Followers

Sunday, 11 September 2011

nak kahwin nak kahwin nak kahwin!

awas.
entri ini ditulis dalam keadaan mengantuk.
kalau esok lu baca lagi sekali dah lain.
maknanya gua dah edit lah.


KLIK UNTUK GEDABAK.ABAIKAN TUAN PUNYA POST.

baik.
ini post paling haruk dalam fesbuk minggu ni.
gua tak tahu mana asal usulnya.
siapa penulisnya.
tapi pada gua.
ada intipati lain yang gua nak kongsi dengan uwol-uwol.

pada hemat gua.
status ini sering ditafsir sebagai "kemenangan" bagi gegurl.

"hah boboi-boboi.
 shukeww shukew sangat nak kahwin yew.
 boboi sanggup kew.
 kihkihkih ^^"


well actually it is not.
pada gua ada yang lebih tersirat lagi dari makna asal post tersebut.

1. saranan pada pihak wanita dalam meletakkan hantaran.


look.
gua mungkin belum pernah bercinta.
tapi sebagai seorang yang sudah berkira-kira.
untuk menabung dan merancang perbelanjaan perkahwinan.
post ini gua rasa seakan-akan menghempap batu ke atas kepala
seorang lelaki yang sedang mengaduh kesakitan.

bukan mengeluh.
gua faham dengan ekonomi sekarang.
minyak belacak makin mahal.
lembu naik harga.
subsidi frieskies ditarik semula.
jadi belanja perkahwinan makin tahun makin mencanak.

harus diingat.
hantaran perkahwinan sekarang paling taik pun 8 ribu.
itu belum masuk yang claim anaknya seorang berpelajaran tinggi.
cun melecun.bibir juih macam khilafairy.
kompem atas 10 ribu.
untuk wanita sahaja.
masuk lelaki sekali.
nak sedap paling taik kena ada doploh ribu.

"alah abang bobow.
 20 ribu tu banyak manew lah sangat.
 nak banding cinta nora tew pada abang"


poik.
well gegurl.
logiklah sikit.
tengok semula hantaran kahwin tu sebenarnya untuk apa.
nak dibuat belanja kenduri.
beli barang-barang untuk bakal isteri.

yang gua rasa resah gelisah sekarang.
kenapa demi wang sanggup sesetengah dari kita jadi abdi.

"yah berapa yah hantaran anak kau si nora tu"

"10 ribu je jenab. nak buat macam mana.
 anak dara aku tu bengap.
 suruh sekolah dia pergi hutan.
 kalau tak mau aku stimkan sikit jadi doploh riban"


makcik.
makcik jaga anak ke ternak anak.
nak tanding-tanding harga pulak.
makcik jangan sampai gua ngorat makcik.
kang 10 ribu tak dapat.
gua yang makcik dapat.
haaa.

berpadalah.
bukan wang saja jadi tanggungjawab kami.
jangan sebab nak dipandang tinggi.
si lelaki berhutang.masa kahwin timbul masalah.

CEDOK DARI SINI


2. sedia kah bakal isteri untuk taat setia pada suami.

gua malas nak hurai lebih.
tapi berdasarkan ayat post tadi.
lu tahu betapa beratnya tanggungjawab seorang lelaki.
tanggung dosa tu tak macam bagi bola tanggung dalam badminton sayang.
senang-senang boleh smash semula.

dosa tu saham untuk ke neraka.
neraka tu bukannya tempat tan kulit.bukan.
azabnya tak tertahan.
takkan nak duduk sekali dengan syaitan.

jadi adakah awak dah sedia.
untuk patuh pada suami asal tidak lari dari agama.
sudikah bersama suami andai terdedah cacat cela.
kalau awak pergi clubbing.dayuskah kalau si suami meninggi suara.
kalau dua-dua jahil.
sanggup tak sama-sama belajar macam baru sekolah.
nak menjadi pasangan soleh dan solehah.
kalau sanggup.tak mengapa.
insyaAllah.
walaupun terkial-kial tangan bersalam dengan tok imam.
dua tiga kali terkentut.batal air semayang.
buat loan peribadi.semata-mata untuk bersama insan tersayang.
kami sanggup.

asalkan cinta kita berpadu.
menuju cinta Allah yang satu.

okeh.itu saja.
see.
pada gua post itu sangat nais.sangat owhsem.
pada suratnya tampak semata-mata menegur  kaum lelaki.
pada siratnya. wanita juga perlu ambil peduli.

dah.gua nak tidur.
kalau konfiden gua tinggi.
duit nuffnang pun dah mencanak.
trafik macam honeykoyuki.
gua akan cari calon isteri.
dulu nyaris bercinta.
alih-alih orang kita suka.
bercinta dengan member.haha!

dah.jangan tanya lebih.
berambus.
gunait uwol.
ILYSM.Eh.^^,

9 comments:

dieyla said...

nice entry :)
agree gk ngn pndpt kamu...

Zul Fattah said...

haha.. aku stuju 120% haha..
spatutnya kita lebih mengutamakan yg wajib.. wajib dlam akad nikah ialah, mas kahwin..

Nyamuk Terbang said...

btl2
hntrn tnggi2 pn blm jamin kebahagiaan
lalala

Amoychanteks said...

kalau dh gatal sgt nak kahwin, nak buh hantaran mahal2 ke? tak kawen kang br tau. huhu~~

Miss Dolce and Gabbana said...

ya aku perasan post ini difacebook dalam minggu ini.kira mcm top post everla.Post ni didapati dari blog terfaktab.Kira mcm ini entri double meaning la utk pasangan yang bercouple tu.heh

Ajan said...

Ayat-ayat itu ditulis oleh Ustaz Zamri mantop yang mengajar al-Quran di TV9 dulu. Sekian.

Ajan said...

Tapi tak tahulah dari mana asal-usul sebenarnya sebab dah tersebar luas. Di blog terfaktab pun ada. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah.

aimie amalina said...

hahahahaha
adoiii
sentap yg masuk utan tuuu
jadi sebelom kawen
pikir abeh2 dulu =]

rybe said...

insyallahh, biar mati adat, jangan mati ibadat.

tak wajar jika adat sampai menyusahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...