Followers

Monday 12 September 2011

entri diari pertama.

gentle lah.
ini memang entri diari.

gua dah sampai UTM.
budak-budak MPM suka laung UTM ni universitii terbaik malaysia.
gua tak kata apa.
gua senyum je.
mungkin diorang terpengaruh dengan boboi boy.
terbaik terbaik.mungkinlah.

awal datang UTM gua dah kena sambut baik.
turun keretapi ada pakcik kereta sewa ajak naik.
pakcik tu gua saspek kaum tionghua.
gua saspek lah.


"UTM skudai berapa ringgit satu kereta uncle?" gua tanya kiut.

"sekudai ha.sekudai satu keleta tiga pulu linggit ho"
pakcik tu reply kemas.

malas nak cara lebih.
gua dengan member gua naik jugak.
suasana dalam kereta tu memang sepi.
gua ingat paling laju pun speed iswara tu tak cecah 70 km/j.
mungkin pakcik tu masih sayang anak bini.
tapi gua bosan.
lima minit jalan.nampak eksiden.ais bersepah jatuh dari lori.
gua cuba pecah sepi.

"sini hujan dari pagi ke uncle"
gua dah hilang modal lain.
tengok jalan basah.
soalan tu je gua redah.

"hoo.huyenn dali pagi ho.
huyen manya kuat.
bawa keleta mesti pelahan ha.
takut jatot ho"
pakcik tu nasihat ikhlas.
sambil kutip surat kabar nanyang siang pau.
jatuh dari cermin mekap sebelah seat driver.

lepas tu ada lagi masalah lain.
malas cerita lebih.
janji akhirnya gua sampai jugak.
terima kasih uncle.

hajat main futsal pun semalam dah termaktub.
tapi camgampang.
training merembat sejam.
main satu game.
kaki kejang.terus sub sampai mampus.

barang-barang bilik.
doploh peratus dah complete.
cadar purple gambar cupcake.bunga matahari.
tikar mengkuang yang berbau mengkuang.
dah beli.
gua tinggal nak beli eric leong je ni.
nak gantung buat hias dinding.


ada orang sembang kencang bilik ada toilet.
pada gua benda tu gua tak heran sangat.
bilik gua memang depan jamban.
gua boleh berlari bogel keluar masuk toilet tanpa orang perasan.
itu pun kalau gua tak ada perasaan.

makan jangan cerita.
sejak balik UTM ni.
gua rasa "saka" makan tu macam eksaited berlebih.
gua dah tak kisah dah orang nak kata makin buncit ke apa.
nora danish penah sms gua.
"takpe bang.yang penting kitew enjoy!"

kelas?
biasalah minggu pertama sekolah.
cikgu sibuk beli baju-baju untuk anak-anak.
nak kena lekat lencana lagi.kapur kasut sekolah lagi.
jadi minggu ni gua rilek.
kerja sekolah belum banyak.
sekolah pun macam nak taknak je bukak.

junior baru?
gua malas sangat nak cara.
pada orang yang dah bertahun duduk sekolah asrama.
ada junior baru rasa macam aktiviti buang air besar.
benda biasa.hari-hari ada.
gua lebih sayang junior-junior lama.
chewah!

okeh.dah blah.
ini entri diari paling bangsat pernah gua ada.
gua tengah sakit kepala.
doakan gua cepat sihat.
gunait.
ILYSM.

adios.

7 comments:

Syazwan Che Deraman said...

comel cadar kau.
hahahha.
lari bogel masuk bilik.
kawan aku pernah buat.

Unknown said...

kalau kau terer.. ko lari bogel pegi jamban sambil pegang camcorder... pastu upload youtube...

tu pun kalau kau terer la..

ina said...

woww! cadar plg cuteee abad ini! ahaakkss!

buncit itu sekssi laa.. asset kot... waaaa!

Zul fattah said...

mak aii.. semoga ko cepat sembuh r..
aku x g pun klas minggu ni.. bukan blajar pun.

Puan Eka said...

cadar tuuuuuuuu


cadar tuuuuuuuuuuu




cute..hak hak hak hak

suka lah baca cerita entry ni.mana ada bangsat..hehehehe

[sutera kasih] said...

cadar tu mcm cadar adik saya :P

aamalinaazman said...

hahahhaa
comei gile ah cadar weeehh
ni dok kolej mane ni
k10 ke?
kikiki
aiyaaaaak
cool jek kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...