Followers

Saturday 17 September 2011

perempuan tak reti memasak tak boleh dibuat isteri

gua baru siap basuh boxer.
esok kalau kering.gua nak try seterika.
gua rasa kalau gua berjaya.
gua akan cipta rekod sebagai lelaki pertama iron boxer.

"jadi apa kena mengena dengan entri ni tak?"


takde kena mengena boi.
gua cuba bagi mukaddimah.ayat-ayat manis.
benda basic dalam karangan UPSR.
pendahuluan mesti ada 4 baris.


"perempuan tak reti memasak.
 tak boleh dibuat isteri"

hah giteww.
maaflah.tapi gua tak berapa setuju.
gua rasa gua belum dengar mana-mana ungkapan.
yang cakap syarat utama isteri solehah haruslah mengalahkan chef wan.

bukan menafikan kepentingan wanita untuk pandai memasak.
tapi gua rasa bangsat.
kalau tak pandai masak dijadikan alasan memutuskan hubungan.
gua faham.
sesetengah lelaki inginkan kesempurnaan dalam memilih pasangan.
nak isteri haruslah muka iras-iras ketty perry.
body tip top macam miss nina.
memasak jangan cerita.
nak yang terer-terer.
setakat banding dengan martha stewart tu.
taraf-taraf celah jubur je.

cuma sesetengah kita lupa untuk lihat diri sendiri.
muka kita persis aaron aziz ke.
badan ketak-ketak macam arnold swozenege ke.
pandai ke repair kereta.
ini tidak.
muka macam ekzos.
perut gelebeh.
tapi letak syarat calon isteri berlebih-lebih.

mencari kesempurnaan itu cantik.
tapi memberi kesempurnaan itu lebih jelita.

Eh.

seriyesli.
pada gua ada banyak lagi perkara penting
yang boleh dijadikan panduan untuk mencari calon isteri.
lihatlah agamanya dulu.
kalau pandai masak.tapi sembahyang tidak.
lu nak tanggung dosa hari-hari sampai beranak pinak?
lihat juga hati budinya.
masak hebat.tapi adab dengan mak mertua cambangsat.
macam mana mak kita nak mengadap menantu.

cukupkan dulu syarat-syarat penting.
pandai memasak itu pada gua boleh dianggap sebagai bonus.

"wahh abang bobow.
 shukeww shukeww.
 kalau gitew gegurl tamo tamo la belajar masak.
 biarlah bakal asben kita makan kat ayam penyet jew"


dok.
bengap tu sila simpan sikit ya.
pandai memasak dan belajar memasak itu berbeza.
ada yang pandai.tapi pemalas.
mak kat dapur dia sibuk chating dengan member.
ada yang tak pandai.tapi rajin belajar.
mak sibuk masak. dia sibuklah ambik gambar.

takpelah.
at least duduk kat dapur.
tengok mak masak macam mana.
potong bawang macam mana.
nak hilang hanyir ikan macam mana.
sekurang-kurang sebelum kahwin basic memasak tu ada.
ini sampai jerang air pun hangit.
melampau jugak sayang.

ting tang ting tang alexander

boboi.
gua pernah terbayang satu cara.
kalau-kalau kita dapat isteri yang tak berapa pandai memasak.
terkial-kial nak buat patin masak tempoyak.
kita datang peluk dari belakang.
tangan kiri kita pada tangan kiri dia.
tangan kanan juga sama.
kemudian bisik kat telinga.

"macam gini caranya sayang.
 mula-mula potong bawang.
 lepas tu potong barisan.
 sekian sekian.."


nah.gitewww.
tak lama lah.
tempoyak entah ke mana pergi.
9 bulan kemudian.
insyaAllah ada rezeki dapat baby.
hah gitewww. hahaha!

so kesimpulannya.
gua rasa untuk mengatakan wanita yang tak pandai memasak.
tak boleh dijadikan calon isteri.
sangatlah tak ilmiah.gua rasa lah.
tapi nak buat macam mana.yang nak kahwin lu.
bukannya gua yang nak kena sara.

gegurl.belajar!
resepi kat internet bersepah.
tinggal nak kutip je.senang dok.
gua bukan nak sembang kencang lah.
gua memang hebat lah memasak ni.
gua pernah masak air.
sampai air tu masak.
hebat tak.hebat kan.

dah blah.
maaf tulisan tak susun kemas.
nanti ada masa gua tapis lain.
adios!

6 comments:

Nalisa Syahira said...

pandai masak bukan lah pengukur kebahagian rumahtangga , cehh , ye ye je . okay , tak kawin lagi , tak tahu . HAHA .

MERAH said...

"mencari kesempurnaan itu cantik.
tapi memberi kesempurnaan itu lebih jelita"

benarlah ini.lelaki ke perempuan 2-2 nak yg terbaik utk pasangan masing2.jadi 2-2 kena cuba jadi sempurnalah ye dakkk?yang penting cubaaa duluuu.

Puan Eka said...

sebenarnya memasak itu salah satu perkara yg penting..

air tangan tuuuuu

tapi jgnlah pandai masak jer.pandai kemas harus juga..kena seiring gitewwww lah kan...barulah betul...


pendek kata,kena lah menyempurnakan diri dulu sebelum nak nampak diri sempurna....hehehe

ina said...

yg penting kerjasama sesama pasangan..

itu kan boleh mengeratkan silaturrahim.. giteewww!

hafizudin said...

@nalisa : jadi nak ukur pakai apa.pembaris? =P

@merah mak ngah: yee makngahhh.ye sangatt! =D

@cik eka : wah cik eka.surirumah sepenuh masa gitew.
haha!
tu bila nak kawen tu.
gua tengok calon laki da kacak da =)

@ina: macam wonder gitewwwww. haha!

Unknown said...

memang kat tenet resipe belambak..antare nak x nak je g belajo...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...