Followers

Monday, 19 September 2011

manchester united 1-3 chelsea

awas.
jangan bergurau pasal bola.
bola bukan tempat untuk bergurau.
nak bergurau pergi tempat lain.
jusco tebrau mungkin.


menceste unaitet 3 -1 chelsea.

untuk penyokong menceste unaitet.
hari ini mungkin menjadi hari isnin paling kiut bagi mereka.
kalau selama ni bangun pagi isnin rasa camtaik.
hari ini mereka mungkin awal2 pagi lagi dah solat subuh.
mungkin lah.

ada gua kisah?

tidak.
sebagai kipas susah mati chelsea.
tiada apa yang membuat gua fras dengan sang singa biru.
mereka yang berkata.

"ah.gampanglah torres tu!
 depan gol pun tak gol.
 apatah lagi belakang gol.cipet!"
(
sambil reply sms awek suruh balik)

percayalah.
mereka bukan fan chelsea yang owhsem.
fan chelsea yang owhsem adalah macam gua.

gua bayar makan minum.milo ais.nasi goreng paprik.
gua balik.
gua main PES.
gua bedal semula menceste unaitet.
6-1.
itu cara gua lepas geram.

gua memang saja nak rembat mamat kat belakang tu.

chelsea itu cinta hati gua.
kalau dah nama cinta hati.
kentut pun bau perfume playboy miami.
bak kata pepatah.
di mana bumi dipijak.
di situ stamford bridge dijunjung.gitu.

malam di mana penyerang-penyerang kelas dunia menjadi bebal.
apa yang boleh dikatakan a collection of worst blunders game. gua redha.
pada gua.torres cetak gol sebijik pun gua dah stim dah.
50 juta untuk beberapa gol?
peduli lah.
pak roman orang kaya.
lu nak jeles apa.


 breakdance.


rooney : "haha.gua baru faham perasaan lu."
terry: "haha.makin tebal rambut lu.makin bangang ya"

gua malas nak hurai lebih.
gua ucap tahniah pada penyokong menceste unaitet.
dah blah.
maaf tak balas komen fesebuk.
fesebuk gua habis kredit.
henset pun tak topup.
adios.

CHELSEA. CHELSEA. CHELSEA!

2 comments:

ina said...

team kita senasib la pulakk.. haiihh tape tape..

once a red always a red.. eh!

Elyana Ahmad ツ said...

fuh lena betul tido.dua dua merah bwk ong semalam.kehkeh.fan chelsea bljar2 lah jadi sekuat fan arsenal.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...