dah terbalik....lelaki pilih pompuan kaya, xde rupa xpe,kalau ada lagi bertuah...
ada yang sanggup maki hamun/kutuk awek yg menyamar miskin..oh nampk sangat...last2 tau awek tu sebenarya anak org berada...baru terkial2 nak berbaik2 padahal dah break...bijak jugak pompuan tu...
haaa tengok...ok, dua2 bersalah.

Anonymous said...

lelaki atau perempuan itu sama aje...ader yg baek.ader yg jahat..jgn persalah kan perempuan sahaje..lelaki juga ada slh..yg penting berdoalah padah tuhan ditemukan jodoh yg baek2 saje..yg boley membahagiakan kita di dunia dan di akhirat..tidak kira bagaimana rupa parasnye..kisah lampaunya..hati budinya..sesunggunye manusia itu jdikan tuhan dengan pelbagai sifat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...